Sunday, July 15, 2012

DARI MK KE TOKYO 2012...



Salam Inspirasi..
Bersempena dengan Hari Terbuka sekolah tahun ini, 15 orang pelajar yang telah terpilih menyertai Program Pengantarabangsaan ke Jepun 2012 telah memulakan langkah bagi mengumpul dana tambahan untuk program ini. Mereka telah membuka gerai jualan serta menjalankan perkhidmatan mengilatkan tayar kereta para guru dan ibu bapa berkonsepkan " Membeli dan Menderma Sambil Beramal"....Sambutan yang diterima sangat menggalakkan dan sokongan para ibu bapa sangat kami hargai. Mereka telah berjaya mengumpul dana yang di luar jangkaan untuk hari pertama projek ini berlangsung.Semoga Program Pengantarabangsaan Ke Jepun ini dapat direalisasikan seperti perancangan. Tahniah dan syabas kepada pelajar yang terlibat... Mereka telah berjaya membuktikan bahawa tiada yang mustahil untuk dicapai, apa yang penting adalah usaha dan keinginan yang tinggi untuk mencapai matlamat...dan saya selalu mengingatkan mereka tentang TEAMWORK!!! semangat sepasukan , setiakawan dan sedia berkongsi dalam susah dan senang...

::Arigato Khozaimas:: (^_^)

2 comments: