Friday, May 29, 2009

PUISI


KUTEMUI PUISI INI SUATU KETIKA DAHULU. .

MOHON IZIN DIKONGSI NUKILAN INI UNTUK TATAPAN BERSAMA..


Ada kalanya, serba serbi tak kena

Apabila jalan didaki kelihatan curam semuanya

Apabila harta tiada dan hutang bertimbun

Ingin mengukir senyuman tetapi keluhan menjelma

Apabila keraguan datang menghimpit

Rehatlah seketika tetapi Mengalah..Jangan!

Kerana anehnya hidup ini

Dilingkari liku-likunya

itulah yang kita pelajari

Kadangkala

Banyak kegagalan akan tiba ke penghujungnya

Kemenangan pasti dikecapi jika bertahan terus-terusan

Kerana kejayaan cuma kegagalan yang dibalikkan

Dari cebisan cahaya dalam kesamaran

Tidak boleh diduga betapa hampirnya kejayaan

Mungkin kejayaan dekat, rapat, tapi terasa amat jauh

Maka, berjuanglah terus-terusan

Walau perit menyepit

Kerana ketika harapan amat tipis

Mengalah.....Jangan!

Wednesday, May 27, 2009

To know MK is to love MK!!

We're proud of our school..Mk, Truly The Best..! inilah antara ungkapan yang sering menaikkan motivasi kami (guru dan pelajar) untuk terus mengekalkan kecemerlangan sekolah ini baik dari segi akademik kurikulum mahupun sahsiah dan keperibadian pelajar...sebenarnya terdapat 5 budaya yang diperkenalkan oleh Tn Hj Suleiman bin Hj. A. Rahman selaku Pengetua SMKMK yang mungkin tiada di sekolah lain...Budaya-budaya ini akan terus menjadi pegangan dan panduan untuk putera puteri MK , Insya Allah.... Wanna know? Let's find out!
BUDAYA TANPA LOCENG
Usaha membimbing dan mengasuh pelajar sememangnya banyak tertumpu di sekolah. Para guru khasnya bertanggungjawab menggilap bakat dan potensi pelajar dalam pelbagai bidang. Umum mengetahui bahawa golongan pelajar adalah generasi yang senang untuk dibentuk seperti pepatah, “Melentur bulu biarlah dari rebungnya”. Justeru apa jua bentuk penyertaan dan kejayaan pelajar sememangnya bergantung kepada bagaimana mereka menguruskan masa dengan baik. Pihak sekolah ingin membentuk warga MK untuk menepati masa supaya tidak hanya bergantung kepada loceng semata-mata. Mereka harus mempunyai kesedaran kendiri terhadap kepentingan menepati masa. Objektif utama program ini adalah untuk melatih pelajar mematuhi waktu masuk kelas, pertukaran waktu dan waktu balik tanpa bantuan loceng. Selain itu, ia juga diharap dapat melatih pelajar supaya peka , menepati dan menghargai masa.

(JANGAN X PERCAYA...LOCENG TAK BUNYI KAT SEKOLAH NI KECUALI UNTUK KECEMASAN @ KEBAKARAN SAHAJA)

BUDAYA SIFAR SAMPAH
Alam sekitar yang bersih dan indah menjamin keselesaan dan kesihatan penghuninya. Amalan menjaga kebersihan harus dimulakan sejak kecil atau ketika masih di bangku sekolah lagi. Para pelajar seharusnya dididik dan diasuh dengan nilai murni ini sehingga menjadi satu budaya dan amalan hidup mereka. Persekitaran yang bersih dan cantik dapat melahirkan rasa cinta dan sayang terhadap sekolah. Sekolah mensasarkan untuk melahirkan warga yang cemerlang bersesuaian dengan matlamat menghasilkan ilmuwan cemerlang di kalangan pelajar. Kecemerlangan ini bukan sahaja dapat dinilai dari sudut kecemerlangan akademik bahkan juga dari segi sahsiah, kebersihan diri dan persekitaran. Program ‘Sifar Sampah’ adalah sebagai langkah permulaan pihak sekolah untuk menyemai rasa kecintaan pelajar terhadap persekitaran sekolah yang bersih, indah dan ceria. Objektif utama program ini dijalankan adalah untuk melatih pelajar untuk mengamalkan kebersihan dalam segala hal, menanam nilai murni iaitu mencintai kebersihan dalam segala urusan untuk kesejahteraan bersama dan mewujudkan iklim, suasana persekolahan yang bersih, indah dan ceria.

