Thursday, August 9, 2012

BANTUAN PERSEDIAAN KE IPTA UNTUK ANAK NEGERI JOHOR



Salam Inspirasi,
Sedikit perkongsian hari ini untuk pelajar yang telah mendapat tempat ke IPTA..

Tahniah kepada semua anak Johor yang telah berjaya ditawarkan tempat di IPTA bagi kemasukan sesi akademik 2012/2013.

Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Islam Johor (PIJ) ada menyediakan Bantuan Persediaan Pelajar ke IPTA untuk anak jati Johor yang akan mendaftarkan diri di IPTA bagi kemasukan tahun 2012.

Permohonan dibuka sekarang sehingga 30 Disember 2012.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:

1. Pemohon mestilah anak jati Negeri Johor (menetap sekurang-kurangnya 5 tahun di Negeri Johor)

2. Pemohon merupakan tahun pertama pengajian dan bukan dikalangan yang sudah/sedang menuntut.

3. Pemohon ialah calon yang mengambil kursus Ijazah/Diploma pertama secara sepenuh masa di IPTA sahaja.

4. Pendapatan kasar bulanan keluarga pemohon RM3,000.00 dan ke bawah serta mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang tanggungan yang masih bersekolah sama ada di sekolah Rendah / Menengah / IPTA.

Permohonan hendaklah dibuat melalui borang yang disediakan oleh PIJ yang boleh didapati di http://www.pij.gov.my/borg_IPTA.pdf

Borang yang telah lengkap diisi segala butirannya beserta dokumen-dokumen yang telah disahkan hendaklah dihantar ke alamat:
PERBADANAN ISLAM JOHOR
(Bahagian Pembangunan Insan)
Aras 6, Bangunan PERISIND
No. 8, Jalan bukit Timbalan
80000 Johor Bahru, Johor.
Tel : 07-2277611/ 2276197
Faks : 07-2272991
Laman web : http://www.pij.gov.my/


Oleh: Penyelaras Gabungan Anak Johor (GAJ) IPT
IKATAN MAHASISWA/I JOHOR (IKMAR) USM Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ) Mahasiswa Anak Johor Universiti Teknologi MARA (MAJUMARA) Sekretariat Anak Johor UMT Sekretariat Anak Johor Darul Ta'zim (SEJATI)
by: SISWA ANAK JOHOR

Inspired by,

1 comment:

  1. sye kurang pham tntang syarat permohonan. Pemohon merupakan tahun pertama pengajian dan bukan dikalangan yang
    sudah/sedang menuntut.sye ley ker??sbb sye dah sem 2 tpi thu pertame.

    ReplyDelete