Tuesday, April 20, 2010

Program Eksplorasi Minda 2010



Salam Inspirasi...
Tanggal 20 Mac 2010-21 MAc 2010 yang lalu, SMKMK telah menganjurkan program teknik menjawab fasa1 bagi calon PMR dan SPM tahun 2010..program yang turut dinamakan PAKEJ PERCUTIAN ILMU ini telah mendapat kerjasama daripada penceramah jemputan dalam kalangan guru cemerlang dan tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang masing-masing. Terima kasih diucapkan buat semua guru yang telah memberikan kerjasama yang tidak berbelah bagi dalam menjayakan program ini. Tahniah juga kepada semua calon PMR dan SPM yang telah hadir walaupun program ini dijalankan dalam waktu cuti persekolahan. Semoga kejayaan cemerlang akan mengiringi anda!!GOOD LUCK!!

Thursday, April 8, 2010

it's a long...long...rest...


salam...
laman inspirasi sudah lama berehat memandangkan saya baru saja kembali bertugas selepas cuti yang panjang..setelah 2 minggu kembali bekerja, banyak perkara yang ingin saya kongsikan...tapi sedikit demi sedikit memandangkan tugasan juga banyak yang perlu dibereskan..sekolah baru saja selesai mengadakan beberapa aktiviti penting seperti bengkel eksplorasi minda(teknik menjawab PMR dan SPM),sukan, mesyuarat PIBG,Anugerah Cemerlang dan Hari Keusahawanan..tahniah kepada semua yang telah menjayakan perjalanan ketiga-tiga majlis ini.......teamwork!!itulah perkara yang saya dapat rasai sepanjang bertugas di MK...rakan-rakan guru di sini sangat supportive dan membantu..walaupun beban kerja terasa berat namun berkat kerja bersama...semuanya dapat dilaksanakan dengan baik..ALHAMDULILLAH...buat rakan-rakan seperjuangan di MK..kita lalui dan tempuhi segalanya bersama...
Untuk anak-anak pelajar yang disayangi...
perjuangan anda harus diteruskan..banyak lagi dugaan dan cabaran yang perlu ditempuhi..sabar dengan setiap ujian dari-NYA..jaga tingkah laku dan disiplin anda...MAY SUCCESS WILL BE YOURS!!