Wednesday, January 16, 2013

PENDAFTARAN PELAJAR 2013 DAN PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 1

Assalamualaikum....dan Salam Inspirasi...
Laman Inspirasi berehat panjang sempena cuti sekolah yang lalu.....Alhamdulillah, kini bertemu kembali di lembaran 2013...Semoga tahun yang baru ini bakal menyuntik ekspresi dan inspirasi yang lebih hebat berbanding tahun sebelumnya...
Dan...seperti lazimnya, sesi 2013 bermula dengan Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1....Selamat Datang ke SMK Mohd Khalid, Sekolah Kluster Kecemerlangan...Kami warga MK mengalu-alukan kehadiran anda sebagai keluarga baru MK..Jom kita lihat koleksi gambar pada hari pendaftaran pelajar..1.1.2013
~CARTA ALIR PROSES PENDAFTARAN~
Guru-guru yang bertugas di Kaunter Depan...terima kasih cikgu.. :)

Pada 2 Januari 2013 hingga 4 Januari 2013 telah diadakan Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1..Beberapa pengisian telah dirancang bagi memastikan pelajar Tingkatan 1 selesa dan bersedia untuk memulakan persekolahan menengah di MK..Terima kasih kepada baarisan pentadbir dan semua guru yang turut sama membantu bagi melancarkan perjalanan minggu orientasi. Tidak lupa juga kepada para pelajar yang memberikan komitmen dalam setiap aktiviti yang dijalankan....
~Aktiviti Ice Breaking~
~Permainan : LDK~
~Taklimat bersama barisan pentadbir~
~Tahniah kepada pelajar yang berani tampil berkongsi azam untuk Tahun 2013~

Semoga anda semua dapat membiasakan diri dan berusaha mencapai kecemerlangan di MK..

MK Truly The Best!!

Regards,




No comments:

Post a Comment