Salam Inspirasi...
Tanggal 20 Jun 2012 yang lalu, seramai 30 orang pelajar Tingkatan 5 telah menyertai Lawatan Kerjaya ke Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Program Kebitaraan Matematik iaitu Program CaFOM (Care For Mathematics) bertempat di SMK Kompleks Sultan Abu Bakar, Johor Bahru. Program 2 dalam 1 ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang operasi di pelabuhan serta mengenal pasti prospek kerjaya yang ada di PTP...Kami telah diberikan taklimat ringkas tentang PTP sebelum dibawa melihat situasi sebenar operasi yang berlaku di pelabuhan...sangat menarik dan banyak perkara yang dapat dipelajari.
Selepas lawatan ke PTP, kami bertolak ke SMKKSAB untuk satu program berbentuk bimbingan kepada rakan sebaya bagi matapelajaran Matematik di bawah label kebitaraan..Seperti biasa program dimulakan dengan aktiviti 'ice breaking' bagi memastikan setiap pelajar berkenalan dengan lebih dekat antara satu sama lain. Di kesempatan ini saya berterima kasih kepada semua pelajar terlibat kerana telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang sesi 'ice breaking'.
Program diteruskan dengan aktiviti CaFOM. Secara keseluruhannya program ini telah berjalan lancar dan setiap pelajar yang dilantik selaku mentor atau pembimbing dapat menyampaikan dan berkongsi ilmu bersama pelajar-pelajar SMKKSAB.. Tahniah dan syabas buat Pn. Rasidah,Cikgu Che dan barisan guru Matematik SMKMK yang telah bertungkus lumus bagi memastikan program ini dapat dijalankan dengan jayanya. Dengarnya, program ini turut mendapat perhatian daripada sekolah lain yang berminat untuk turut serta pada masa akan datang...
"MK TRULY THE BEST"...Go For Excellence!
TAKLIMAT DARI PIHAK PTP
SEKITAR PTP...
-SEMASA PROGRAM CaFOM....-
-PENGETUA DARIPADA KEDUA-DUA SEKOLAH TURUT HADIR...TERIMA KASIH TUAN-
Selamat Melayari Laman Rasmi Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Mohd Khalid, Johor Bahru
Showing posts with label Kebitaraan. Show all posts
Showing posts with label Kebitaraan. Show all posts
Monday, July 9, 2012
Tuesday, February 28, 2012
PROGRAM KEBITARAAN JUDO
Bersama pasukan judo SSTMI dan jurulatih..guru2 MK tidak ketinggalan...
Guru-guru bersama En. Anuar (MSN), Mr Maral (Jurulatih dr Mongolia) Coaches dan barisan guru SSTMI
Penghargaan buat Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail..
Latihan bersama Coach Maral..
JUDO.... Mungkin sukan judo adalah sukan yang asing bagi sesetangah daripada kita. untuk makluman semua, Judo adalah bidang kebitaraan yang telah dipilih oleh SMKMK kategori kokurikulum Sekolah Kluster Kecemerlangan.
Pada 24 Februari 2012 - 25 Februari 2012, sekumpulan pelajar yang telah terpilih dan berjaya dalam TID (Talent Identification) yang dibuat oleh pihak majlis Sukan Negara (MSN) telah menjalani latihan bersama ahli sukan judo Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail atau dulunya lebih dikenali sebagai Sekolah Sukan Bandar Penawar.
Program selama 2 hari 1 malam ini merupakan program pendedahan dan sesi latihan pertama pelajar SMKMK untuk sukan judo. Ternyata semangat dan keyakinan diri pelajar MK sangat tinggi dan mereka telah berjaya menjalani sesi latihan yang agak mencabar. Sekalung terima kasih juga kepada barisan jurulatih SSTMI yang sangat komited membimbing pelajar MK. Semoga sukan judo akan terus bersinar di MK......YAKIN BOLEh!!!!
-Cikgu Lin-
Subscribe to:
Posts (Atom)