Monday, February 18, 2013

MAKLUMAN PENTING KEPADA LEPASAN SPM 2012:Latest Upcoming Scholarships / Education Funds! & Permohonan Kursus Maktab Perguruan KPLSPM 2013

Salam inspirasi....

Maklumat penting kepada semua pelajar terutama MK's SPM Leavers 2012.....
PERMOHONAN BIASISWA LEPASAN SPM 2012

Dapatkan maklumat berkenaan tawaran biasiswa dan tatacara permohonan daripada pelbagai agensi / IPT / korporat di laman web www.studymalaysia.com

PERMOHONAN KURSUS MAKTAB PERGURUAN LEPASAN SPM 2012

Permohonan Maktab Perguan Lepasan SPM atau dikenali sebagai KPLSPM 2013 hanya terbuka kepada pelajar cemerlang sahaja. Pelajar yang berjaya dengan cemerlang menduduki ujian M-Test pada peperiksaan lalu akan ditawarkan KPLSPM sesi 2013. Ujian M Test bertujuan untuk menilai personaliti calon dan minat calon dalam profession perguruan.
Oleh itu, kami jelaskan disini bahawa calon tidak perlu memohon sebaliknya perlu menunggu tawaran maktab perguruan dari pihak kementerian pelajaran Malaysia.

Kriteria Calon SPM Layak Sertai Kursus Perguruan
Pengambilan KPLSPM bagi semua pelajar lepasan SPM berdasarkan ujian M-Test. Apabila keputusan peperiksaan SPM keluar, kursus ini akan ditawarkan kepada 30 peratus pelajar yang memperoleh keputusan terbaik. Pelajar juga diberi peluang untuk menerima atau menolak tawaran yang diberikan nanti. Tawaran juga mengambilkira keputusan M-Test yang mana ia menggambarkan kesesuaian personaliti dan minat dalam bidang perguruan.

Cara Panggilan Temuduga KPLSPM 2013
Hanya pelajar yang mendapat keputusan SPM 2012 cemerlang akan dipanggil temuduga.
Pelajar tidak perlu membuat permohonan online untuk kemasukan KPLSPM 2013 tahun ini.
Calon yang layak akan dipanggil untuk temuduga kursus yang telah ditawarkan.
Keputusan Panggilan Temuduga

Keputusan dijangka pada bulan Jun 2013

Sumber: Permohonan Kursus Maktab Perguruan KPLSPM 2013 | melvister.com
*berdasarkan sumber2..ujian M test (Malaysian Teachers Selection Test) dahulunya diambil selepas pelajar lepasan SPM memohon secara online untuk ke IPG,tapi mulai tahun 2012 katanya semua pelajar akan sit for M test pada hari akhir SPM 2012, tapi so far..rasanya calon xde ambil Mtest masa hari terakhir SPM..kata sumber juge...tiada lagi iklan akan dikeluarkan untuk permohonan ke IPG bg intake 2013..walaubagaimanapun, dimaklumkan bahawa proses ini adalah dalam tempoh peralihan..so kena tunggu makluman selanjutnya daripada pihak yang berkenaan...

sharing is caring...

1 comment:

  1. Salam,
    Saya merupakan officer in-charge bagi social media advertisement untuk Kolej Teknologi YPC -iTWEB Kuala Lumpur.
    Saya ingin meminta kebenaran pihak Admin bagi megemukakan lampiran penerangan mengenai "Biasiswa Penuh Tun Dr. Mahathir" yang ditawarkan oleh pihak kami.
    Pihak Admin boleh menghubungi saya di talian : 03- 92833799
    ataupun email:
    syant.kolejypc@gmail.com.

    Kerjasama dan pertimbangan dari pihak tuan adalah amat dihargai.

    Sekian Terima Kasih,

    Syant bin Alias,
    Kolej Teknologi YPC-iTWEB,
    No.7, Jalan Jejaka,
    Taman Maluri, Cheras,
    55100, Kuala Lumpur.

    ReplyDelete