Sunday, September 30, 2012

PERMOHONAN KE MRSM TINGKATAN 4 TAHUN 2013


SYARAT MEMOHON SECARA ONLINE:
1. Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan
Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) dI
Semenanjung Malaysia.
2. Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama
Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan
ditawarkan ke MRSM.
3. Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2012 di Sekolah Menengah
Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam subjek Matematik dan
subjek Sains.

CARA MEMOHON KATA LALUAN :
1.Pemohon boleh mendapatkan kata laluan secara percuma di Pejabat MARA Negeri, Pejabat
MARA Daerah atau Maktab Rendah Sains MARA mulai 1 hingga 19 Oktober 2012. Pemohon
boleh mengisi borang permohonan secara online mulai tarikh tersebut.
2.Sila bawa salinan kad pengenalan dan keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2012 yang
disahkan benar serta angka giliran PMR 2012, semasa mendapatkan kata laluan.
3.Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan
secara online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online.
4.Pemohon mestilah menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ke alamat
seperti di bawah:
(Permohonan Ke Tingkatan 4 Tahun 2013)
Pengarah,
Bahagian Pendidikan Menengah,
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,
Jalan Raja Laut, 50609 KUALA LUMPUR


UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN KE MRSM (UKKM)
1. Pemohon akan menduduki UKKM pada tarikh antara 26 hingga 30 Nov 2012.
2. Tempat dan tarikh ujian akan dipilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan secara online.
NOTA:
1. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah
2. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
4. Pemohon yang tidak menduduki UKKM tidak akan dipertimbangkan.
5. MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK KE MRSM :
1.Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D
atau E bagisubjek teras dalam PMR tahun 2012.
2. Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM).

TARIKH TUTUP PERMOHONAN :
1. Tarikh akhir permohonan secara online ialah pada 19 Oktober 2012.
2. Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewat-
lewatnya pada 26 Oktober 2012.
3. Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2013. Sekiranya pemohon
tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2013 permohonan anda dianggap
tidak berjaya

Kepada pelajar yang berminat, sila pastikan anda mematuhi syarat yang ditetapkan dan jangan bertindak di saat akhir. Maklumat lanjut, kunjungi Pn. Norezlin di Zon Inspirasi @ MK.


No comments:

Post a Comment