Tuesday, May 5, 2009

CIKGU LIN MENULIS.....


Salam Inspirasi buat semua...


REMAJA DI BIUS CINTA????


Gejala 'couple' dalam kalangan pelajar sekolah seolah-olah menjadi 'trend' dan ikutan sejak akhir-akhir ini. Persoalannya wajarkah remaja yang berumur dalam lingkungan 13-21 tahun ini membiarkan diri mereka hanyut dalam alam percintaan yang belum tentu kesudahannya. Apa yang dapat kita perhatikan, kebanyakan mereka yang terjebak dalam hubungan 'cinta monyet' ini gagal mengawal diri dan terpedaya dek kerana cinta yang dikatakan sepenuh hati itu...ke mana hilangnya maruah diri dan tanggungjawab sebagai anak dan pelajar...??


Jarang kita melihat 2 insan remaja yang bercinta itu dapat menjaga tatasusila dan adab dalam pergaulan yang telah digariskan oleh agama masing-masing. Tuntutan hawa nafsu kadangkala lebih diutamakan daripada memikirkan soal dosa dan maruah. Sesungguhnya naluri untuk menyintai dan dicintai itu sememangnya fitrah semulajadi namun persoalannya bagaimana perasaan itu dapat dikawal dan disimpan sehinggalah sampai waktu yang sesuai..Alam persekolahan sememangnya bukan tempat terbaik untuk menyemai cinta kerana tanggungjawab utama di sekolah adalah untuk mencari ilmu.


Mungkin para remaja belum cukup matang dalam bercinta. Lantaran itu, kita dapati banyak perilaku dan perkara-perkara yang tidak manis dipandang berlaku dalam kalangan pasangan remaja yang bercinta..Ada juga remaja yang menjadikan cinta sebagai satu permainan...sengaja mahu mempermainkan hati dan perasaan rakan sebaya...


Tepuk dada, tanya selera...jika anda rasakan diri anda tidak mampu untuk mengawal dugaan dan godaan dalam bercinta...jauhkan diri anda daripadanya kerana dikhuatiri ia akan lebih banyak membawa sengsara dari bahagia...bukankah mencegah itu lebih baik daripada mengubati...?


Renung-renungkan.....





No comments:

Post a Comment