Thursday, August 30, 2012

MERDEKA KE-55!

Salam Inspirasi...
30.08.2012;sehari sebelum sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, seluruh warga MK turut meraikan hari bersejarah ini....Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-55...Photos by c.i.k.g.u l.i.n

siap sedia untuk banner Anak Merdeka!
cikgu2 pun tak ketinggalan...
semua berikan sokongan...!
Perasmian oleh Pn.hjh. Aszora Ahmad, PK HEM ;jigsaw puzzle prepared by Pn. Madihah & Pn. Hidayah..
cikgu2 MK!!sporting tadi semua nyanyi sama2....

Alhamdulillah..telah lebih 5 dekad negara kita merdeka...hayati dan fahami erti kemerdekaan itu! Merdekakan jiwa dan minda anda juga....



Wednesday, August 15, 2012

Salam Aidil Fitri



Sedar tak sedar Ramadhan telah hampir ke penghujungnya...Terasa sayu hati untuk meninggalkan bulan yg benuh keberkatan ini..Sekolah pun akan mula bercuti esok.
Di kesempatan ini, cikgu mewakili guru-guru dan barisan pentadbir sekolah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua. Jaga diri anda semasa musim perayaan..
Sebentar tadi juga telah diadakan majlis penyerahan sumbangan kepada anak yatim dan pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan. Alhamdulillah, murah rezeki mereka tahun ini. Untuk melihat gambar-gambar majlis ini boleh layari laman blog sekolah di http://www.im-smkmkjb.blogspot.com/


Monday, August 13, 2012

MAJLIS KHATAM AL QURAN , IFTAR & QIAMULLAIL @ MK

Salam Inspirasi..
Alhamdulillah...usai sudah majlis Khatam dan Iftar serta Qiamullail di MK...tahniah kepada pelajar dan semua pihak yang terlibat ...
sesi tadarus semasa waktu rehat di Dewan Ibnu Khaldun..
orang kuat program..Ustazah Siti Rohani Senong
terima kasih cikgu2....!



Thursday, August 9, 2012

BANTUAN PERSEDIAAN KE IPTA UNTUK ANAK NEGERI JOHOR



Salam Inspirasi,
Sedikit perkongsian hari ini untuk pelajar yang telah mendapat tempat ke IPTA..

Tahniah kepada semua anak Johor yang telah berjaya ditawarkan tempat di IPTA bagi kemasukan sesi akademik 2012/2013.

Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Islam Johor (PIJ) ada menyediakan Bantuan Persediaan Pelajar ke IPTA untuk anak jati Johor yang akan mendaftarkan diri di IPTA bagi kemasukan tahun 2012.

Permohonan dibuka sekarang sehingga 30 Disember 2012.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:

1. Pemohon mestilah anak jati Negeri Johor (menetap sekurang-kurangnya 5 tahun di Negeri Johor)

2. Pemohon merupakan tahun pertama pengajian dan bukan dikalangan yang sudah/sedang menuntut.

3. Pemohon ialah calon yang mengambil kursus Ijazah/Diploma pertama secara sepenuh masa di IPTA sahaja.

4. Pendapatan kasar bulanan keluarga pemohon RM3,000.00 dan ke bawah serta mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang tanggungan yang masih bersekolah sama ada di sekolah Rendah / Menengah / IPTA.

Permohonan hendaklah dibuat melalui borang yang disediakan oleh PIJ yang boleh didapati di http://www.pij.gov.my/borg_IPTA.pdf

Borang yang telah lengkap diisi segala butirannya beserta dokumen-dokumen yang telah disahkan hendaklah dihantar ke alamat:
PERBADANAN ISLAM JOHOR
(Bahagian Pembangunan Insan)
Aras 6, Bangunan PERISIND
No. 8, Jalan bukit Timbalan
80000 Johor Bahru, Johor.
Tel : 07-2277611/ 2276197
Faks : 07-2272991
Laman web : http://www.pij.gov.my/


Oleh: Penyelaras Gabungan Anak Johor (GAJ) IPT
IKATAN MAHASISWA/I JOHOR (IKMAR) USM Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ) Mahasiswa Anak Johor Universiti Teknologi MARA (MAJUMARA) Sekretariat Anak Johor UMT Sekretariat Anak Johor Darul Ta'zim (SEJATI)
by: SISWA ANAK JOHOR

Inspired by,

Wednesday, August 8, 2012

MAKLUMAT PENAJA BIASISWA UNTUK LEPASAN SPM,STPM DAN MATRIKULASI



Salam Inspirasi...
Makluman kepada pelajar-pelaajr Lepasan SPM, STPM, Matrikulasi, berikut adalah senarai penaja yang menawarkan biasiswa untuk mereka yang berkelayakan dan memenuhi kriteria yang dikehendaki. Anda boleh dapatkan maklumat menerusi akhbar terpilih atau terus google sahaja Penaja yang anda minati..Lazimnya, tawaran akan dikeluarkan sejurus keputusan peperiksaan diterima. Perkongsian ini adalah sebagai maklumat awal untuk pelajar yang bakal memohon. Semoga ia memberi manfaat kepada semua...

Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Malaysia
Biasiswa Majlis Amanah Rakyat (MARA), Malaysia
Biasiswa Petronas, Malaysia
Biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Malaysia
Biasiswa FELDA, Malaysia
Biasiswa Yayasan TNB, Malaysia
Biasiswa Yayasan TM, Malaysia
Biasiswa Yayasan Khazanah, Malaysia
Biasiswa Yayasan UEM, Malaysia
Biasiswa Sime Darby, Malaysia
Biasiswa Bank Negara Malaysia (BNM), Malaysia
Biasiswa Permodalan Nasional Berhad (PNB), Malaysia
Biasiswa Maybank, Malaysia
Biasiswa Proton, Malaysia
Biasiswa Shell, Malaysia
Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional
Biasiswa Tunku Abdul Rahman
Biasiswa New Zealand Commonwealth
Biasiswa Singapura
Biasiswa UPM-ELS Tun Dr. Mahathir
The UEM Scholarship Programme
Biasiswa Romania
Biasiswa Taylor’s World Class
Biasiswa Astro
Program Penajaan Pendidikan Petronas
Hong Leong Foundation Scholarship Programme
British Council IELTS Scholarship
The Titijaya Scholarship Fund
Western-Australian Government Scholarship (WA Premier Scholarship)
Biasiswa Yayasan TM
AMCHAM-MACEE Scholarship Program
Limkokwing Scholarship Award
Gamuda Scholarship Award
Program Tajaan Pendidik Malaysia Airports (ESP)
The Star Education Fund
Securities Commission Malaysia Scholarship Award
Program Tajaan Khazanah Global
Japanese Government (Monbukagakusho: MEXT) Scholarship for Undergraduate Studies
Biasiswa Endownmen Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Bank Negara Malaysia Scholarship Award Academic Session
Sin Chew Daily Education Fund
ASEAN Scholarships for Malaysia


Pilihan terletak di tangan anda..Terokai dunia ilmu tanpa sempadan..dapatkan tajaan kewangan berdasarkan kursus yang anda minati daripada pihak yang berkenaan..

Inspired by,


MEMAAFKAN NAMUN SUKAR MELUPAKAN...?



Pesanan daripada Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
As salamu'alaikum shbt yg di muliakan. Ramai org yg bertanya, kita boleh maafkan tetapi mcm mana nak lupakan peristiwa pahit yg lalu. Kita takkan dpt lupakan kisah lama sbb kita org yg pandai & kuat ingatan. Tapi jika kita jaga solat 5 waktu, solat taubat tiap mlm, istighfar 100X sehari, baca Quran, lakukan zikir harian, doakan org tu & maafkan dia 40 hari berturut turut, kita akan dpt rawat hati kita. Jika kita teringat kisah lama & rasa marah, sedih atau stres, maka kita belum pulih. Tetapi bila kita teringat & mampu tersenyum, maka kita telah pulih. Yg penting BUKAN MELUPAKAN, tetapi merawat hati agar tak terkesan secara negatif bila teringat! Bila kita dah betulkan diri kita secar berpakej, insya Allah perkara negatif takkan berulang lagi. Wassalam


Kata-kata yang sangat menyentuh jiwa jika kita hayati dan renungi..Semoga bulan yang mulia ini akan membawa seribu rahmat kepada kita semua agar menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya....sesungguhnya ungkapan maaf itu tidak akan merendahkan martabat kita..


PETUA MENGHADAPI PEPERIKSAAN OLEH PAKAR MOTIVASI ; DR TENGKU ASMADI TENGKU AHMAD



Salam Inspirasi untuk semua...
Esok merupakan hari yang penting buat semua pelajar Tingkatan 3 kerana mereka bakal menduduki peperiksaan Percubaan PMR untuk Tahun 2012...Cikgu ingin kongsikan tips dan panduan berguna untuk anda menjelang peperiksaan yang hampir tiba..Renung-renungkan dan selamat beramal...

Usah panik apabila masuk dewan peperiksaan kerana ia mampu buat calon lupa 50 peratus dipelajari

Justeru, Pakar Motivasi dan Pemilik MAP Training & Consultancy Sdn Bhd, Dr Tengku Asmadi Tengku Ahmad, memberi panduan apa yang perlu dilakukan bagi mengelak kekusutan di saat akhir.


Jangan panik
Sebaik melangkah masuk ke dewan peperiksaan, jangan panik kerana ia mampu membuatkan kita lupa 50 peratus apa yang sudah dipelajari selama ini. Tanamkan keyakinan dalam diri anda boleh menjawabnya.


Kajian terhadap topik dan pemetaan maklumat
Semak sama ada anda memahami sepenuhnya, separuh atau tidak memahami langsung bab berkenaan. Jika ada bab yang belum difahami sepenuhnya, segera buat peta minda dengan mencatat maklumat penting yang berkaitan.