(NAK JUMPA TONG SAMPAH PUN SUSAH KAT MK........)

BUDAYA BERATUR
Kecemerlangan disiplin sudah tentunya menjadi agenda penting di SMK Mohd Khalid. Pelajar-pelajar diterapkan dengan amalan beratur dalam setiap pergerakan sama ada ketika keluar dari kelas atau untuk bergerak ke bilik-bilik khas. Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan dipertanggungjawabkan untuk mengawal pelajar sepanjang pergerakan. Konsep ini juga diharap dapat menunjukkan ciri-ciri sistematik dalam setiap pergerakan pelajar supaya terasuh dan terdidik dalam amalan beratur pada setiap masa di sekolah.
(QUEUE UP!...everywhere you go dear!!)

BUDAYA HORMAT
Hormat-menghormati merupakan amalan dan nilai yang terpuji dalam kehidupan. Pelajar-pelajar di sekolah ini sering diingatkan untuk saling hormat-menghormati antara satu sama lain serta menghormati para guru, ibu bapa atau pelawat yang berkunjung ke sekolah. Ucapan salam sentiasa dititik beratkan supaya menjadi amalan seharian pelajar-pelajar. “Respect others..and others will respect you”. Ungkapan ini juga diingatkan kepada pelajar di perhimpunan supaya mereka tahu untuk menghormati jika ingin dihormati.

(KITA MESTI HORMAT SEMUA ORANG...KALAU MAHU DIHORMATI OLEH ORANG LAIN!!)


BUDAYA TRAMPIL
Budaya trampil adalah budaya yang baru diperkenalkan di sekolah ini bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berpersonaliti, mempunyai penampilan diri yang menarik, kemas dan bersih serta berani tampil ke hadapan. Pendekatan yang digunakan oleh pihak sekolah antaranya ialah menggalakkan pelajar untuk tampil membentangkan satu tajuk ringkas pada setiap perhimpunan rasmi atau harian tanpa merujuk teks. Proses pengajaran dan pembelajaran di kelas juga banyak menekankan aspek keyakinan dan keberanian seperti pembentangan dan pengucapan awam. Selain itu, cara penampilan pelajar turut diberi keutamaan sama ada dari segi kekemasan pakaian, kelengkapan uniform, rambut, kuku dan sebagainya. Pada setiap hari Rabu dan Perhimpunan Rasmi minggu Ketiga, pelajar-pelajar digalakkan memakai uniform mengikut unit beruniform masing-masing supaya kelihatan segak dan berketrampilan.

(WHO WILL BE OUR NEXT MK'S DAILY SPEAKER...;D)

Monday, May 25, 2009

kita di PULAU HABA???

sekarang ni musim panas n cuaca tak menentu..penyakit pun macam-macam..yang berjangkit dan berbahaya pun makin banyak dikesan...waktu2 panas macam ni kena minum banyak air..it's global warming!!! sabar ye anak2 yang tengah exam..walaupun cuaca panas...semoga dapat menjawab semua soalan dengan tenang.....tapi ada pepatah Inggeris menyebut "an apple a day..keep the doctor away.." hmm..menarik juga untuk dikaji..apa agaknya kandungan dalam epal yang boleh mengelakkan diri kita dari dijangkiti penyakit??any idea??

eXam week!!


Minggu ni semua students MK bertungkus lumus memerah otak untuk Peperiksaan Setara Pertengahan Tahun...ke sana..ke sini..cikgu tengok mengusung buku..hatta pergi assembly pun masih dengan buku....tak tau sama ada semua student cikgu ni rajin2 study @ulat buku atau baru nak buat revision untuk paper hari ni....apa2 pun..good luck to all....ingat...kalau boleh jangan sampai last minute preparation..lebih elok bersedia lebih awal..baru la tak kelam kabut...hihi...k semua..selamat menjawab eXam dengan jayanya.....

