Selamat Melayari Laman Rasmi Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Mohd Khalid, Johor Bahru
Friday, May 29, 2009
PUISI
Wednesday, May 27, 2009
To know MK is to love MK!!
Usaha membimbing dan mengasuh pelajar sememangnya banyak tertumpu di sekolah. Para guru khasnya bertanggungjawab menggilap bakat dan potensi pelajar dalam pelbagai bidang. Umum mengetahui bahawa golongan pelajar adalah generasi yang senang untuk dibentuk seperti pepatah, “Melentur bulu biarlah dari rebungnya”. Justeru apa jua bentuk penyertaan dan kejayaan pelajar sememangnya bergantung kepada bagaimana mereka menguruskan masa dengan baik. Pihak sekolah ingin membentuk warga MK untuk menepati masa supaya tidak hanya bergantung kepada loceng semata-mata. Mereka harus mempunyai kesedaran kendiri terhadap kepentingan menepati masa. Objektif utama program ini adalah untuk melatih pelajar mematuhi waktu masuk kelas, pertukaran waktu dan waktu balik tanpa bantuan loceng. Selain itu, ia juga diharap dapat melatih pelajar supaya peka , menepati dan menghargai masa.
(JANGAN X PERCAYA...LOCENG TAK BUNYI KAT SEKOLAH NI KECUALI UNTUK KECEMASAN @ KEBAKARAN SAHAJA)
BUDAYA SIFAR SAMPAH
Alam sekitar yang bersih dan indah menjamin keselesaan dan kesihatan penghuninya. Amalan menjaga kebersihan harus dimulakan sejak kecil atau ketika masih di bangku sekolah lagi. Para pelajar seharusnya dididik dan diasuh dengan nilai murni ini sehingga menjadi satu budaya dan amalan hidup mereka. Persekitaran yang bersih dan cantik dapat melahirkan rasa cinta dan sayang terhadap sekolah. Sekolah mensasarkan untuk melahirkan warga yang cemerlang bersesuaian dengan matlamat menghasilkan ilmuwan cemerlang di kalangan pelajar. Kecemerlangan ini bukan sahaja dapat dinilai dari sudut kecemerlangan akademik bahkan juga dari segi sahsiah, kebersihan diri dan persekitaran. Program ‘Sifar Sampah’ adalah sebagai langkah permulaan pihak sekolah untuk menyemai rasa kecintaan pelajar terhadap persekitaran sekolah yang bersih, indah dan ceria. Objektif utama program ini dijalankan adalah untuk melatih pelajar untuk mengamalkan kebersihan dalam segala hal, menanam nilai murni iaitu mencintai kebersihan dalam segala urusan untuk kesejahteraan bersama dan mewujudkan iklim, suasana persekolahan yang bersih, indah dan ceria.
(NAK JUMPA TONG SAMPAH PUN SUSAH KAT MK........)
BUDAYA BERATUR
Kecemerlangan disiplin sudah tentunya menjadi agenda penting di SMK Mohd Khalid. Pelajar-pelajar diterapkan dengan amalan beratur dalam setiap pergerakan sama ada ketika keluar dari kelas atau untuk bergerak ke bilik-bilik khas. Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan dipertanggungjawabkan untuk mengawal pelajar sepanjang pergerakan. Konsep ini juga diharap dapat menunjukkan ciri-ciri sistematik dalam setiap pergerakan pelajar supaya terasuh dan terdidik dalam amalan beratur pada setiap masa di sekolah.
(QUEUE UP!...everywhere you go dear!!)
BUDAYA HORMAT
Hormat-menghormati merupakan amalan dan nilai yang terpuji dalam kehidupan. Pelajar-pelajar di sekolah ini sering diingatkan untuk saling hormat-menghormati antara satu sama lain serta menghormati para guru, ibu bapa atau pelawat yang berkunjung ke sekolah. Ucapan salam sentiasa dititik beratkan supaya menjadi amalan seharian pelajar-pelajar. “Respect others..and others will respect you”. Ungkapan ini juga diingatkan kepada pelajar di perhimpunan supaya mereka tahu untuk menghormati jika ingin dihormati.
(KITA MESTI HORMAT SEMUA ORANG...KALAU MAHU DIHORMATI OLEH ORANG LAIN!!)
