Sunday, March 24, 2013

TARIKH DAN LOKASI KARNIVAL JOM MASUK U 2013

Salam Inspirasi,
Jom semak jadual Karnival Jom Masuk U 2013....JB destinasi terakhir..pastikan kehadiran anda untuk mendapatkan info dan maklumat yang lebih lanjut tentang peluang melanjutkan pelajaran...


Saturday, March 23, 2013

PANDUAN PEMILIHAN 8 KURSUS KE IPTA..


Salam Inspirasi,
Makluman penting kepada calon SPM 2012:-
Tahniah atas kejayaan anda dalam SPM yang lalu...meraikan kejayaan adalah sesuatu yang indah namun jangan pula lupa bahawa masa depan anda juga SANGAT PENTING!! Justeru, sebelum anda membuat 8 pilihan kursus ke IPTA, mohon anda menyemak kursus2 yang layak dipohon di laman web http://imascu.upu.mohe.gov.my/
Ianya sangat mudah dan membantu anda membuat pilihan yang BIJAK!
Kepada yg tidak layak memohon IPTA, sila buat permohonan di link 'politeknik konversional / politeknik METRO / Kolej Komuniti & ILKA..
Anda juga boleh memilih untuk meneruskan pengajian di Tingkatan 6...Pilihan di tangan anda..apa yg penting adalah teruskan belajar...peluang ada di mana-mana..;)

Pesanan,

Monday, March 18, 2013

MAJLIS PENTAULIAHAN PEMIMPIN PELAJAR SMKMK 2013


Salam Inspirasi,
Alhamdulillah selesai sudah majlis penyerahan watikah pelantikan pemimpin pelajar MK yang terdiri daripada MK Student Leaders dan Pengawas. Watikah telah disampaikan oleh Inspektor Mohd Shabir Bin Aling, Pegawai Perhubungan SMKMK. Tahniah dan syabas. Semoga dapat menjalankan tugas dan tanguungjawab dengan cemerlang.

-good leader create followers, great leader create more leaders.!-

Saturday, March 16, 2013

PELAKSANAAN UJIAN PSIKOMETRIK ITP DAN IMK 2013

Salam inspirasi....
Sudah pasti semua sekolah sedang giat menjalankan ujian psikometrik utk pelajar Tingkatan 1 dan 2....SMKMK juga tidak terkecuali...IMK (Inventori Minat Kerjaya) dan ITP (Inventori Tret Personaliti) akan dilaksanakan kepada semua pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 seluruh negara..Alhamdulillah,di peringkat SMKMK, semua pelajar memberikan komitmen yang baik..tahniah untuk semua..

para pelajar tekun menjawab soalan ITP...(^_^)

Wednesday, March 13, 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN GURU PPDa NEGERI JOHOR

Salam Inspirasi....
Tanggal 12 Mac 2013, bertempat di Tingkat 6, Dewan seminar Jabatan Pelajaran Negeri Johor telah berlangsungnya Kursus Merekayasa Guru PPDa Johor sekaligus penerimaan watikah pelantikan bagi guru-guru PPDa Sekolah-sekolah Negeri Johor. Majlis telah disempurnakan oleh En. Abd Rahman bin Abd Rahim, Timbalan Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Kemanusiaan , JPNJ.

Semoga segala mandat yang telah diberikan kepada kami dapat dilaksanakan dengan jayanya. 1 Malaysia Membanteras Dadah!

Tuesday, March 5, 2013

PERKONGSIAN FAKTA TENTANG ROKOK!!

Setiap sedutan membawa PADAH....Sedarkah anda bahawa berada dalam lingkungan orang yang menghisap rokok menyebabkan kita turut sama terdedah kepada risiko yang dibawa oleh asap rokok...atau kenali sebagai perokok pasif (menyedut asap rokok secara indirect). Oleh yang demikian, jauhkan diri anda daripada perokok!!
Mari semak fakta berkaitan ROKOK....

-Secara puratanya setiap batang rokok yang dihisap akan memendekkan hayat seseorang itu selama 5 minit.

-Bermula dari 2025: 10 juta dianggarkan mati setiap tahun.

-Tembakau dan kematian…
WHO:
4.9 juta kematian pada tahun 2002
13,400 kematian sehari
560 kematian setiap jam
1 kematian setiap 6.4 saat
Pada 2030, dijangka →10 juta kematian
27 400 kematian sehari
2280 kematian setiap jam
1 kematian setiap 3 saat

-4000 Bahan Kimia Dalam Sebatang Rokok
(53 bahan penyebab kanser)

Kesimpulannya, jangan jadi perokok kerana anda akan turut membahayakan orang di sekeliling anda.............

Pesanan Khidmat Masyarakat sempena Kempen Anti Rokok,Dadah SMKMK,

Program Antidadah Peringkat SMKMK

Salam Inspirasi...
Umum mengetahui terhadap bahaya penyalahgunaan dadah terhadap diri individu, keluarga, masyarakat, bangsa mahu pun agama. Justeru, sambutan Hari Antidadah Sedunia pada 19 Februari adalah bertujuan untuk memberikan peringatan kepada segenap lapisan masyarakat terhadap bahaya penyalahgunaan dadah kepada kita semua.
Pihak Pendidikan Pencegahan Dadah SMKMK dengan kerjasama Unit Kaunseling telah bekerjasama untuk menjalankan beberapa aktiviti bagi menghidupkan budaya sihat dan benci kepada dadah dalam kalangan pelajar sekolah. Hebahan dalam perhimpunan harian, mesej anti dadah, pertandingan mencipta puisi antidadah, poster antidadah dan pelbagai lagi program menarik telah disediakan. Hadiah-hadiah disediakan kepada pelajar yang layak dan menang dalm setiap aktiviti yang dijalankan. Justeru pelajar yang berminat boleh berhubung terus dengan Pn. Norezlin dan rujuk kepada poster yang akan diedarkan kepada setiap kelas.
Hari ini, Laman Inspirasi akan berkongsi informasi dan beberapa keping gambar tentang bahaya rokok, dadah, alkohol dan inhalan kepada anda...

Ayuh bebaskan diri kita dan keluarga daripada ancaman DADAH!!! 1 Malaysia Membanteras Dadah!!!

Salam Inspirasi,