Selamat Melayari Laman Rasmi Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Mohd Khalid, Johor Bahru
Monday, May 31, 2010
Wednesday, May 19, 2010
Tips menjelang peperiksaan...
Salam inspirasi.............
bersempena dengan minggu exam yang semakin hampir dan dah mula pun bagi pelajar form 5...di sini cikgu kongsikan beberapa tips menjelang peperiksaan....
1.FIZIKAL
-Jaga kesihatan tubuh badan kerana keadaan badan yang sihat sangat perlu semasa menghadapi peperiksaan.
-pastikan anda mendapat tidur yang cukup dan pemakanan yang teratur..
2.ROHANI
-Solat fardhu dan solat hajat (bagi Muslim)
-Mohon petunjuk dari Tuhan..
-namun, usaha dan doa perlu seiring!!
3.SEBELUM HARI PEPERIKSAAN
-semak masa dan jadual peperiksaan
-pastikan alatulis dan kelengkapan peperiksaan lengkap spt pen,kalkulator etc...
-minta restu daripada guru dan ibu bapa
4.HARI PEPERIKSAAN
-Bangun awal, solat dan berdoa untuk ketenangan dan terang hati
-pastikan diri dalam keadaan bersedia dan selesa
-beri saranan positif pada diri cth "aku yakin boleh dapat A1 untuk paper matematik.."
-pastikan "last minute"
5.DI TEMPAT @ DEWAN PEPERIKSAAN
-Duduk dengan tenang
-berdoa
-baca keseluruhan kertas soalan spt. baca arahan dengan teliti...peka dengan jumlah masa yang diperuntukkan...
-Jawab mengikut kehendak soalan
-pastikan tulisan kemas dan senang dibaca.
-Semak kembali jawapan jika anda punyai lebih masa..
-jangan sesekali TIDUR semasa menjawab soalan kerana anda mungkin berisiko GAGAL kerana tidak sempat menjawab soalan yang bermarkah tinggi...
6.MENGATASI FENOMENA PANIK!!
-Berhenti menjawab untuk seketika...
-Cuba duduk dalam keadaan tegak dan pejamkan mata...
-Tarik nafas perlahan-lahan beberapa kali melalui hidung dan lepaskan perlahan-lahan melalui mulut.TUMPUKAN perhatian untuk mententeramkan diri...
-bagi yang Muslim...BERISTIGHFAR...semoga Allah memberi petunjuk dan kekuatan kepada anda untuk teruskan menjawab soalan...
Ini antara tips ringkas yang cikgu kongsikan...tetapi...pastikan anda sentiasa bersedia lebih awal...elakkan belajar di saat akhir..pastikan kelengkapan peperiksaan sempurna dan lengkap dan yang penting....dimulakan dengan BISMILLAH...........

Tuesday, May 18, 2010
Thursday, May 13, 2010
Ceramah Sekolah Selamat
Salam Inspirasi....
Pada 12 Jun 2010 yang lalu Unit Hal Ehwal Murid SMKMK telah mengadakan Program Ceramah Keselamatan sempena Pelaksanaan Misi Sekolah Selamat peringkat SMK Mohd Khalid, Johor Bahru.Slot ceramah telah disampaikan oleh En. Ir. Zainahar bin Hj. Zainul, Penolong Pengarah Seksyen Siasatan dan Pendakwaan, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Johor. Turut diadakan adalah pameran keselamatan di tempat kerja oleh Unit Pameran dan Promosi JKKP, Kementerian Sumber Manusia.
Pameran yang dijalankan sangat menarik minat pelajar kerana ia memaparkan situasi sebenar kemalangan yang berlaku di tempat kerja. Pelajar juga banyak bertanyakan soalan kepada pegawai bertugas dan mereka turut diberikan pendedahan tentang bahaya yang boleh berlaku tidak kira dalam keadaan atau situasi bekerja dalam bangunan atau di luar bangunan.
Terima kasih atas penglibatan semua pelajar dan guru...Terima kasih yang tak terhingga buat Pegawai dan Staf JKKP Johor atas kesudian menjayakan program ini...

Thursday, May 6, 2010
Hari Istimewa Untukmu ...IBU
Salam buat semua....
Hari Ibu dan sinonimnya dengan seseorang yang bergelar ibu dan semua insan yang memiliki ibu...tanpa dia..siapalah kita...hargai dan sayangilah insan yang teristimewa dalam hidup kita..yang telah membesar dan memberikan didikan tanpa jemu...dari dalam kandungan sehinggalah ke hari ini...jasa ibu terlalu besar dan sukar diungkapkan dengan kata-kata..Ibu..tempat rujukan..tempat bermanja...tempat berkongsi suka dan duka...segala-galanya..Walau apapun panggilan atau gelaran..IBU..MAMA..MUMMY...UMMI...MAK...mereka terISTIMEWA di hati kita semua...Sentiasalah kita mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan mereka..SELAMAT HARI IBU...

Subscribe to:
Posts (Atom)