Wednesday, May 19, 2010

Tips menjelang peperiksaan...

Salam inspirasi.............
bersempena dengan minggu exam yang semakin hampir dan dah mula pun bagi pelajar form 5...di sini cikgu kongsikan beberapa tips menjelang peperiksaan....

1.FIZIKAL
-Jaga kesihatan tubuh badan kerana keadaan badan yang sihat sangat perlu semasa menghadapi peperiksaan.
-pastikan anda mendapat tidur yang cukup dan pemakanan yang teratur..

2.ROHANI
-Solat fardhu dan solat hajat (bagi Muslim)
-Mohon petunjuk dari Tuhan..
-namun, usaha dan doa perlu seiring!!

3.SEBELUM HARI PEPERIKSAAN
-semak masa dan jadual peperiksaan
-pastikan alatulis dan kelengkapan peperiksaan lengkap spt pen,kalkulator etc...
-minta restu daripada guru dan ibu bapa

4.HARI PEPERIKSAAN
-Bangun awal, solat dan berdoa untuk ketenangan dan terang hati
-pastikan diri dalam keadaan bersedia dan selesa
-beri saranan positif pada diri cth "aku yakin boleh dapat A1 untuk paper matematik.."
-pastikan "last minute"

5.DI TEMPAT @ DEWAN PEPERIKSAAN
-Duduk dengan tenang
-berdoa
-baca keseluruhan kertas soalan spt. baca arahan dengan teliti...peka dengan jumlah masa yang diperuntukkan...
-Jawab mengikut kehendak soalan
-pastikan tulisan kemas dan senang dibaca.
-Semak kembali jawapan jika anda punyai lebih masa..
-jangan sesekali TIDUR semasa menjawab soalan kerana anda mungkin berisiko GAGAL kerana tidak sempat menjawab soalan yang bermarkah tinggi...

6.MENGATASI FENOMENA PANIK!!
-Berhenti menjawab untuk seketika...
-Cuba duduk dalam keadaan tegak dan pejamkan mata...
-Tarik nafas perlahan-lahan beberapa kali melalui hidung dan lepaskan perlahan-lahan melalui mulut.TUMPUKAN perhatian untuk mententeramkan diri...
-bagi yang Muslim...BERISTIGHFAR...semoga Allah memberi petunjuk dan kekuatan kepada anda untuk teruskan menjawab soalan...

Ini antara tips ringkas yang cikgu kongsikan...tetapi...pastikan anda sentiasa bersedia lebih awal...elakkan belajar di saat akhir..pastikan kelengkapan peperiksaan sempurna dan lengkap dan yang penting....dimulakan dengan BISMILLAH...........

No comments:

Post a Comment