Showing posts with label Antidadah. Show all posts
Showing posts with label Antidadah. Show all posts

Wednesday, June 26, 2013

::Aktiviti UBKMK Bulan Jun::

Assalamualaikum dan salam inspirasi....
Pada 26 Jun 2013, Pembimbing Rakan Sebaya PRS SMKMK telah mendapat pendedahan Latihan Asas PRS yang dikendalikan oleh Cikgu Lin,....(^_^) Mereka telah didedahkan dengan sesi latihan asas kemahiran kaunseling bagi memantapkan lagi peranan dan fungsi PRS di sekolah. Antara pengisian program adalah seperti berikut :-
Slot 1 : Ice Breaking
Slot 2 : 'Rappour'-Kemahiran Membina Hubungan
Slot 3 : Komunikasi Berkesan serta Halangan Dalam Komunikasi
Slot 4 : Mengenalpasti Perasaan Klien berdasarkan Bahasa Badan @ Ekspresi Muka

Semua aktiviti telah dijalankan secara 'role-play' oleh ahli-ahli PRS..Tahniah dan syabas atas kerjasama baik yang diberikan...Kredit juga kepada Khalisyah Rizqin yang telah membantu cikgu sebagai fasilitator serta berkongsi ilmu bersama rakan-rakan hasil Kurus PRS Daerah JB yang telah beliau hadiri. Semoga PRS MK akan terus maju! 'Bantu Diri untuk Membantu Insan Lain'
Pada 15 Jun 2013 yang lalu telah diadakan Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah PPDa Daerah Johor Bahru bertempat di SK Tasek Utara, Johor Bahru. MK telah menghantar wakil untuk Pertandingan Video Kreatif Antidadah. Tahniah kepada pelajar yang telah berjaya meraih tempat ketiga dalam pertandingan ini..Pelajar yang terlibat adalah :-
1. Yeo Wei An
2. Teng Zhang Jun
3. Tay Zhen Lu
4. Ang Yeong Siang
Tanggal 14- 15 Jun 2013 juga telah berlangsungnya Program Kepimpinan Pengawas dan MKSLC di Pusat Kokurikulum Tasek Utara. Terima kasih kepada barisan guru dan pelajar yang terlibat dalam menjayakan program kali ini. Program turut diselitkan dengan sesi ceramah Kepimpinan oleh En.Abdullah bin Yusoff dari Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru. Semoga barisan peserta program dapat terus menjalankan tanggungjawab dengan berkesan selepas ini..

Salam Inspirasi,

Wednesday, March 13, 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN GURU PPDa NEGERI JOHOR

Salam Inspirasi....
Tanggal 12 Mac 2013, bertempat di Tingkat 6, Dewan seminar Jabatan Pelajaran Negeri Johor telah berlangsungnya Kursus Merekayasa Guru PPDa Johor sekaligus penerimaan watikah pelantikan bagi guru-guru PPDa Sekolah-sekolah Negeri Johor. Majlis telah disempurnakan oleh En. Abd Rahman bin Abd Rahim, Timbalan Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Kemanusiaan , JPNJ.

Semoga segala mandat yang telah diberikan kepada kami dapat dilaksanakan dengan jayanya. 1 Malaysia Membanteras Dadah!

Tuesday, March 5, 2013

PERKONGSIAN FAKTA TENTANG ROKOK!!

Setiap sedutan membawa PADAH....Sedarkah anda bahawa berada dalam lingkungan orang yang menghisap rokok menyebabkan kita turut sama terdedah kepada risiko yang dibawa oleh asap rokok...atau kenali sebagai perokok pasif (menyedut asap rokok secara indirect). Oleh yang demikian, jauhkan diri anda daripada perokok!!
Mari semak fakta berkaitan ROKOK....

-Secara puratanya setiap batang rokok yang dihisap akan memendekkan hayat seseorang itu selama 5 minit.

-Bermula dari 2025: 10 juta dianggarkan mati setiap tahun.

-Tembakau dan kematian…
WHO:
4.9 juta kematian pada tahun 2002
13,400 kematian sehari
560 kematian setiap jam
1 kematian setiap 6.4 saat
Pada 2030, dijangka →10 juta kematian
27 400 kematian sehari
2280 kematian setiap jam
1 kematian setiap 3 saat

-4000 Bahan Kimia Dalam Sebatang Rokok
(53 bahan penyebab kanser)

Kesimpulannya, jangan jadi perokok kerana anda akan turut membahayakan orang di sekeliling anda.............

