Wednesday, November 28, 2012

WINNER vs LOSER


THE WINNER IS ALWAYS PART OF THE ANSWER;
The Loser is always part of the problem.
THE WINNER IS ALWAYS HAS A PROGRAMME;
Thw Loser always has an excuse.
THE WINNER SAYS,"LET ME DO IT FOR YOU";
The Loser says, "That is not my job".
A WINNER LISTENS.
A Loser just waits until it's his turn to talk.
A WINNER WORKS HARDER THAN A LOSER AND HAS MORE TIME;
A Loser is always 'too busy' to do what is necessary.
A WINNER GOES THROUGH A PROBLEM;
A Loser goes around it, and never gets past it.
The WINNER SEES AN ANSWER FOR EVERY PROBLEM;
Tke Loser sees a problem in every answer.
THE WINNER SAYS, "IT MAY BE DIFFICULT BUT IT IS POSSIBLE";
The Loser says "it may be possible but it is too difficult".
A WINNER MAKES COMMITMENTS;
A Loser makes promises.
WHEN A WINNER MAKES A MISTAKES, SHE/HE SAYS, " I WAS WRONG";
When a Loser makes a mistakes, She/He says "It wasn't my fault".
A WINNER FEELS RESPONSIBLE FOR MORE THAN HIS JOB;
A Loser says, "I only work here".
A WINNER SAYS, "THERE OUGHT TO BE A BETTER WAY TO DO IT";
A Loser says, "That's the way it's always been done here"
HOW WINNER THINK!!
OWN IT-SEE IT-TALK ABOUT IT- AND SAY, "THANK YOU!"
How Loser think!!
Ignore and deny-finger pinting-cover his tail-and say, "it's not my job!".

so.....BE A WINNER..AVOID LOSERS...

-CIKGU LIN-

Sunday, November 11, 2012

LAWATAN KE JEPUN 2012 ~ konnichiwa~

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi untuk semua...
Alhamdulillah, usai sudah perjalanan kami ke bumi Jepun selama 6 hari 5 malam. Lawatan ini telah disertai oleh 15 orang pelajar, 3 orang guru dan 3 orang wakil PIBg SMKMK.Pelbagai pengalaman manis mengiringi kepulangan kami ke tanahair terutama perasaan bertuah kerana dapat mempelajari keunikan dan kepelbagaian budaya penduduk Jepun yang sangat berbudi bahasa, berdisiplin, mengutamakan kebersihan, maju dalam pembangunan namun masih ada yang mengamalkan budaya dan cara hidup tradisional.
Kami bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada jam 6.40 pm waktu tempatan menuju ke KLIA sebelum menaiki penerbangan Malaysia Airlines ke Narita pada jam 11.00 malam hari yang sama. Terik mentari memancar saat pesawat berada di ruang udara Jepun. Matahari telah muncul seawal jam 5 pagi...sayup kelihatan dataran hijau dan bangunan pencakar langit serta jaringan jalanraya dan landasan yang padat di Tokyo. Jam 7.00 pagi kami selamat tiba di Narita International Airport. Hawa dingin pagi membuatkan kami terasa segar . Suhu pada waktu itu kira-kira 9 celcius..Sedia menanti Puan Keshida yang banyak membantu sepanjang kami berada di Tokyo. Perjalanan dari Narita ke Kedutaan Malaysia di Tokyo mengambil masa lebih kurang 1 jam.
Akhirnya selamat juga kami tiba di Kedutaan Malaysia di Tokyo. Rasa gembira melihat Jalur Gemilang berkibar megah di tengah bandaraya itu. Kami disambut dengan penuh mesra oleh petugas di kedutaan. Lancar sahaja warga Jepun yang berada di meja penyambut tetamu mengucapkan selamat datang kepada kami.Sedikit taklimat ringkas diberikan dan sesi soal jawab bersama setiausaha pertama di Kedutaan memberikan pengalaman baru kepada kami. Hidangan telah tersedia di meja. Bento pertama kami hari itu dinikmati bersama pegawai2 di Kedutaan Malaysia di Tokyo. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Nor Azlinda yang bertugas di Kementerian Luar Negeri yang telah banyak membantu saya dalam melancarkan lagi urusan permohonan lawatan kami ke kedutaan Malaysia di Tokyo. Selepas solat , kami bertolak dari kedutaan menuju ke Harajyuku Street iaitu tempat di mana remaja Jepun mendapatkan pelbagai pilihan fesyen terkini.. Kadang2 kelihatan pelik tetapi mereka tetap berani memperagakan tanpa segan. ;)

Satu yang kami pelajari...mereka berjalan dengan pantas..ke sana sini, penuh dengan manusia..


Hari Kedua, lawatan kami ke Bunkyo University di Saitama. Jaringan dengan universiti ini berikutan hubungan sahabat yang terjalin di antara Tuan Pengetua dan Profesor Teshima, seorang pensyarah di universiti ini. Ketibaan kami disambut oleh penuntut di sana. Para pelajar dibawa melawat sekitar universiti manakala guru diberikan taklimat tentang pembelajaran menggunakan iPad di kelas. satu inovasi antara Universiti Bunkyo dan Obukuro Junior High School. Hari2 seterusnya dipenuhi dengan sesi lawatan sekitar bandaraya Tokyo menggunakan pengangkutan awam yang utama iaitu train..Terdapat banyak jaringan pengankutan awam keretapi laju d sini...yang sempat kami naiki hanya satu iaitu Ginza Line...hmm..tak banyak beza dengan Putra LRT di KL...mungkin Tun Mahathir mendapat ilham dari sini suatu waktu dulu....

Ternyata lawatan ini memberikan suatu pengalaman baru dalam diri saya. Banyak perkara positif yang dapat dipelajari daripada budaya hidup masyarakat di Jepun...mereka sangat positif, menepati masa, sabar dalam tindakan, kuat bekerja, sistematik dan rajin membaca..mungkin atas faktor2 inilah mereka boleh menjadi negara maju walau diancam pelbagai bentuk bencana alam....Sayonara Tokyo, Japan...

regards,