Sunday, June 30, 2013

HARI TERBUKA MK

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi....
Tahniah kepada semua gur MK yang telah bersama-sama menjayakan Hari Terbuka @ pertemuan bersama ibu bapa dan pelajar untuk membincangkan prestasi dan pencapaian anak masing-masing di sekolah. Alhamdulillah, sambutan daripada ibu bapa juga sangat sangat menggalakkan . Penambahbaikan dari sudut sistem penyampaian berdasarkan matapelajaran turut disenangi oleh ibu bapa yang hadir....Terima kasih juga kepada ibu bapa yang sudi berkongsi serta bersama-sama di Kaunter Kaunselor....Semoga segala yang dibincangkan dapat menyentuh hati anak-anak dan sama2 kita doakan kejayaan dan kecemerlangan mereka..In shaa Allah..
..bersama handouts sebagai ole-ole....

guru-guru tekun memberi penerangan kepada ibu bapa...

Semoga program ini berjaya memberikan sesuatu yang bermanfaat untuk semua pihak...guru-guru, ibu bapa dan pelajar....

Salam inspirasi,

Wednesday, June 26, 2013

::Aktiviti UBKMK Bulan Jun::

Assalamualaikum dan salam inspirasi....
Pada 26 Jun 2013, Pembimbing Rakan Sebaya PRS SMKMK telah mendapat pendedahan Latihan Asas PRS yang dikendalikan oleh Cikgu Lin,....(^_^) Mereka telah didedahkan dengan sesi latihan asas kemahiran kaunseling bagi memantapkan lagi peranan dan fungsi PRS di sekolah. Antara pengisian program adalah seperti berikut :-
Slot 1 : Ice Breaking
Slot 2 : 'Rappour'-Kemahiran Membina Hubungan
Slot 3 : Komunikasi Berkesan serta Halangan Dalam Komunikasi
Slot 4 : Mengenalpasti Perasaan Klien berdasarkan Bahasa Badan @ Ekspresi Muka

Semua aktiviti telah dijalankan secara 'role-play' oleh ahli-ahli PRS..Tahniah dan syabas atas kerjasama baik yang diberikan...Kredit juga kepada Khalisyah Rizqin yang telah membantu cikgu sebagai fasilitator serta berkongsi ilmu bersama rakan-rakan hasil Kurus PRS Daerah JB yang telah beliau hadiri. Semoga PRS MK akan terus maju! 'Bantu Diri untuk Membantu Insan Lain'
Pada 15 Jun 2013 yang lalu telah diadakan Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah PPDa Daerah Johor Bahru bertempat di SK Tasek Utara, Johor Bahru. MK telah menghantar wakil untuk Pertandingan Video Kreatif Antidadah. Tahniah kepada pelajar yang telah berjaya meraih tempat ketiga dalam pertandingan ini..Pelajar yang terlibat adalah :-
1. Yeo Wei An
2. Teng Zhang Jun
3. Tay Zhen Lu
4. Ang Yeong Siang
Tanggal 14- 15 Jun 2013 juga telah berlangsungnya Program Kepimpinan Pengawas dan MKSLC di Pusat Kokurikulum Tasek Utara. Terima kasih kepada barisan guru dan pelajar yang terlibat dalam menjayakan program kali ini. Program turut diselitkan dengan sesi ceramah Kepimpinan oleh En.Abdullah bin Yusoff dari Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru. Semoga barisan peserta program dapat terus menjalankan tanggungjawab dengan berkesan selepas ini..

Salam Inspirasi,

Wednesday, June 12, 2013

::HARI BARU , SEMANGAT BARU...::

Assalamualaikum,

Selamat kembali ke sekolah setelah 2 minggu bercuti..Alhamdulillah, cuti kali ini saya diberi kesempatan dan dijemput menjadi tetamu Allah mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci. Seribu kesyukuran yang tidak terhingga atas kurniaan dariNya..Doa sentiasa saya titipkan buat ibubapa, guru2 saya,keluarga,rakan-rakan, pelajar-pelajar serta sekalian muslimin dan muslimat...Mudah-mudahan segala urusan kita dipermudahkan olehNya..

Bermulanya penggal ini maka usaha dan trend belajar haruslah dipertingkatkan..fokus dalam ulangkaji dan p&p di kelas...maafkan semua orang dan berdoa..mudah-mudahan kejayaan sentiasa bersama anda...peperiksaan UPSR/PMR/SP/STPM semakin hampir! Tidak ada sebab dan alasan untuk anda menangguhkan persiapan untuk peperiksaan yg hadir sekali dalam kehidupan dan bakal menentukan masa depan anda.. :)

p/s:pelajar yg perlukan khidmat dan bimbingan motivasi serta tips persiapan peperiksaan, sudi-sudikan hadir ke Zon Inspirasi MK di Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Mohd Khalid..Cikgu Lin sedia mendengar dan membantu anda..:)

Salam inspirasi,