Salam Inspirasi...
Hari ini telah masuk Ramadhan ke-4. Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk menghela nafas di bumi Allah Taala untuk kesekian kalinya. Rasanya belum terlambat juga untuk saya mengucapkan Salam Ramadhan Kareem buat semua warga MK..
Hari silih berganti, bulan datang dan pergi..hidup pasti diuji...Tidak ada insan yang akan terlepas daripada ujian dan dugaan. Cuma yang berbeza adalah nilai kuat atau tidaknya iman kita menghadapi segalanya. Setiap cabaran yang datang harus kita hadapi dengan seribu ketabahan . Pesan saya, mengalah jangan ! Roda hidup akan terus berputar, lantaran itu, kita harus tega menghadapi setiap rintangan yang tiba.
Ramadhan ini adalah bulan terbaik untuk kita bermuhasabah dan memberi nilai tambah kepada diri sendiri.
Bagi pelajar Tingkatan 3 dan 5 yang bakal menempuh Peperiksaan Percubaan PMR dan SPM, jalan kini sudah terbuka..pilihan di tangan anda..anda mahu kejayaan mengiringi langkah atau kegagalan mendampingi diri..Masa akan terus berlalu dan tidak akan berhenti meninggalkan kita. Ingat! Ingat bahawa di MK ini adalah medan anda menimba ilmu dan mempelajari segala macam perkara, melalui setiap rencah kehidupan...jangan palitkan sejarah hitam dalam kehidupan,jangan biarkan diri hanyut dengan cubaan..Bangkitlah! Bangunlah! Detik yang tinggal kini bisa dihitung..anda tidak punya banyak waktu untuk menguasai semua...gunakan detik waktu yang tinggal untuk mencuba sedaya upaya...Buktikan kepada ibu bapa, buktikan kepada guru semua bahawa kamu jua bisa melakar sejarah dan menjulang nama kita di persada terhebat! Usaha dan doa harus bergerak seiring...Selamat Berjaya putera puteri MK!
No comments:
Post a Comment