Friday, July 20, 2012

MY UBK..

Salam Inspirasi...
SMKMK telah ditubuhkan pada Januari 2006 sebagai sekolah kawalan di Daerah Johor Bahru. Pada asalnya bangunan sekolah kami merupakan tinggalan Maktab Perguruan Mohd Khalid yang telah ditutup atas sebab-sebab tertentu. Pada awalnya kami menumpang sementara di sekolah lain sebelum berpindah ke bangunan sendiri pada 01 Julai 2006. Bermula daripada tarikh bersejarah itu jugalah saya diberikan sebuah bilik khas bagi mengoperasikan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling secara sepenuh masa. Memandangkan bilangan pelajar yang hanya mencecah 300 orang pada ketika itu (dan sehingga kini sebenarnya),saya adalah satu-satunya GBK yang ditempatkan di sini. Untuk makluman, kuota penempatan GBk adalah 1:500 pelajar. Dengan bantuan rakan-rakan dan barisan PRS yang sentiasa ringan tulang, alhamdulillah bilik khas yang telah diberikan itu telah sama-sama kami ceriakan. UBK kami tidaklah se'gah' UBK rakan2 yang sudah pasti lengkap dan penuh dengan prasarana yang diperlukan. Gambar-gambar yang disertakan hanyalah sebahagian dan sekadar perkongsian kerana saya percaya masih banyak ruang penambahbaikan yang boleh saya lakukan untuk merekayasakan perkhidmatan B&K di sekolah saya.










No comments:

Post a Comment