Usaha membimbing dan mengasuh pelajar sememangnya banyak tertumpu di sekolah. Para guru khasnya bertanggungjawab menggilap bakat dan potensi pelajar dalam pelbagai bidang. Umum mengetahui bahawa golongan pelajar adalah generasi yang senang untuk dibentuk seperti pepatah, “Melentur bulu biarlah dari rebungnya”. Justeru apa jua bentuk penyertaan dan kejayaan pelajar sememangnya bergantung kepada bagaimana mereka menguruskan masa dengan baik. Pihak sekolah ingin membentuk warga MK untuk menepati masa supaya tidak hanya bergantung kepada loceng semata-mata. Mereka harus mempunyai kesedaran kendiri terhadap kepentingan menepati masa. Objektif utama program ini adalah untuk melatih pelajar mematuhi waktu masuk kelas, pertukaran waktu dan waktu balik tanpa bantuan loceng. Selain itu, ia juga diharap dapat melatih pelajar supaya peka , menepati dan menghargai masa.
(JANGAN X PERCAYA...LOCENG TAK BUNYI KAT SEKOLAH NI KECUALI UNTUK KECEMASAN @ KEBAKARAN SAHAJA)
BUDAYA SIFAR SAMPAH
Alam sekitar yang bersih dan indah menjamin keselesaan dan kesihatan penghuninya. Amalan menjaga kebersihan harus dimulakan sejak kecil atau ketika masih di bangku sekolah lagi. Para pelajar seharusnya dididik dan diasuh dengan nilai murni ini sehingga menjadi satu budaya dan amalan hidup mereka. Persekitaran yang bersih dan cantik dapat melahirkan rasa cinta dan sayang terhadap sekolah. Sekolah mensasarkan untuk melahirkan warga yang cemerlang bersesuaian dengan matlamat menghasilkan ilmuwan cemerlang di kalangan pelajar. Kecemerlangan ini bukan sahaja dapat dinilai dari sudut kecemerlangan akademik bahkan juga dari segi sahsiah, kebersihan diri dan persekitaran. Program ‘Sifar Sampah’ adalah sebagai langkah permulaan pihak sekolah untuk menyemai rasa kecintaan pelajar terhadap persekitaran sekolah yang bersih, indah dan ceria. Objektif utama program ini dijalankan adalah untuk melatih pelajar untuk mengamalkan kebersihan dalam segala hal, menanam nilai murni iaitu mencintai kebersihan dalam segala urusan untuk kesejahteraan bersama dan mewujudkan iklim, suasana persekolahan yang bersih, indah dan ceria.
(NAK JUMPA TONG SAMPAH PUN SUSAH KAT MK........)
BUDAYA BERATUR
Kecemerlangan disiplin sudah tentunya menjadi agenda penting di SMK Mohd Khalid. Pelajar-pelajar diterapkan dengan amalan beratur dalam setiap pergerakan sama ada ketika keluar dari kelas atau untuk bergerak ke bilik-bilik khas. Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan dipertanggungjawabkan untuk mengawal pelajar sepanjang pergerakan. Konsep ini juga diharap dapat menunjukkan ciri-ciri sistematik dalam setiap pergerakan pelajar supaya terasuh dan terdidik dalam amalan beratur pada setiap masa di sekolah.
(QUEUE UP!...everywhere you go dear!!)
BUDAYA HORMAT
Hormat-menghormati merupakan amalan dan nilai yang terpuji dalam kehidupan. Pelajar-pelajar di sekolah ini sering diingatkan untuk saling hormat-menghormati antara satu sama lain serta menghormati para guru, ibu bapa atau pelawat yang berkunjung ke sekolah. Ucapan salam sentiasa dititik beratkan supaya menjadi amalan seharian pelajar-pelajar. “Respect others..and others will respect you”. Ungkapan ini juga diingatkan kepada pelajar di perhimpunan supaya mereka tahu untuk menghormati jika ingin dihormati.
(KITA MESTI HORMAT SEMUA ORANG...KALAU MAHU DIHORMATI OLEH ORANG LAIN!!)
BUDAYA TRAMPIL
Budaya trampil adalah budaya yang baru diperkenalkan di sekolah ini bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berpersonaliti, mempunyai penampilan diri yang menarik, kemas dan bersih serta berani tampil ke hadapan. Pendekatan yang digunakan oleh pihak sekolah antaranya ialah menggalakkan pelajar untuk tampil membentangkan satu tajuk ringkas pada setiap perhimpunan rasmi atau harian tanpa merujuk teks. Proses pengajaran dan pembelajaran di kelas juga banyak menekankan aspek keyakinan dan keberanian seperti pembentangan dan pengucapan awam. Selain itu, cara penampilan pelajar turut diberi keutamaan sama ada dari segi kekemasan pakaian, kelengkapan uniform, rambut, kuku dan sebagainya. Pada setiap hari Rabu dan Perhimpunan Rasmi minggu Ketiga, pelajar-pelajar digalakkan memakai uniform mengikut unit beruniform masing-masing supaya kelihatan segak dan berketrampilan.
(WHO WILL BE OUR NEXT MK'S DAILY SPEAKER...;D)
Satu budaya yang bagus dan patut dipraktikkan oleh sekolah2 lain. Tahniah!.
ReplyDeleteCikgu,
ReplyDeleteSalam. Terima kasih kerana berkunjung ke blog saya.
Posting cikgu ni bagus untuk pengetahuan. Blog ni cute juga dengan kuntum bunga yang cantik tu.
Semoga suatu hari nanti SMKMK akan menjadi sekolah yangf "harum" namanya.
Menyebut nama SMKMK, teringat saya dulu pernah beberapa tahu di Maktab Perguruan Mohd Khalid.
Nilai-nilai murni yang cikgu paparkan memang bagus dilaksanakan, walaupun saya percaya tetap ada cabarannya.
Setiap sekolah tempat saya bertugas, saya juga menerapkan 'kod etika' sekolah bagi membantu mengukuhkan budaya dan penerapn nilai murni.
Kod etika sekolah yang saya terapkan:
1. Obey All Teachers'Instructions.
2. Look After Our School.
3. Look After Ourselves And Our Friends.
4. Keep Your Hands And Feet To Yourself.
5. No Teasing, No Name-calling.
Kod etika ini banyak membantu, terutamanya menanangi masaalah disiplin pelajar.
Saya akn kunjungi lagi blog cikgu ni.
kami di sm teknik seri manjung juga ada kod etika... satu drpnya... 3S.. salam, senyum, sapa...
ReplyDeleteTERIMA KASIH KEPADA SEMUA RAKAN2 GURU....SEMOGA KITA DAPAT BERTUKAR IDEA DAN PANDANGAN LAGI DALAM ARTIKEL AKAN DATANG...TQ 2 CIKGU CHUN, MANTAN N KAK LIN.. DAN SELAMAT BERKENALAN
ReplyDeleteOf course. Sama-sama. :)
ReplyDelete