Selamat Melayari Laman Rasmi Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Mohd Khalid, Johor Bahru
Sunday, September 30, 2012
PERMOHONAN KE SM TEKNIK DAN KOLEJ VOKASIONAL
Salam Inspirasi,
Ramai pelajar ingin memohon ke SM Teknik..untuk makluman , bermula 2013 hanya terdapat 10 buah Sekolah Menengah Teknik di seluruh Malaysia.selebihnya akan dinaiktaraf menjadi Kolej Vokasional di mana pelajar berpeluang meneroka bidang kemahiran sehingga mencapai taraf diploma..Kunjungi sekolah teknik berhampiran atau dapatkan info dari Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah anda..Berikut maklumat berkaitan permohonan ke SM Teknik dan Kolej Vokasional..
Permohonan Kolej Vokasional (SMV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) 2013 secara online telah dibuka pada 24 September 2012 dan boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pelajar tingkatan tiga (3) yang akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 dan berminat menyambung belajar tingkatan empat (4) di Sekolah Menengah Teknik atau Vokasional bagi sesi pengambilan tahun 2013 bolehlah membuat permohonan secara online sekarang.
Syarat Umum
> Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
> Pemohon hendaklah:
Berada di Tingkatan 3 dan akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2012.
Telah menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2012.
> Kesihatan diri pemohon:
Mestilah sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal.
Bebas dari penyakit seperti masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh membahayakan atau menghadkan pelajar daripada menjalankan kerja kursus dan kerja amali.
> Pemohon kursus Kejuruteraan (Elektrikal, Mekanikal dan Awam) mestilah tidak rabun warna.
Syarat Khusus
> Pendidikan Teknikal – Minimum B semua 8 mata pelajaran dalam peperiksaan PMR
> Pendidikan Vokasional
Kategori A – Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
Kategori B – Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
Kategori C – Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
> Latihan Kemahiran – Pencapaian rendah dalam peperiksaan percubaan PMR
Permohonan
Aplikasi atas talian (online) - Permohonan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik tahun 2013
Permohonan Secara Manual - Datang sendiri ke SMT atau KV yang berdekatan. Borang permohonan boleh diperolehi disitu.
Kemudahan asrama disediakan di hampir semua SMT dan KV kecuali KV Kuching dan SMK Sultan Abdul Samad. Walaupun begitu kemudahan asrama tertakluk kepada had yang ditetapkan bagi setiap sekolah.
Senarai Kolej, Sekolah & Kursus
Sila rujuk Unjuran Kolej, Sekolah & Kursus untuk menyemak kursus yang ditawarkan di setiap Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik.
Temuduga
Pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga di SMT dan KV yang berkenaan.Pemohon diminta hadir temuduga dengan berpakaian lengkap sekolah. Sila bawa bersama salinan kad pengenalan, keputusan peperiksaan percubaan PMR 2012 yang telah disahkan oleh pihak sekolah pemohon dan sijil-sijil berkaitan.
Tarikh Tutup
Tarikh tutup permohonan untuk ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2013 tidak dinyatakan di laman web Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional Kementerian Pelajaran tetapi biasanya pada pertengahan bulan Disember.
Keputusan Permohonan
Keputusan permohonan dijangka akan diumumkan pada penghujung bulan Disember nanti.
Rayuan Kemasukan
Bagi permohonan yang tidak berjaya, pemohon boleh membuat rayuan melaluionline atau datang sendiri ke Kolej Vokasional atau Sekolah Menengah Teknik yang berkenaan.
Pertanyaan & Maklumat
Sila kunjungi laman web Permohonan Atas Talian Ke Sekolah Menengah Teknik / Kolej Vokasional 2013 dan Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional KPM untuk maklumat lanjut.
Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Sekolah Menengah Teknik atau Kolej Vokasional yang berhampiran atau Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di talian 03-8884 5154 / 5031 atau e-mel info@bptv.edu.my
Sebarang maklumat lanjut, pemohon dinasihatkan melayari Portal KPM di http://www.moe.gov.my/
Labels:
Informasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment