Salam Inspirasi...
1-3 Ogos 2012, bertempat di Hotel Goodhope, Johor Bahru, seramai lebih kurang 200 orang guru kaunseling zon selatan telah menghadiri kursus seperti yg tersebut di atas. Isi kandungan kursus menjurus kepada pelaksanaan PBS yang mana semua pelajar Tingkatan 1 perlu menduduki Inventori Trait Personaliti dan Ujian Minat Kerjaya . Objektif utama adalah untuk mengenalpasti personaliti pelajar serta halatuju minat kerjaya masing-masing.
Pada hari pertama kami didedahkan dengan kaedah pelaksanaan ujian dan hari seterusnya pengisian berbentuk Perbincangan Dalam Kumpulan mengikut daerah masing-masing. Alhamdulillah, nampaknya semua yang samar sudah makin jelas kelihatan cuma menunggu masa untuk pelaksanaan di sekolah masing-masing. Terima kasih kepada barisan fasilitator dari Lembaga Peperiksaan yang telah banyak menyumbang idea dan tenaga sepanjang kursus ini diadakan.
No comments:
Post a Comment