Friday, April 27, 2012

::SITU::SANA::SINI::


Salam inspirasi....
Hmm....dah lama tak upload perkembangan aktiviti dan program Unit Kaunseling....terlalu sibuk dengan tugasan sampai tak sempat nak jenguk blog ni....here are some activities yg sempat dirakam....


>>>>MENYIAPKAN KERTAS KERJA DAN DISKUSI TENTANG 'SCHOOL-LINKAGE PROGRAMME'...bawa pelajar ke Negara Matahari Terbit..InsyaAllah..Semoga dipermudahkan segala urusan<<<<<<

>>>>ATTENDED THE JOURNAL WRITING COURSE...Alhamdulillah..banyak benda baru yang dipelajari...tapi tak tau la bila mampu hantar jurnal yg berkualiti tu...yang pasti balik dari SSI sempat buat kempen jalan kaki...dapat 1000 langkah...healthy body with mighty minds..haha..<<<<

>>>>MERANGKA PROFAIL KERJAYA INDIVIDU...1 MURID,1 PROFAIL KERJAYA....Harap2 impian ni dapat terlaksana supaya students especially yg berada di Tg 4 dan Tg 5 dapat gambaran dan panduan yg jelas tentang halatuju masa depan...antara kandungan dlm profail ni adalah keputusan Ujian Kerjaya..Pentafsiran trait personaliti berdasarkan ujian...sijil cita-cita...contoh resume..dan panduan utk temuduga...really hope that it will help them....amin..<<<<<<

>>>>>CORET2....AKTIVITI SEMASA KELAS RELIEF...MOTIVATION-MODULE:DRAW ME A CUP OF COFFEE N TOLD THEM THEIR PERSONALITY...STUDENTS WERE REALLY EXCITED...thank you for the cooperation<<<<<

Inspired by,
Cikgu Lin...

MUHASABAH


Inginku lunaskan sebuah rindu
Bawakanlah ia duhai bayu
Terbang jauh di awan biru
Moga bertemu gerangan dituju

Inginku zahirkan sebuah harapan
Bisakah dicapai sebuah angan?
Merenung diri serba kekurangan
Ku tunduk sujud pada Mu Tuhan

Namun ku cuba terus melangkah
Mencari keredhaan yang tiada bernoktah
Lalu ku teringat kalimah hikmat
"Cukuplah Islam sebagai nikmat"
"Cukuplah mati sebagai peringatan"
Moga keredhaan Ilahi mengiringi hayat
Keampunan jua aku pohonkan
Persiapkan bekal menuju akhirat...

Nukilan,
Norezlin Sulaiman
27 April 2012

Tuesday, April 24, 2012

SEJAHTERALAH PERTIWIKU...



SEJAHTERALAH PERTIWIKU

Ku cari arah
Ku cari noktah
Ku cari falsafah
Ku cari bait-bait kata indah
Sungguh..aku tak pandai bermadah
Namun ku punya rasa
Ku punya jiwa

Apalah erti hidup di dunia
Jikalau manusia penuh sandiwara
Berpecah belah penuh sengketa
Tiada harga..tiada makna

Alangkah elok andai kita saling bersatu
Bagaikan isi dengan kuku
Bersama seiring melangkah maju
Bekerjasama dan saling membantu

Bumi ini milik kita
Tanah ini pertiwi kita
Ayuh!Suburkan ia dengan semangat tanpa sengketa
Tak kira bangsa, rupa dan agama
Berganding tenaga, makmurkan bersama
Realisasikan Gagasan 1 Malaysia

Pena ini menari dan terus menari
Mencari inti isi duniawi
Moga gerimis berarak pergi
Moga mentari menyinar lagi
Menginsafi diri
Memuji Ilahi
Sejahterakanlah Pertiwi Kami!

Nukilan,
Norezlin binti Sulaiman
SMK Mohd Khalid
Johor Bahru
...2010

HENTIKAN PEMBUANGAN BAYI!!!


TUHAN MAHA TAHU (Hentikan Pembuangan Bayi!!)

Wahai ibuku
Dengarlah rintihan demi rintihan
Ke mana hilangnya akal dan kewarasan
Hingga kau terpedaya dek hasutan syaitan
Larangan agama kau abaikan!
Kemanisan sementara engkau kejarkan
Akhirnya aku..kau anggap beban

Ibuku...
9 purnama kau bawa aku dalam rahimmu
Jerit perih engkau melahirkan aku
Mengapa begitu tega....
Kau campakkan aku ke sungai itu?

Tahukah wahai ibu...
Air itu dingin membeku..
Semut itu menghurungi aku...
Segenap inci kulit nipisku..
Dimamah..dirobek setiap penjuru..

Wahai ibu..
Dengarlah rayuanku
Bawalah aku bersamamu..
Jangan tinggalkan aku..
Namun kau tetap berlalu..
Meninggalkan aku terbujur kaku

Aduhai ibuku..
Mengapa tiada sedikitpun belas kasihanmu terhadapku?
Mengertilah duhai ibu..
Aku ini darah dagingmu!
Sampai bila pun akan tetap jadi zuriat keturunanmu!
Walau kau tidak mahu!!
Walau kau buang aku!!
Konon untuk menutup malu..
Sedarlah ibu..
TUHAN Maha Tahu...

Nukilan,
Norezlin binti Sulaiman
2010..

Saturday, April 21, 2012

LDP:APLIKASI PENGGUNAAN SMART BOARD

Salam Inspirasi... Tanggal 16 April 2012, para guru SMK Mohd Khalid telah mengikuti Program LDP tentang aplikasi penggunaan 'smart board'... Alhamdulillah..nampaknya semua guru teruja untuk mempelajari dan mudah-mudahan ianya dapat membantu dalam keberkesanan P&P... Peruntukan daripada KPM di bawah Sekolah Kluster Kecemerlangan telahpun dimanfaatkan untuk kegunaan guru dan pelajar.... Salam Inspirasi, Cikgu Lin

RENUNG-RENUNGKAN....

Ada petikan kata-kata yang wajar kita renungi bersama..... TAK FAHAM, TERANGKAN (BUKAN KETAWAKAN..) TAK BETUL, NASIHATKAN (BUKAN DIUMPATKAN..) TAK TAHU, TUNJUKKAN (BUKAN DIMARAHKAN..) TAK JELAS, JELASKAN (BUKAN DIRUMITKAN..) TAK MAMPU, USAHAKAN (BUKAN DIMANJAKAN..) TAK PERCAYA?? RENUNG-RENUNGKAN... -Cikgu Ezlin-