Thursday, May 13, 2010

Ceramah Sekolah Selamat

Salam Inspirasi....

Pada 12 Jun 2010 yang lalu Unit Hal Ehwal Murid SMKMK telah mengadakan Program Ceramah Keselamatan sempena Pelaksanaan Misi Sekolah Selamat peringkat SMK Mohd Khalid, Johor Bahru.Slot ceramah telah disampaikan oleh En. Ir. Zainahar bin Hj. Zainul, Penolong Pengarah Seksyen Siasatan dan Pendakwaan, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Johor. Turut diadakan adalah pameran keselamatan di tempat kerja oleh Unit Pameran dan Promosi JKKP, Kementerian Sumber Manusia.
Pameran yang dijalankan sangat menarik minat pelajar kerana ia memaparkan situasi sebenar kemalangan yang berlaku di tempat kerja. Pelajar juga banyak bertanyakan soalan kepada pegawai bertugas dan mereka turut diberikan pendedahan tentang bahaya yang boleh berlaku tidak kira dalam keadaan atau situasi bekerja dalam bangunan atau di luar bangunan.
Terima kasih atas penglibatan semua pelajar dan guru...Terima kasih yang tak terhingga buat Pegawai dan Staf JKKP Johor atas kesudian menjayakan program ini...


1 comment:

  1. Makluman.
    Ir. Zainahar bin Hj. Zainul telah meninggal dunia akibat serangan jantung akhir tahun lalu

    -Azrul, JKKP Perlis-

    ReplyDelete