BUDAYA TRAMPIL
Budaya trampil adalah budaya yang baru diperkenalkan di sekolah ini bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berpersonaliti, mempunyai penampilan diri yang menarik, kemas dan bersih serta berani tampil ke hadapan. Pendekatan yang digunakan oleh pihak sekolah antaranya ialah menggalakkan pelajar untuk tampil membentangkan satu tajuk ringkas pada setiap perhimpunan rasmi atau harian tanpa merujuk teks. Proses pengajaran dan pembelajaran di kelas juga banyak menekankan aspek keyakinan dan keberanian seperti pembentangan dan pengucapan awam. Selain itu, cara penampilan pelajar turut diberi keutamaan sama ada dari segi kekemasan pakaian, kelengkapan uniform, rambut, kuku dan sebagainya. Pada setiap hari Rabu dan Perhimpunan Rasmi minggu Ketiga, pelajar-pelajar digalakkan memakai uniform mengikut unit beruniform masing-masing supaya kelihatan segak dan berketrampilan.
(WHO WILL BE OUR NEXT MK'S DAILY SPEAKER...;D)
Monday, May 25, 2009
kita di PULAU HABA???
eXam week!!
Friday, May 22, 2009
Seminar Perdana PEMADAM Negeri Johor
haa...inilah buktinya.......
Majlis Penyerahan Kad Ucapan Hari Guru...
Danesh A/L Ganesan (4 Diamond)
Teachers Day @ MK
Penat jugak layan aktiviti sepanjang sambutan Hari Guru...thanx to the PK's coz sponsor makan besar on Teachers Day Celebration..Moga2 murah rezeki....
Tuesday, May 19, 2009
Kisah Sebiji Tembikai - 16 MEI...
Agak lama juga tak update blog ni...mungkin akibat kesibukan dan keterbatasan waktu...semalam 18 Mei 2009 merupakan sambutan Hari Guru di peringkat sekolah. Melihat satu persembahan sketsa yang dijayakan oleh pelajar-pelajar 5 Diamond, telah mengingatkan saya tentang peristiwa yang berlaku kira-kira 7 tahun yang lampau. Ketika itu saya masih menuntut di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam di Ibukota..Ketika cuti semester, saya berpeluang menjadi guru ganti di sebuah sekolah luar bandar berhampiran kampung kelahiran saya. Itulah kali pertama saya bergelar GURU. Memang berbeza dengan apa yang saya lalui kini. Baik dari segi kemudahan dan corak hidup pelajarnya. Ketika itu, saya berhadapan dengan pelajar yang jauh dari pengaruh sosial seperti kehidupan kita di kotaraya...ruang lingkup mereka hanyalah paya dan belukar. Aktiviti harian mereka juga tidak tertumpu kepada permainan video seperti sekarang. Kebanyakan masa mereka dihabiskan dengan membantu ibu bapa di kebun, menangkap ikan di paya atau meneman ibu bapa menjual hasil dusun apabila tiba musim buah..Dipendekkan cerita, saya berpeluang untuk menjadi GURU ketika itu untuk tempoh 2 bulan iaitu bermula dari Mac hingga hari terakhir saya pada 16 Mei yakni jatuh pada sambutan perayaan Hari Guru. Seperti kebiasaan, pada hari itu, saya berkesempatan menerima ucapan Selamat Hari GURU buat pertama kalinya dari pelajar-pelajar saya.....(Mungkin sebab itu juga saya jatuh cinta pada kerjaya ini...) Ucapan dan pengalaman yang tak seberapa itu membuatkan saya rasa ada sesuatu pada kerjaya guru ini yang sukar untuk diinterpretasikan. Seperti kebanyakan guru lain, saya juga turut berkesempatan menerima hadiah daripada pelajar-pelajar seperti mana guru-guru yang lain...Ketika kami sedang berkumpul di kelas pada pagi Hari GURU itu saya didatangi oleh seorang pelajar kelas saya..."Cikgu...Yusof nak jumpa cikgu tapi dia malu...tu cikgu ada kat tepi pintu"(Yusof adalah seorang pelajar yang lemah dalam akademik dan masih merangkak apabila membaca dan datang daripada keluarga yang miskin)...saya menjenguk ke pintu kelas dan mendapati memang Yusof berada di luar pintu...Saya memanggil Yusof dan menjemput dia masuk ke kelas. Dalam keadaan tersipu-sipu..Yusof melangkah masuk lalu datang ke arah saya...dia menghulurkan sebuah bungkusan beg plastik yang telah lusuh dan di dalamnya ada sebiji buah tembikai kecil.."Cikgu, Selamat Hari GURU...tembikai ni mak saya tanam..hadiah untuk cikgu.saya tak ada duit nak beli macam kawan-kawan...sebab tu