Semalam, masa koko budak2 PRS buat IQ test ni...so i would like to share some of the questions here....cuba jawab kalau berani..hehe....
SOALAN 1
"Di rumah Haslina ada sebuah jam diniding. Apabila jarum pendeknya menunjukkan angka 3 , ia akan berbunyi 3 kali. Jika pukul 3.30 ia hanya berbunyi sekali sahaja. Begitulah seterusnya,...
Pada suatu malam, Haslina terjaga dari tidurnya. Sebentar kemudian, jam dindingnya kedengaran bunyi sekali sahaja. Haslina tidak dapat memastikan pukul berapakah ketika itu. Malam semakin sunyi, matanya belum juga mahu lelap. Fikirannya jauh menerawang kepada kisah-kisah silam. Tak lama kemudian, kedengaran jam berbunyi sekali lagi. Haslina masih tidak dapat memastikan pukul berapa. Setelah seketika berlalu, jam kedengaran berbunyi sekali. Kali ini barulah Haslina dapat mengagak pukul berapa ketika itu. Tahukah anda pukul berapakah ketika itu?"
SOALAN 2
Diella mempunyai beberapa kad nombor. satu daripadanya ialah nombor genap dan salah satu daripadanya bernombor ganjil.
Apabila Diella mendarab nombor yang pertama dengan nombor genap, kemudian dia darabkan pula nombor yang kedua dengan nombor ganjil.
Selepas itu, dia dapatkan jumlah kedua-dua hasil darab tersebut. Apabila kedua-dua jawapan dicampurkan, didapati jawapannya adalah nombor ganjil.
Jadi, apakah nombor tersebut itu nombor GANJIL ataupun nombor GENAP?
JAWAB JANGAN TAK JAWAB...
soalan ni telah dijumpai dalam buku IQ Test aku masa Darjah 6....hihi...masih elok dalam simpanan...
ReplyDeleteSalam Cikgu Lin,
ReplyDeletesaya tak pandai nak jawab, tapi nak buat satu permintaan (jika dapatlah),
minta cikgu tuliskan satu catatan yang "menghuraikan manusia introvet secara ilmiah"
bolehkah (?), rasanya kena dengan bidang cikgu, saya nak membacanya "secara ilmuan".
insya Allah..saya cuba berkongsi ilmu..
ReplyDeletesecara ringkas dan dalam bahasa yang mudah difahami, personaliti introvert itu merujuk kepada individu yang berada dalam kategori agak pendiam, kurang berbicara, lebih banyak memendam rasa...kurang selesa berinteraksi dalam kelompok yang besar..lebih selesa berdiam dari berkata-kata sesuatu yang pada dirinya tidak penting...
ReplyDeletetapi kata orang 'diam2 ubi berisi'...lawannya adalah individu bersifat ekstovert yang tentunya mempunyai personaliti berlawanan...lazimnya lebih suka expose dan menonjolkan dirinya di khalayak...peramah n mudah mesra...banyak cakap atau kepoh kata budak2 sekarang...
WALLAHU'ALAM..
BEGITULAH ADANYA..MUNGKIN TAK SEMPURNA..TAPI SEKADAR UNTUK PERKONGSIAN..
SELALU FOLLOW PUISI CIKGU ZUL...MINAT PUISI TAPI MUNGKIN TAKDE BAKAT...
ReplyDelete