Pesanan Khidmat Masyarakat sempena Kempen Anti Rokok,Dadah SMKMK,

Program Antidadah Peringkat SMKMK

Salam Inspirasi...
Umum mengetahui terhadap bahaya penyalahgunaan dadah terhadap diri individu, keluarga, masyarakat, bangsa mahu pun agama. Justeru, sambutan Hari Antidadah Sedunia pada 19 Februari adalah bertujuan untuk memberikan peringatan kepada segenap lapisan masyarakat terhadap bahaya penyalahgunaan dadah kepada kita semua.
Pihak Pendidikan Pencegahan Dadah SMKMK dengan kerjasama Unit Kaunseling telah bekerjasama untuk menjalankan beberapa aktiviti bagi menghidupkan budaya sihat dan benci kepada dadah dalam kalangan pelajar sekolah. Hebahan dalam perhimpunan harian, mesej anti dadah, pertandingan mencipta puisi antidadah, poster antidadah dan pelbagai lagi program menarik telah disediakan. Hadiah-hadiah disediakan kepada pelajar yang layak dan menang dalm setiap aktiviti yang dijalankan. Justeru pelajar yang berminat boleh berhubung terus dengan Pn. Norezlin dan rujuk kepada poster yang akan diedarkan kepada setiap kelas.
Hari ini, Laman Inspirasi akan berkongsi informasi dan beberapa keping gambar tentang bahaya rokok, dadah, alkohol dan inhalan kepada anda...

Ayuh bebaskan diri kita dan keluarga daripada ancaman DADAH!!! 1 Malaysia Membanteras Dadah!!!

Salam Inspirasi,


Friday, July 20, 2012

LINDUNGI REMAJA DARIPADA DADAH



PERANAN IBU BAPA DAN AHLI MASYARAKAT
Kajian telah menunjukkan ibu bapa dan ahli masyarakat boleh memainkan peranan penting dalam memastikan anak remaja dan belia bebas daripada dadah.

LIMA SEBAB REMAJA DAN BELIA TERJEBAK DENGAN DADAH

Merasa Telah Dewasa
- Remaja suka meniru orang dewasa seperti cara bercakap, berpakaian dan lain-lain.
- Menganggap diri dewasa bermakna bebas dan boleh membuat keputusan sendiri.
- Boleh buat apa saja seperti merokok, keluar rumah tanpa beritahu ibubapa dll.
Untuk Bersama Rakan dan Diterima
- Remaja biasanya berkehendakkan orang menyukainya.
- Remaja mengikut kehendak rakan supaya mereka diterima dalam kumpulan.
- Remaja mengambil dadah untuk bersama dan diterima oleh kawan.
- Pengaruh kawan adalah satu perkara yang sukar untuk dielakkan.
Untuk Tenang dan Merasa Selesa
- Ramai orang terutama remaja menganggap dadah boleh menolong mereka melupakan masalah.
- Remaja dan orang dewasa menggunakan cara yang tidak sihat untuk mengatasi tekanan
(stress).
Untuk Mengambil Risiko dan Memberontak
- Ibu bapa sedar anak-anak mereka sentiasa mmengambil risiko seperti suka bermain
benda-benda yang berbahaya.
- Orang muda (remaja) lebih berani mengambil risiko.
- Anggap risiko bermakna mencabar.
- Anggap risiko bermakna wira.
- Remaja beremosi dan suka memberontak.
Untuk Memenuhi Rasa Ingin Tahu
- Rasa ingin tahu perkara baru.
- Terpengaruh dengan iklan.
- Ingin mencuba tanpa berfikir panjang.
- Mudah mempercayai.

---> JAUHI DIRI ANDA DARIPADA DADAH<---


Tuesday, February 28, 2012

PELANCARAN MINGGU ANTI DADAH PERINGKAT SMKMK


Bacaan Ikrar Antidadah diketuai oleh Pengerusi PRS, Saudara Hilman Rozaini

Informasi tentang bahaya dadah oleh Pn. Norezlin Sulaiman

Salam Inspirasi....
"Sekolah Bebas Dadah Menjelang 2012"...tema sambutan Program Antidadah untuk tahun ini..Alhamdulillah, perasmian program antidadah tahun ini telah selamat dijalankan pada 23 Februari yang lalu....terima kasih atas kerjasama ahli Pembimbing Rakan Sebaya yang sama-sama membantu untuk menjayakan program kali ini.
Untuk pelajar, jangan lupa sertai pertandingan yang diadakan. Antaranya;
- pertandingan mencipta sajak antidadah
- pertandingan mencipta penanda buku kreatif antidadah
- pertandingan bukiu skrap anti dadah
- pertandingan rekacipta video antidadah
Jangan lepaskan peluang ini. Hadiah menarik dan sijil penyertaan menanti anda!!!

Perangi Dadah Habis-habisan

-Cikgu Lin-