saya malu nak masuk tadi.." tersentuh hati saya melihat anak kecil ini, lebih-lebih lagi apabila membayangkan keadaan keluarga dan rumahnya yang tidak sempurna..Pakaian sekolahnya yang telah kekuningan serta songkok lusuh dan kasut yang koyak di kedua-dua belah.."Terima kasih Yusof"..ucap saya dalam nada sebak...tidak dapat saya gambarkan perasaan saya ketika itu...setelah saya kembali ke universiti, saya mendapat berita Yusof mengalami sakit buah pinggang...di mana agaknya anak didik saya itu sekarang? Kadangkala saya terfikir..Memang Yusof tak pandai macam orang lain tetapi hatinya mungkin lebih mulia daripada kita....Mudah-mudahan ALLAH memberikan dia kesihatan dan kesejahteraan...AMIN...Kisah ini akan menjadi memori indah dalam perkhidmatan saya sebagai seorang GURU dan akan saya kenang sehingga ke akhir hayat dan pasti suatu hari akan saya kongsikan dengan anak-anak saya pula agar mereka tahu untuk menilai jasa dan pengorbanan mereka yang bergelar GURU.. Mungkin rakan-rakan di luar juga punya pengalaman menarik yang boleh dikongsi bersama....
Salam Inspirasi.....
Wednesday, May 13, 2009
S.E.L.A.M.A.T H.A.R.I G.U.R.U C.I.K.G.U...
Sajak ini dititipkan buat semua guru yang telah mencurahkan ilmu buat diriku..mengajar aku akan erti sebuah kehidupan serta buat rakan guru di SMK Mohd Khalid...
Dalam hatiku tenang sernadi
Menatang pelita fiidup bercahaya
Kilat kemilau berbalas hati
Ingin menabur kata berjiwa.
Kupetik kuntum segar baharu
Kusisipkan di atas susunan piala
Namun hatiku disambar sedu
Tidak sebanding usafia yang ada
Hendak kuberi harta dan benda
Bukan demikian cara berbakti
Akan kukirim jiwa dan raga
Belum sekurnin bandingannya budi
Jika demikian wahai guruku
Andang citaku di mayapada.
Tiada dayaku membalas madu
Atau suatu benda mulia
Hanya sebagai kata sembah
Kepada guruku mulia budiman
Aku berjanji sepenuh iman
Menurut patuh nasihat intan
Segala ajaran dari guruku
Tunjuk pimpinan akan kubuat
Menyambung usaha cita guruku
Hingga terkabul bagal dihasrat.
Masuri S.N.
Oktober 1949
Tuesday, May 12, 2009
Pertama :
Tekanan i.
Tekanan yang kuat Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas. ·
Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif
ii. Tekanan yang ringan Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas. ·
Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit
Kedua : Bentuk Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulat Semua huruf ditulis dengan bulat ·
Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)
ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper Tulisan yang angular dan sharp ·
Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)
Ketiga : Kecondongan
i. Condong ke kanan ·
Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah
ii. Condong ke kiri ·
Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang
iii. Tegak ·
Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah
iv. Campur-campur ·
Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)
Keempat : Kerapatan
i. Jarang-jarang · Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
ii. Rapat-rapat · Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut
Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z
i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna · Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
b) Kecil, pendek dan tak sempurna · Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri
Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)
i. Tinggi · Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah · Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah · Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana
INI HANYALAH DAPATAN DARI KAJIAN..SESUNGGUHNYA SETIAP SESUATU ITU DATANGNYA DARI ALLAH TAALA DAN SESUATU YANG BERLAKU ADALAH DENGAN IZIN-NYA JUA..
Monday, May 11, 2009
Minggu Antidadah 2009
Salam Inspirasi....
Semasa majlis pelancaran...En. Kamil Firdaus menandatangani buku mesej Antidadah
warga MK...