Selamat Melayari Laman Rasmi Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Mohd Khalid, Johor Bahru
Sunday, September 30, 2012
PERMOHONAN KE MRSM TINGKATAN 4 TAHUN 2013
SYARAT MEMOHON SECARA ONLINE:
1. Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan
Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) dI
Semenanjung Malaysia.
2. Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama
Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan
ditawarkan ke MRSM.
3. Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2012 di Sekolah Menengah
Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam subjek Matematik dan
subjek Sains.
CARA MEMOHON KATA LALUAN :
1.Pemohon boleh mendapatkan kata laluan secara percuma di Pejabat MARA Negeri, Pejabat
MARA Daerah atau Maktab Rendah Sains MARA mulai 1 hingga 19 Oktober 2012. Pemohon
boleh mengisi borang permohonan secara online mulai tarikh tersebut.
2.Sila bawa salinan kad pengenalan dan keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2012 yang
disahkan benar serta angka giliran PMR 2012, semasa mendapatkan kata laluan.
3.Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan
secara online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online.
4.Pemohon mestilah menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ke alamat
seperti di bawah:
(Permohonan Ke Tingkatan 4 Tahun 2013)
Pengarah,
Bahagian Pendidikan Menengah,
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,
Jalan Raja Laut, 50609 KUALA LUMPUR
UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN KE MRSM (UKKM)
1. Pemohon akan menduduki UKKM pada tarikh antara 26 hingga 30 Nov 2012.
2. Tempat dan tarikh ujian akan dipilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan secara online.
NOTA:
1. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah
2. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
4. Pemohon yang tidak menduduki UKKM tidak akan dipertimbangkan.
5. MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK KE MRSM :
1.Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D
atau E bagisubjek teras dalam PMR tahun 2012.
2. Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM).
TARIKH TUTUP PERMOHONAN :
1. Tarikh akhir permohonan secara online ialah pada 19 Oktober 2012.
2. Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewat-
lewatnya pada 26 Oktober 2012.
3. Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2013. Sekiranya pemohon
tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2013 permohonan anda dianggap
tidak berjaya
Kepada pelajar yang berminat, sila pastikan anda mematuhi syarat yang ditetapkan dan jangan bertindak di saat akhir. Maklumat lanjut, kunjungi Pn. Norezlin di Zon Inspirasi @ MK.
PERMOHONAN KE SM TEKNIK DAN KOLEJ VOKASIONAL
Salam Inspirasi,
Ramai pelajar ingin memohon ke SM Teknik..untuk makluman , bermula 2013 hanya terdapat 10 buah Sekolah Menengah Teknik di seluruh Malaysia.selebihnya akan dinaiktaraf menjadi Kolej Vokasional di mana pelajar berpeluang meneroka bidang kemahiran sehingga mencapai taraf diploma..Kunjungi sekolah teknik berhampiran atau dapatkan info dari Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah anda..Berikut maklumat berkaitan permohonan ke SM Teknik dan Kolej Vokasional..
Permohonan Kolej Vokasional (SMV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) 2013 secara online telah dibuka pada 24 September 2012 dan boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pelajar tingkatan tiga (3) yang akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 dan berminat menyambung belajar tingkatan empat (4) di Sekolah Menengah Teknik atau Vokasional bagi sesi pengambilan tahun 2013 bolehlah membuat permohonan secara online sekarang.
Syarat Umum
> Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
> Pemohon hendaklah:
Berada di Tingkatan 3 dan akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2012.
Telah menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2012.
> Kesihatan diri pemohon:
Mestilah sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal.
Bebas dari penyakit seperti masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh membahayakan atau menghadkan pelajar daripada menjalankan kerja kursus dan kerja amali.
> Pemohon kursus Kejuruteraan (Elektrikal, Mekanikal dan Awam) mestilah tidak rabun warna.
Syarat Khusus
> Pendidikan Teknikal – Minimum B semua 8 mata pelajaran dalam peperiksaan PMR
> Pendidikan Vokasional
Kategori A – Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
Kategori B – Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
Kategori C – Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
> Latihan Kemahiran – Pencapaian rendah dalam peperiksaan percubaan PMR
Permohonan
Aplikasi atas talian (online) - Permohonan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik tahun 2013
Permohonan Secara Manual - Datang sendiri ke SMT atau KV yang berdekatan. Borang permohonan boleh diperolehi disitu.
Kemudahan asrama disediakan di hampir semua SMT dan KV kecuali KV Kuching dan SMK Sultan Abdul Samad. Walaupun begitu kemudahan asrama tertakluk kepada had yang ditetapkan bagi setiap sekolah.
Senarai Kolej, Sekolah & Kursus
Sila rujuk Unjuran Kolej, Sekolah & Kursus untuk menyemak kursus yang ditawarkan di setiap Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik.
Temuduga
Pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga di SMT dan KV yang berkenaan.Pemohon diminta hadir temuduga dengan berpakaian lengkap sekolah. Sila bawa bersama salinan kad pengenalan, keputusan peperiksaan percubaan PMR 2012 yang telah disahkan oleh pihak sekolah pemohon dan sijil-sijil berkaitan.
Tarikh Tutup
Tarikh tutup permohonan untuk ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2013 tidak dinyatakan di laman web Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional Kementerian Pelajaran tetapi biasanya pada pertengahan bulan Disember.
Keputusan Permohonan
Keputusan permohonan dijangka akan diumumkan pada penghujung bulan Disember nanti.
Rayuan Kemasukan
Bagi permohonan yang tidak berjaya, pemohon boleh membuat rayuan melaluionline atau datang sendiri ke Kolej Vokasional atau Sekolah Menengah Teknik yang berkenaan.
