Tuesday, January 31, 2012

Tawaran Biasiswa International Baccalaureate


Salam inspirasi....
Hai..apalah yg sedang dilakukan oleh anak2 cikgu yg dah habis SPM ni ye..?Dengarnya ada yg menimba pengalaman bekerja..ada yg ambil lesen kereta dan tak kurang juge yang lepak goyang kaki sahaja..:D..Walau apapun, ada berita baik untuk anda....
Tawaran Biasiswa (as above) untuk pelajar lepasan SPM 2011..Untuk maklumat lanjut..anda boleh layari laman sesawang www.uwc.my.org sebelum 17/2/2012 atau boleh hubungi En. Ahmad Fahmi di talian 03-80767843 @ email deb.uwc@gmail.org. Anda juga boleh dapatkan maklumat lanjut dalam naskhah Berita Harian bertarikh 31 Januari 2012...

:D
Cikgu Ezlin

Monday, January 30, 2012

TIPS MENINGKATKAN KEPINTARAN


Salam Inspirasi....
Hari ni adalah hari pertama persekolahan setelah seminggu kita semua bercuti untuk sambutan Tahun Baru Cina...dan sebagai pembuka tirai untuk minggu ini, saya ingin mengulang kembali tips yang telah disampaikan oleh Saudari Pravena dari kelas 2 Diamond semasa perhimpunan pagi tadi..(30/1/2012)
Kita hendaklah menggunakan otak untuk perkara-perkara yang positif dan antara panduannya adalah:-
1) Kurangkan menonton televisyen
2) Lakukan senaman kerana ia dapat melepaskan tekanan
3) Baca buku2 yang mencabar cth seperti novel klasik
4) Tidur awal dan bangun awal..(badan akan menjadi lebih segar)
5) Ambil masa untuk refleksi diri
Semoga dengan perkongsian tips ini dapat memberikan seribu satu manfaat untuk para pelajar semua.....

:D
-Cikgu Lin-

Thursday, January 19, 2012

PROGRAM ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN SATU


Pada 4/1/2012 hingga 6/1/2012 telah diadakan Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1 bagi sesi persekolahan 2012. Program selama 3 hari ini telah diadakan di Dewan Ibnu Khaldun dengan beberapa pengisian sebagai persediaan awal bagi pelajar Tingkatan 1 mengadaptasi situasi baru di alam persekolahan menengah. Terima kasih kepada barisan pentadbir, para guru serta pelajar yang telah memberikan komitmen yang baik sepanjang program ini.

"MK TRULY THE BEST"

-cikgu ezlin-

Perkongsian artikel : 3 Simple Steps To Great Self Esteem


Written by Jason Anthony

The connection between our self-esteem and what we get out of our lives is very crucial. It’s the foundation of our confidence and interactions with ourselves and the outside world.
Having esteem for ourselves plays a part in our moods, beliefs and attitudes, and the quality of relationships we have in our lives.
For many of us, we strive to develop ourselves, feel better, and become better people. Understanding what we can do to overcome the symptoms of low self-esteem is a great way to enhance more positives in our lives. Read the Rest of This Article at www.pickthebrain.com

Terima kasih kepada Pn. Zuraidah Mansor yang telah memperkenalkan laman web ini kepada saya. Sekali membaca artikel di dalamnya, hati saya sudah terpaut..semua entries berkisar tentang motivation dan inspiration....
Kadangkala, minda kita perlukan sesuatu supaya menjadi lebih kuat dan bermotivasi..caranya mungkin dengan banyak membaca dan berfikiran positif dan saya rasa laman web ini sangat sesuai dijadikan rujukan dan panduan kepada kita semua...TQ and credits to PICKTHEBRAIN...i'll be one of your fan..

*Cikgu Ezlin*

Tuesday, January 17, 2012

TAHUN BARU..SEMANGAT BARU...


Salam Inspirasi buat semua....
Tahun 2012 telah datang kepada kita..seharusnya 2012 kita penuhi dengan aspirasi dan resolusi yang baru...memenuhi segala anganan dan cita-cita yang tidak kesampaian..menambahbaik segala kekurangan dan kelemahan di tahun-tahun yang lalu.Ada yang meninggalkan Tahun 2011 dengan kenangan yang manis tetapi tidak kurang juga yang sebaliknya...apa yg penting, apa yang berlalu biarlah ia tersimpan kemas dalam memori kita...pandang ke hadapan, teruskan perjuangan dalam mengecapi segala impian. Suka saya berkongsi satu petikan mutiara kata yang telah dibacakan oleh Tuan Pengetua pada hari pertama sesi persekolahan bermula....
" A pesimis sees the difficulty in every opportunity..but..
an optimis sees the opportunity in every difficulty"
Semoga kata-kata ini dapat memberi semangat dan insprasi kepada diri saya dan anda semua untuk menghadapi tahun 2012 dengan lebih yakin!!

-cikgu Lin-