Semak soalan tahun lalu (setiap subjek)
Biarpun soalan akan berubah setiap tahun, anda tetap perlu menyemaknya untuk membandingkan kekerapan topik berkenaan keluar dalam setiap peperiksaan.


Banyakkan pembelajaran secara output learning
Di saat-saat akhir, anda seharusnya banyak mengulang kaji pelajaran secara output learning iaitu mengeluarkan kembali kefahaman anda kepada bentuk lakaran ataupun menerangkan kepada rakan. Ia dapat membantu menguatkan ingatan terhadap sesuatu mata pelajaran.


Memperbanyakkan latih tubi dan ujian simulasi
Satu cara untuk menguji sejauh mana pemahaman anda terhadap sesuatu subjek adalah melalui latihan berterusan (latih tubi) dan soalan tahun sebelumnya. Ia mampu menolong anda mengatasi bahagian subjek yang lemah.


Nota ringkas

Nota ringkas amat penting dan berguna kerana ia senang dibawa ke mana saja. Anda boleh membaca catatan nota ringkas berkenaan di waktu terluang.


Pastikan mendapat tidur dan rehat secukupnya
Biar sesibuk mana sekalipun, anda perlu mendapat tidur dan rehat cukup. Jangan lupa bersenam sekurang-kurangnya 10 minit bagi memastikan badan kekal cergas. Pengaliran oksigen yang baik boleh menghasilkan otak yang cerdas.


Pemakanan berkhasiat dan seimbang

Elak mengambil terlalu banyak makanan yang mengandungi kafein kerana anda mungkin akan sukar tidur dan hilang tumpuan.


Kawal emosi
Elak terbabit dalam sebarang konflik yang boleh menggugat ketenangan emosi di saat anda akan menduduki peperiksaan. Jangan menimbulkan sebarang pertelingkahan atau terasa hati dengan rakan-rakan atau keluarga kerana ia boleh menggugat ketenangan ketika menjawab soalan kelak.


Banyakkan berdoa dan bersolat

Sebagai makhluk yang lemah, kita memang tidak dapat lari daripada berdoa kepada Allah s.w.t. Bagi yang beragama Islam, anda perlu memper banyakkan solat hajat, tahajud dan berdoa memohon bantuan-Nya. Sebelum melangkah ke dewan peperiksaan, pohon keampunan dan keredaan daripada ibu bapa dan guru.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan tips berguna untuk pelajar semua.Selamat Mencuba!

Salam Inspirasi,

Tuesday, August 7, 2012

PERMOHONAN BIASISWA TAJAAN JPA



Salam Inspirasi....
Perkongsian buat anak2 pelajar yangtelah melanjutkan pelajaran ke menara gading..Permohonan untuk biasiswa JPA sudah dibuka ..Untuk maklumat lanjut layari http://esilav2.jpa.gov.my/. Jangan lepaskan peluang untuk memohon...mungkin kali ini rezeki berpihak kepada anda..Semoga Berjaya!

Monday, August 6, 2012

KURSUS PENATARAN PENGENDALIAN UJIAN PSIKOMETRIK PERSONALITI DAN KERJAYA

Salam Inspirasi...

1-3 Ogos 2012, bertempat di Hotel Goodhope, Johor Bahru, seramai lebih kurang 200 orang guru kaunseling zon selatan telah menghadiri kursus seperti yg tersebut di atas. Isi kandungan kursus menjurus kepada pelaksanaan PBS yang mana semua pelajar Tingkatan 1 perlu menduduki Inventori Trait Personaliti dan Ujian Minat Kerjaya . Objektif utama adalah untuk mengenalpasti personaliti pelajar serta halatuju minat kerjaya masing-masing.

Pada hari pertama kami didedahkan dengan kaedah pelaksanaan ujian dan hari seterusnya pengisian berbentuk Perbincangan Dalam Kumpulan mengikut daerah masing-masing. Alhamdulillah, nampaknya semua yang samar sudah makin jelas kelihatan cuma menunggu masa untuk pelaksanaan di sekolah masing-masing. Terima kasih kepada barisan fasilitator dari Lembaga Peperiksaan yang telah banyak menyumbang idea dan tenaga sepanjang kursus ini diadakan.

Wednesday, August 1, 2012

AUDIT SPSK 2012 @ SMKMK

credits to Pn. Hjh. Aszora for the picture..

Salam Inspirasi...
Alhamdulillah selesai sudah proses audit Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) 2012 oleh verifikator SPSK..Tahniah kepada pengurus-pengurus PK yang bertangunggjawab menguruskan fail kualiti masing-masing. Terima kasih kepada barisan verifikator En Mohd Najib (PPDJB),En. Nazri (PK1 SMK Taman Mutiara Rini), Pn. Hjh. Haliza (PK1 SMK Kompleks Sultan Abu Bakar). InsyaAllah setiap pesanan akan kami ambil perhatian untuk penambahbaikan pada masa akan datang.