Wednesday, September 18, 2013

PERMOHONAN KE KOLEJ VOKASIONAL & SM TEKNIK 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Calon-calon PMR 2013 yang berminat untuk melanjutkan pengajian di Kolej Vokasional atau SM Teknik boleh mengemukakan permohonan di laman sesawang berikut:- http://apps.moe.gov.my/esptv/kvsptv_2013/

Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Disember 2013..

Syarat Umum untuk memohon...

-Warganegara
-Tingkatan Tiga Tahun 2013
-Sihat dan Sesuai Fizikal
-Bebas daripada Penyakit Kronik

Informasi dan inspirasi dibawakan oleh,

Tuesday, September 17, 2013

PROGRAM REMAJA UNGGUL 2013

Assalamualaikum wbkt dan Salam Inspirasi,

Tanggal 3 Sept hingga 4 Sept 2013 yang lalu, Unit HEM , Disiplin, UBK dan Panitia Pendidikan Islam telah berkolaborasi menjalankan Program Remaja Unggul peringkat sekolah. Seramai 30 orang pelajar terpilih daripada Tingkatan 1 dan 2 telah menyertai program ini. Objektif utama program adalah untuk memupuk jatidiri yang mantap dalam kalangan peserta program.
TENTATIF PROGRAM :
Hari Pertama :-
2.00 pm : Solat Zohor / Makan Tengahari
2.30 pm : Ice Breaking
3.00 pm : LDK 1 - Apresiasi Diri
LDK 2 - "Buang Yang Keruh,Ambil Yang Jernih"
Binding Kecil dan Penilaian
4.30 pm : Bersurai
Hari Kedua
2.00 pm : Solat Zohor / Makan Tengahari
2.30 pm : Ceramah : Siapa Aku?
Ikrar JUARA
: Penilaian
4.30 pm : Bersurai
Sesi LDK
Ikrar JUARA....

Cikgu ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas sokongan dan komitmen para guru dan semua peserta. Semoga peserta program dapat menyerap maklumat serta memberi nilai tambah kepada sikap dan potensi dalam diri masing-masing selepas ini...Salam Penyayang!

Berita Inspirasi oleh,

Tuesday, September 10, 2013

PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH TINGKATAN 4 SESI 2014

Makluman kepada semua calon PMR 2013..Permohonan secara online kemasukan ke SBP T4 telahpun dibuka. Ibubapa boleh menguruskan permohonan secara atas talian melalui laman sesawang www://public.moe.gov.my. Ibubapa dikehendaki mencetak dan menghantar permohonan lengkap berserta dokumen sokongan kepada pihak sekolah untuk tujuan pengesahan oleh Pengetua.
Keputusan pemilihan dan penempatan murid ke SBP akan diumumkan selewat-lewatnya 27 hari selepas keputusan rasmi PMR diumumkan. Semakan boleh dibuat melalui laman web http://www.moe.gov.my

*TARIKH PERMOHONAN 1 SEPTEMBER 2013 HINGGA 15 OKTOBER 2013

Sekian..

Informasi dan inspirasi oleh,

Wednesday, July 31, 2013

INFO TERKINI : PERMOHONAN KE MATRIKULASI SESI AKADEMIK 2014/2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Calon-calon SPM 2013 boleh mengemukakan permohonan ke Matrikulasi secara atas talian di alamat apps.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/ Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 oktober 2013. Permohonan dibuka untuk kemasukan ke Kolej Matrikulasi seluruh Malaysia dalam 2 jurusan dan 1 aliran iaitu :
a) Jurusan Sains
b) Jurusan Perakaunan
c) Aliran Teknikal

2. SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
2.1 Berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2014.
2.2 Mendaftar mata pelajaran berikut dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2013.
a. Jurusan Sains
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi
b. Jurusan Perakaunan
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Matematik Tambahan. Pelajar juga perlu mengambil mana-mana
dua (2) mata pelajaran berikut:
Prinsip Perakaunan / Ekonomi Asas / Perdagangan / Pengajian Keusahawanan / Sains / Sains Tambahan / Fizik /
Kimia / Biologi / Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal /
Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan kejuruteraan)
c. Aliran Teknikal
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik dan satu (1) daripada PKA / PKM /PKE /TK/LK.

3. SYARAT KELAYAKAN MINIMUM PROGRAM MATRIKULASI SATU TAHUN (PST)
Memperoleh keputusan berikut dalam peperiksaan SPM 2013
Jurusan Sains
C Bahasa Melayu
C Bahasa Inggeris
B Matematik
C Matematik Tambahan
C Kimia
C dalam satu (1) daripada mata pelajaran berikut:Fizik,Biologi
Jurusan Perakaunan
C Bahasa Melayu
C Bahasa Inggeris
C Matematik
E Matematik Tambahan
C dalam dua (2) daripada mata pelajaran berikut:
 Prinsip Perakaunan
 Ekonomi Asas
 Perdagangan
 Pengajian Keusahawanan
 Sains
 Sains Tambahan
 Fizik
 Kimia
 Biologi
 Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik &
Elektronik/ Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan
Aliran Teknikal
C Bahasa Melayu
C Bahasa Inggeris
B Matematik
C Matematik Tambahan
C Fizik
C PKA / PKE / PKM / TK
E Kimia
B Lukisan Kejuruteraan4.

