Thursday, June 25, 2009

Anakku Sayang


semasa pembentangan modul kepada guru-guru MK....

Alhamdulillah, setelah tertangguh sebanyak 2 sesi, semalam dapat juga dilaksanakan perjumpaan Program Anakku Sayang @ Mentor Mentee buat kali yang ke-4 mengikut modul yang telah dirancang untuk semua guru dan anak-anak MK. Mudah-mudahan perjumpaan kali ini dapat memberikan satu celik akal kepada anak-anak pelajar..Semoga perjumpaan untuk bulan hadapan dapat dilaksanakan seperti yang dirancang...Reflek balik perkongsian semalam...antaranya membincangkan tentang membina motivasi diri atau semangat juang dalam diri..."ADA ORANG KATA MOTIVASI ITU SESUATU YANG KEKAL, TETAPI MEREKA LUPA BAHAWA IA SAMA DENGAN BAU BADAN KITA YAKNI TIDAK KEKAL WANGI SEHINGGAKAN KITA PERLU MANDI BEBERAPA KALI SETIAP HARI..."

Tajuk kedua yang dibincangkan adalah berkenaan Pembentukan Sikap dan Keyakinan Diri..."KENAPA HAL BURUK TERJADI PADA ORANG BAIK?" Soalan ini tiada jawapan. Apa yang perlu ditanya ialah "APA TERJADI KEPADA ORANG BAIK APABILA BERLAKUNYA PERKARA BURUK?" Jawapannya mereka dapat belajar dan memperbaiki diri...

untuk anak2 mentee cikgu...semoga apa yang telah dikongsikan semalam dapat memberikan sesuatu dalam diri anda masing2...

ALL THE BEST !!!

No comments:

Post a Comment