Tuesday, August 10, 2010

Kem Kepemimpinan 2010

Pada 6 hingga 8 ogos yang lalu telah berlangsung aktiviti perkhemahan Kepemimpinan bertempat di Taman Negara Johor Tanjung Piai, Pontian. Seramai 40 orang pemimpin pelajar telah menyertai perkhemahan pada kali ini yang terdiri daripada pengawas sekolah dan pemimpin kelab/persatuan.Pengalaman berkhemah di dalam kawasan hutan paya bakau sudah tentunya turut memberi peluang kepada pelajar untuk menyayangi dan menghargai alam sekitar.
Selama 3 hari 2 malam berkampung di sini, pelbagai pengalaman baru serta input telah dapat dikongsi bersama. Semoga program yang dijalankan ini dapat memberikan satu anjakan paradigma kepada barisan pemimpin SMKMK untuk terus maju dan berkeyakinan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pengawas..

No comments:

Post a Comment