Monday, May 28, 2012

SELAMAT BERCUTI..


Salam Inspirasi...
Mood bercuti telah kembali....apa perancangan anda? Pasti sudah punya plan tersendiri..walau apa pun..selamat bercuti untuk semua dan selamat mengisi percutian anda dengan sesuatu yang berguna dan bermakna...Happy holiday to all.....

~Cikgu lin~

Monday, May 21, 2012

BENGKEL PENGURUSAN KESIHATAN SEKSUAL DAN REPRODUKTIF REMAJA DI SEKOLAH

Salam Inspirasi....
Pada 9 Mei 2012, saya telah berpeluang menghadiri satu bengkel anjuran Kementerian Kesihatan bertajuk seperti di atas...Alhamdulillah, banyak ilmu yang telah diperolehi daripada bengkel yang dianjurkan. Terima kasih kepada Dr. Khadijah, Pegawai Kesihatan Keluarga , Pejabat Kesihatan Johor Bahru, Dr. Wan Fadhillah binti Wan Ismail, Pakar Perubatan Keluarga dan Dr. Noor Intan Rahmat, Pegawai Perubatan UD54, KKM serta barisan jururawat terlatih yang telah sama-sama menyertai bengkel kali ini..Insya Allah segala ilmu yang dicurahkan tak akan kami persiakan memandangkan isu ini merupakan satu isu serius yang perlu diberi perhatian oleh segenap lapisan masyarakat amnya dan barisan guru bimbingan dan kaunseling khasnya.

semasa aktiviti perbengkelan..penerangan oleh Dr. Wan Fadhillah
khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan..

Thursday, May 17, 2012

::KASIH SAYANG CINTA::



Kasih, sayang, cinta,
Suatu anugerah,
Kerananya manusia bahagia,
Dengannya jua bisa derita.

Kasih, sayang, cinta,
Sukar di percaya,
Mampu dirasa,
Namun enggan dibayar harga.

Kasih, sayang, cinta,
Dunianya memang indah,
Kadang jua bikin gundah,
Melepaskannya memang payah.

Kasih, sayang, cinta,
Itu fitrah suci,
Andai lahir dari hati,
Tak mustahil bertukar benci,
Jika disulam hasad dengki.

Aneh sungguh rasa itu,
Buat ramai terkeliru......

Nukilan,
Norezlin Sulaiman
16/5/2012
5.57 a.m

Tuesday, May 15, 2012

SELAMAT HARI GURU BUAT SAHABAT SEKALIAN



Sajak yang tidak lapuk dek hujan...tak lekang dek panas..baca dan hayati bersama..

GURU OH GURU

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Tuesday, May 8, 2012

SEBIJI TEMBIKAI DI HARI GURU..


Sebiji Tembikai di Hari Guru...
Salam Inspirasi Buat Semua....
Setiap tahun apabila tibanya Hari Guru, pasti saya terimbau kenangan ketika menjadi guru ganti di sebuah sekolah rendah. ...Kisah ini merupakan ulang siar dan pernah saya coretkan dalam entry pada Tahun 2009.Ia adalah pengalaman yang tidak akan saya lupakan sepanjang hidup saya...
Ceritanya bermula begini...... Ketika itu saya masih menuntut di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam di Ibukota..Ketika cuti semester, saya berpeluang menjadi guru ganti di sebuah sekolah luar bandar berhampiran kampung kelahiran saya. Itulah kali pertama saya bergelar GURU. Memang berbeza dengan apa yang saya lalui kini. Baik dari segi kemudahan dan corak hidup pelajarnya. Ketika itu, saya berhadapan dengan pelajar yang jauh dari pengaruh sosial seperti kehidupan kita di kotaraya...ruang lingkup mereka hanyalah paya dan belukar. Aktiviti harian mereka juga tidak tertumpu kepada permainan video dan pelbagai gajet canggih seperti sekarang. Kebanyakan masa mereka dihabiskan dengan membantu ibu bapa di kebun, menangkap ikan di paya atau menemani ibu bapa menjual hasil dusun apabila tiba musim buah..Dipendekkan cerita, saya berpeluang untuk menjadi GURU ketika itu untuk tempoh 2 bulan iaitu bermula dari bulan Mac hingga hari terakhir saya pada 16 Mei yakni jatuh pada sambutan perayaan Hari Guru. Seperti kebiasaan, pada hari itu, saya berkesempatan menerima ucapan Selamat Hari GURU buat pertama kalinya dari pelajar-pelajar saya.....(Mungkin sebab itu juga saya jatuh cinta pada kerjaya ini...) Ucapan dan pengalaman yang tak seberapa itu membuatkan saya rasa ada sesuatu pada kerjaya guru ini yang sukar untuk diinterpretasikan. Seperti kebanyakan guru lain, saya juga turut berkesempatan menerima hadiah daripada pelajar-pelajar seperti mana guru-guru yang lain...Ketika kami sedang berkumpul di kelas pada pagi Hari GURU itu saya didatangi oleh seorang pelajar kelas saya..."Cikgu...Yusof nak jumpa cikgu tapi dia malu...tu cikgu ada kat belakang pintu"kata seorang pelajar kepada saya.(Yusof adalah seorang pelajar yang lemah dalam akademik dan masih tidak boleh membaca dengan lancar walaupun sudah berusia 11 tahun. Beliau datang daripada keluarga yang miskin)...saya menjenguk ke pintu kelas dan mendapati memang Yusof berada di luar pintu...Saya memanggil Yusof dan menjemput dia masuk ke kelas. Dalam keadaan tersipu-sipu..Yusof melangkah masuk lalu datang ke arah saya...dia menghulurkan sebuah bungkusan beg plastik yang telah lusuh dan di dalamnya ada sebiji buah tembikai kecil.."Cikgu, Selamat Hari GURU...tembikai ni mak saya tanam..hadiah untuk cikgu.saya tak ada duit nak beli macam kawan-kawan...sebab tu saya malu nak masuk tadi.."
sepasang kasut lusuh yang dipakai setiap hari...
Tersentuh hati saya melihat anak kecil ini, lebih-lebih lagi apabila membayangkan keadaan keluarga dan rumahnya yang tidak sempurna..Pakaian sekolahnya yang telah kekuningan serta songkok lusuh dan kasut yang koyak di kedua-dua belah.."Terima kasih Yusof"..ucap saya dalam nada sebak...tidak dapat saya gambarkan perasaan saya ketika itu...setelah saya kembali ke universiti, saya mendapat berita Yusof mengalami sakit buah pinggang...di mana agaknya anak didik saya itu sekarang? Kadangkala saya terfikir..Memang Yusof tidak dikurniakan kepandaian seperti orang lain tetapi hatinya mungkin lebih mulia daripada kita....Mudah-mudahan ALLAH memberikan dia kesihatan dan kesejahteraan...AMIN...Kisah ini akan menjadi memori indah dalam perkhidmatan saya sebagai seorang GURU dan akan saya kenang sehingga ke akhir hayat dan pasti suatu hari akan saya kongsikan dengan anak-anak saya pula agar mereka tahu untuk menilai jasa dan pengorbanan mereka yang bergelar GURU.. Mungkin rakan-rakan di luar juga punya pengalaman menarik yang boleh dikongsi bersama....