CARA PERMOHONAN
Permohonan Melalui Internet
a. Pelajar boleh membeli No. Pengenalan Individu (No. Pin) 5 digit di mana-mana kaunter BSN dengan bayaran RM6.00
(Ringgit Malaysia Enam Sahaja) termasuk komisyen dengan menggunakan No. Kad Pengenalan yang didaftarkan dengan
Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).
b. Sebelum meninggalkan kaunter sila pastikan menerima resit bayaran yang tercetak :
i. bayaran telah dibuat atas nama ”Pengarah Bahagian Matrikulasi” ke nombor akaun 1410 0290 0021 1897
ii. No Kad Pengenalan yang sama seperti yang didaftarkan dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM)
iii. No. Pin 5 digit
c. Pelajar juga boleh membuat bayaran PMI di mesin ATM BSN (bagi pemegang akaun GIRO / Wadiah BSN sahaja). Sila
ikut arahan di skrin mesin ATM tersebut.
d. Nombor PIN digunakan untuk mengemukakan permohonan matrikulasi dan juga untuk membuat pindaan atau
pembetulan butiran permohonan. Pindaan atau pembetulan permohonan boleh dibuat sebelum tarikh tutup sebanyak
tiga (3) kali sahaja. Nombor PIN ini hendaklah dirahsiakan.
e. Pelajar dikehendaki memasukkan nombor kad pengenalan dan diikuti dengan nombor PIN untuk membuat permohonan.
f. Pelajar yang terlupa atau hilang nombor PINnya boleh mendapatkan nombor PIN tersebut dengan membayar RM6.00
(Ringgit Malaysia Enam Sahaja) di mana-mana kaunter BSN.
g. Permohonan matrikulasi boleh dibuat melalui internet dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia
http://www.moe.gov.my mulai 01 Julai hingga 10 Oktober 2013.
h. Baca dan fahami Panduan Permohonan Melalui Internet (PMI) yang terdapat dalam laman web tersebut.
i. Setelah selesai mengisi maklumat dalam PMI, sila klik butang ’HANTAR’ dan mencetak halaman yang mempunyai no.
rujukan 6 digit ini sebagai bukti penghantaran permohonan.
j. Tarikh tutup permohonan ialah pada 10 Oktober 2013.

5. SEMAKAN
a. Pelajar boleh membuat semakan untuk mengemas kini alamat pada awal Februari 2014.
b. Untuk semakan keputusan permohonan pelajar boleh melayari laman web http://www.moe.gov.my pada bulan April 2014 dengan menggunakan no. Kad Pengenalan yang didaftarkan dengan LPM.

* semoga maklumat ini dapat membantu anda...

Tuesday, July 9, 2013

PERMOHONAN KEMASUKAN PUTERA BARU KE MAKTAB TENTERA DIRAJA TINGKATAN 4 SESI PENGAJIAN 2014

Salam Inspirasi,
TERBUKA KEPADA PELAJAR LELAKI TINGKATAN 3 TAHUN 2013...
Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 4 Maktab Tentera DIraja dibuka mulai 1 Jun 2013 hingga 30 September 2013. Syarat utama permohonan adalah sihat tubuh badan dan mempunyai harapan cerah untuk mendapat keputusan cemerlang dalam PMR 2013. Pelajar boleh melayari laman web MTD di www.rmc.edu.my dan klik menu Kemasukan MTD untuk syarat kemasukan dan muat turun borang. Bagi pelajar MK yang berminat , boleh berhubung terus dengan Cikgu Lin untuk mendapatkan borang permohonan.
Makluman:
Antara syarat kemasukan adalah :
a. Warganegara Malaysia
b. Jantina - Lelaki
c. Tinggi minimum - 152 cm
d. Berat minimum - 40.5 kg
e. Body Mass Index (BMI) - 18 hingga 27
f. Penglihatan baik dan tidak rabun warna
g. Lain2 syarat boleh dirujuk di laman sesawang MTD..
Hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga
Sekiranya tiada jawapan diterima sehingga 31 Disember 2013, permohonan dianggap tidak berjaya. Sebarang pertanyaan sila hubungi Sel Pemilihan MTD di talian 03-90867470 / 7471

Informasi daripada,

SALAM RAMADHAN..

Assalamualaikum,
Salam Ramadhan Al Mubarak untuk semua daripada Laman Inspirasi MK....

Mohon maaf atas segala salah dan silap..moga Ramadhan kali ini membawa seribu satu rahmat untuk kita semua....

Sunday, June 30, 2013

HARI TERBUKA MK

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi....
Tahniah kepada semua gur MK yang telah bersama-sama menjayakan Hari Terbuka @ pertemuan bersama ibu bapa dan pelajar untuk membincangkan prestasi dan pencapaian anak masing-masing di sekolah. Alhamdulillah, sambutan daripada ibu bapa juga sangat sangat menggalakkan . Penambahbaikan dari sudut sistem penyampaian berdasarkan matapelajaran turut disenangi oleh ibu bapa yang hadir....Terima kasih juga kepada ibu bapa yang sudi berkongsi serta bersama-sama di Kaunter Kaunselor....Semoga segala yang dibincangkan dapat menyentuh hati anak-anak dan sama2 kita doakan kejayaan dan kecemerlangan mereka..In shaa Allah..
..bersama handouts sebagai ole-ole....

guru-guru tekun memberi penerangan kepada ibu bapa...

Semoga program ini berjaya memberikan sesuatu yang bermanfaat untuk semua pihak...guru-guru, ibu bapa dan pelajar....

Salam inspirasi,