Monday, October 22, 2012

MENGENALPASTI PEMIKIRAN NEGATIF DALAM DIRI

4 Cara Mengenalpasti Pemikiran Negatif Dalam Diri Seseorang:


1. Lihat pada kata-katanya.

Orang berfikiran negatif biasanya suka merendah-rendahkan, mengetawakan kesilapan, membanding-banding, bercakap penuh ego. Dia tidak ada empati (memahami orang lain) dan tidak ada sikap merendah diri (humble). Dia banyak menjadikan dirinya sebagai contoh rujukan untuk menampakkan dia lebih bagus, sedangkan dia masih belum mencapai apa-apa kejayaan hebat.

2. Lihat pada perbuataannya.

Biasanya dia lebih banyak cakap dari buat. Dia akan banyak berlagak hanya kerana dia tidak mahu kalah pada pencapaian orang yang jauh lebih bagus. Dia banyak mempertikaikan, kurang berusaha membaguskan pencapaiannya. Dia suka memberi komen, banyak komplen dan mengkritik.

3.Lihat pada hidupnya.

Pemikiran negatif menjadikan dia tak ada inisiatif nak mencapai kejayaan, kebahagiaan juga ketenangan. Orang berpemikiran negatif masih tak dapat mencapai apa-apa sebab dia terlalu sibuk mengambil tahu hal orang lain dari sibuk memajukan diri sendiri. Hidupnya bermasalah, dengan pasangan hidupnya ada saja yang tak kena.

4. Bila di tegur, dia melenting pula.

Orang berpemikiran negatif anggap teguran sebagai merendah-rendahkan maruah. Dia tidak akan menerima teguran sebagai benda untuk memajukan diri. Ego mendorong dia melenting pada teguran.

Jika Anda dapat melihat SALAH SATU daripada 4 petanda di atas, maka orang itu ternyata ada mindset negatif.

SUMBER RUJUKAN:

http://www.imotivasi.com/category/motivasi-diri

Perkongsian ilmiah....

Monday, October 15, 2012

MAJLIS GRADUASI TINGKATAN 5 2012

Salam Inspirasi.....
Alhamdulillah...

selesai sudah Majlis Graduasi Tg. 5 pada 13.10.12 yang lalu bertempat di Hotel Selesa..semoga majlis ini akan meninggalkan kenangan yang indah untuk semua....
Tengok pics yea.....
ini dia majlisnya.....
tahniah untuk semua...
barisan guru yang berdedikasi..
candid!!

TAHNIAH DAN SYABAS UNTUK SEMUA!!!


Monday, October 8, 2012



Salam Inspirasi....
Selamat Berjuang buat semua calon PMR 2012....Lakukan yang terbaik, pastikan usaha anda selama ini tidak sia-sia......mohon restu dan doa daripada kedua ibubapa dan guru..maafkan setiap orang yang anda kenali..melangkah masuk ke dewan dengan tenang dan sabar....Moga kejayaan menjadi milik anda!!!