Showing posts with label Mutiara Kata. Show all posts
Showing posts with label Mutiara Kata. Show all posts

Wednesday, August 8, 2012

MEMAAFKAN NAMUN SUKAR MELUPAKAN...?



Pesanan daripada Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
As salamu'alaikum shbt yg di muliakan. Ramai org yg bertanya, kita boleh maafkan tetapi mcm mana nak lupakan peristiwa pahit yg lalu. Kita takkan dpt lupakan kisah lama sbb kita org yg pandai & kuat ingatan. Tapi jika kita jaga solat 5 waktu, solat taubat tiap mlm, istighfar 100X sehari, baca Quran, lakukan zikir harian, doakan org tu & maafkan dia 40 hari berturut turut, kita akan dpt rawat hati kita. Jika kita teringat kisah lama & rasa marah, sedih atau stres, maka kita belum pulih. Tetapi bila kita teringat & mampu tersenyum, maka kita telah pulih. Yg penting BUKAN MELUPAKAN, tetapi merawat hati agar tak terkesan secara negatif bila teringat! Bila kita dah betulkan diri kita secar berpakej, insya Allah perkara negatif takkan berulang lagi. Wassalam


Kata-kata yang sangat menyentuh jiwa jika kita hayati dan renungi..Semoga bulan yang mulia ini akan membawa seribu rahmat kepada kita semua agar menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya....sesungguhnya ungkapan maaf itu tidak akan merendahkan martabat kita..


Wednesday, February 1, 2012

KATA PUJANGGA...


Ada 4 jenis insan iaitu:-

Insan yang tahu tetapi tidak tahu bahawa dia tahu, itulah orang yang lalai.Oleh itu berilah mereka peringatan.

Insan yang tidak tahu dan tidak tahu bahawa dia tidak tahu, itulah orang yang bodoh dan degil. Oleh itu tinggalkan mereka.

Insan yang tidak tahu dan tahu bahawa dia tidak tahu, itulah orang yang jahil. Oleh itu ajarlah mereka.

Insan yang tahu dan tahu bahawa dia tahu, itulah orang yang berilmu. Oleh itu, ikutilah mereka.

¬Al Khalil Ibni Ahmadal Farahidi¬

Perkongsian...
Cikgu Lin