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA WARGA PENDIDIK..

Salam Inspirasi.....
Cikgu Ezlin

Monday, May 7, 2012

SEMAKAN PERMOHONAN KE IPTA,TEVT DAN ILKA SESI AKADEMIK 2012



Salam Inspirasi...
semakan keputusan rasmi permohonan masuk ke program IPTA,TEVT dan ILKA boleh disemak di laman web berikut...www.upu.mohe.gov.my mulai jam 12 tengahari ini.(7/5/2012)
Kepada calon yang berjaya diucapkan tahniah....!!
Kepada barisan pelajar yang akan meneruskan pembelajaran di peringkat Pra U (Tg. 6)juga..syabas diucapkan....Semoga anda terus menempa kejayaan cemerlang dan mencapai cita yang diimpikan....

Inspirasi mencetuskan motivasi....
Cikgu Lin..

Friday, May 4, 2012

IBU...MAMA..MUMMY...MAK...UMMI "Happy Mother's Day"

THE NUMBER ONE FOR ME






Only One Mother

Hundreds of stars in the pretty sky,
Hundreds of shells on the shore together,
Hundreds of birds that go singing by,
Hundreds of lambs in the sunny weather.
Hundreds of dewdrops to greet the dawn,
Hundreds of bees in the purple clover,
Hundreds of butterflies on the lawn,
But only one mother the world wide over.

M - O - T - H - E - R

"M" is for the million things she gave me,
"O" means only that she's growing old,
"T" is for the tears she shed to save me,
"H" is for her heart of purest gold;
"E" is for her eyes, with love-light shining,
"R" means right, and right she'll always be,
Put them all together, they spell
"MOTHER,"
A word that means the world to me.
Howard Johnson (c. 1915)

inspired poems for mom....

Wednesday, May 2, 2012

SEMAKAN TAWARAN KE PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2012/2013.



Sukacita dimaklumkan bahawa maklumat semakan dan tawaran serta penempatan PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2012/2013 bagi calon-calon yang telah memohon pada tahun lepas (1 Julai hingga 10 Oktober 2011) melalui internet boleh disemak di laman sesawang KPM www.moe.gov.my/bmkpm bermula 25 April 2012.
Pemohon yang membuat semakan dan BERJAYA diminta untuk menghubungi Kolej penempatan atau layari laman sesawang kolej penempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pendaftaran dan sebagainya.
Pemohon yang ditawarkan perlu mencetak semua dokumen sebelum mendaftar. Bagi pemohon yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat terus melalui laman sesawang yang sama mulai 25 April hingga 13 Mei 2012. Sebarang rayauan selepas 13 Mei 2012 tidak akan dipertimbangkan.
Talian bantuan yang boleh dihubungi sekiranya terdapat sebarang masalah 03-88844040/4036/4083.

Sekian, terima kasih.
sumber : Portal JPNJ

Inspired by,
Cikgu Ezlin