Pertanyaan & Maklumat
Sila kunjungi laman web Permohonan Atas Talian Ke Sekolah Menengah Teknik / Kolej Vokasional 2013 dan Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional KPM untuk maklumat lanjut.
Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Sekolah Menengah Teknik atau Kolej Vokasional yang berhampiran atau Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di talian 03-8884 5154 / 5031 atau e-mel info@bptv.edu.my
Sebarang maklumat lanjut, pemohon dinasihatkan melayari Portal KPM di http://www.moe.gov.my/
PROGRAM EKSPLORASI MINDA FASA2 (2012)
Salam Inspirasi,
Alhamdulillah..berakhir sudah program selama 3 hari ini. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah memberikan kerjasama bermula 28/9/2012 hingga 30/9/2012. Semoga kehadiran anda ke program ini akan memberikan banyak ilmu dan tips berguna sebagai pecutan akhir menjelang PMR dan SPM..
discussion bersama Pn. Rabiah (Matematik PMR)
Sejarah SPM bersama Cikgu Ishak
Inspirasi dan Motivasi daripada Tn. Hj. Zakaria A. Shukor
Terima kasih kepada semua penceramah jemputan...mudah-mudahan ilmu yang diberikan dapat dimanfaatkan secara total oleh pelajar-pelajar MK..
Terima kasih juga kepada semua guru MK yang telah sama-sama menjayakan program ini..
Regards,
Alhamdulillah..berakhir sudah program selama 3 hari ini. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah memberikan kerjasama bermula 28/9/2012 hingga 30/9/2012. Semoga kehadiran anda ke program ini akan memberikan banyak ilmu dan tips berguna sebagai pecutan akhir menjelang PMR dan SPM..
discussion bersama Pn. Rabiah (Matematik PMR)
Sejarah SPM bersama Cikgu Ishak
Inspirasi dan Motivasi daripada Tn. Hj. Zakaria A. Shukor
Terima kasih kepada semua penceramah jemputan...mudah-mudahan ilmu yang diberikan dapat dimanfaatkan secara total oleh pelajar-pelajar MK..
Terima kasih juga kepada semua guru MK yang telah sama-sama menjayakan program ini..
Regards,
Thursday, September 27, 2012
PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN MAKTAB TENTERA DIRAJA
Salam Inspirasi....
Kepada calon-calon PMR 2011 yang berminat untuk menyambung pengajian di Sekolah Berasrama Penuh dan Maktab Tentera Diraja..berikut adalah maklumat berkaitan :
::PERMOHONAN KE SBP::
Layari Laman sesawang www.sekolahmalaysia.com
PERMOHONAN PENGAMBILAN PUTERA MAKTAB TENTERA DIRAJA
::PERMOHONAN KE MTD::
Layari Laman Sesawang www.rmc.edu.my
Taklimat telah dijalankan kepada semua pelajar, Walaubagaimanapun jika masih terdapat pertanyaan dan untuk maklumat dan keterangan lanjut, sila berhubung terus dengan Puan Norezlin di Zon Inspirasi @ MK.
Thursday, September 6, 2012
MINDSET CHANGE PROGRAMME @ SMKMK
Salam Inspirasi...
Hari ini bersamaan 6.9.2012 bermulanya program Mindset Change atau MICEP anjuran IRDA dan IMREC di SMKMK. Program ini berlangsung sebanyak 2 fasa di mana setiap fasa mengambil masa 3 hari. Seramai 20 orang pelajar MK telah terpilih untuk menyertai program ini. Tahiah dan syabas diucapkan..semoga program ini dapat membeawa satu titik perubahan dalam diri setiap peserta program..
taklimat oleh gurata dan gurati..
ini dia nama programnya....
semasa sesi ujian IQ dan EQ
percubaan yang baik daripada Hilman..
sesi perbincangan dalam kumpulan...
Diharapkan pelajar yang terlibat dapat mengambil sebanyak mungkin ilmu daripada program ini....
Hari ini bersamaan 6.9.2012 bermulanya program Mindset Change atau MICEP anjuran IRDA dan IMREC di SMKMK. Program ini berlangsung sebanyak 2 fasa di mana setiap fasa mengambil masa 3 hari. Seramai 20 orang pelajar MK telah terpilih untuk menyertai program ini. Tahiah dan syabas diucapkan..semoga program ini dapat membeawa satu titik perubahan dalam diri setiap peserta program..
taklimat oleh gurata dan gurati..
ini dia nama programnya....
semasa sesi ujian IQ dan EQ
percubaan yang baik daripada Hilman..
sesi perbincangan dalam kumpulan...
Diharapkan pelajar yang terlibat dapat mengambil sebanyak mungkin ilmu daripada program ini....
Tuesday, September 4, 2012
Selamat Ulang Tahun Hj. Suleiman A. Rahman, Pengetua SMKMK
Salam Inspirasi..
4 September 2012 ,genap 55 tahun usia Tuan Pengetua SMKMK..Selamat Hari Lahir dari kami semua warga MK..Semoga Hj. dianugerahi kesihatan yang baik serta dilimpahi rahmat rezeki daripada Ilahi...AMIN...
upacara memotong pulut kuning...
jamuan ringkas guru-guru.....
p/s;students or cikgu2 yg nak sampaikan ucapan boleh berbuat demikian di ruangan komen...terima kasih..
4 September 2012 ,genap 55 tahun usia Tuan Pengetua SMKMK..Selamat Hari Lahir dari kami semua warga MK..Semoga Hj. dianugerahi kesihatan yang baik serta dilimpahi rahmat rezeki daripada Ilahi...AMIN...
upacara memotong pulut kuning...
jamuan ringkas guru-guru.....
p/s;students or cikgu2 yg nak sampaikan ucapan boleh berbuat demikian di ruangan komen...terima kasih..
Subscribe to:
Posts (Atom)