Friday, May 22, 2009

Seminar Perdana PEMADAM Negeri Johor

Johor Bahru, 21 Mei 2009-satu seminar telah dianjurkan oleh PEMADAM Negeri Johor bertempat di Persada Johor yang telah dihadiri oleh segenap lapisan masyarakat terdiri daripada golongan profesional,NGO,guru-guru, pelajar sekolah, Ketua Kampung, Penghulu,pesara dll. Para peserta berpeluang mendengar perkongsian ilmu daripada Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah selaku penceramah jemputan pada hari itu. Sungguh menghiburkan dan banyak manfaat yang diperolehi...Thumbs up kepada DDHMFK dan urusetia program..Terima kasih atas penganjuran seminar dan jemputan yang diberikan... Alhamdulillah..ada peluang juga dapatkan autograf motivator terkenal tanahair....
haa...inilah buktinya.......
TQ Dato' atas segala ilmu yang dikongsikan bersama kami...

Majlis Penyerahan Kad Ucapan Hari Guru...

Lau Wee Dong-3 Diamond
Danesh A/L Ganesan (4 Diamond)

Hafiz Hashim (5 Diamond)


Tanggal 21 Mei 2009, bertempat di SM Teknik Johor Bahru, telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Dalam majlis tersebut 3 orang pelajar pelbagai kaum dari SMK Mohd Khalid telah terpilih untuk menyampaikan kad ucapan kepada Tuan Pengarah Pelajaran Johor, Tuan Hj, Su'faat bin Tumin..Tahniah diucapkan kepada Hafiz Hashim dari 5 Diamond, Danesh A/L Ganesan dari 4 Diamond dan Lau Wee Dong dari 3 Diamond...MK Truly The BEST!!

Teachers Day @ MK

me, kak liza n lina..
(thanx to Mad 4 de picture!!)
Penat jugak layan aktiviti sepanjang sambutan Hari Guru...thanx to the PK's coz sponsor makan besar on Teachers Day Celebration..Moga2 murah rezeki....

Tuesday, May 19, 2009

Kisah Sebiji Tembikai - 16 MEI...

Salam buat semua...

Agak lama juga tak update blog ni...mungkin akibat kesibukan dan keterbatasan waktu...semalam 18 Mei 2009 merupakan sambutan Hari Guru di peringkat sekolah. Melihat satu persembahan sketsa yang dijayakan oleh pelajar-pelajar 5 Diamond, telah mengingatkan saya tentang peristiwa yang berlaku kira-kira 7 tahun yang lampau. Ketika itu saya masih menuntut di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam di Ibukota..Ketika cuti semester, saya berpeluang menjadi guru ganti di sebuah sekolah luar bandar berhampiran kampung kelahiran saya. Itulah kali pertama saya bergelar GURU. Memang berbeza dengan apa yang saya lalui kini. Baik dari segi kemudahan dan corak hidup pelajarnya. Ketika itu, saya berhadapan dengan pelajar yang jauh dari pengaruh sosial seperti kehidupan kita di kotaraya...ruang lingkup mereka hanyalah paya dan belukar. Aktiviti harian mereka juga tidak tertumpu kepada permainan video seperti sekarang. Kebanyakan masa mereka dihabiskan dengan membantu ibu bapa di kebun, menangkap ikan di paya atau meneman ibu bapa menjual hasil dusun apabila tiba musim buah..Dipendekkan cerita, saya berpeluang untuk menjadi GURU ketika itu untuk tempoh 2 bulan iaitu bermula dari Mac hingga hari terakhir saya pada 16 Mei yakni jatuh pada sambutan perayaan Hari Guru. Seperti kebiasaan, pada hari itu, saya berkesempatan menerima ucapan Selamat Hari GURU buat pertama kalinya dari pelajar-pelajar saya.....(Mungkin sebab itu juga saya jatuh cinta pada kerjaya ini...) Ucapan dan pengalaman yang tak seberapa itu membuatkan saya rasa ada sesuatu pada kerjaya guru ini yang sukar untuk diinterpretasikan. Seperti kebanyakan guru lain, saya juga turut berkesempatan menerima hadiah daripada pelajar-pelajar seperti mana guru-guru yang lain...Ketika kami sedang berkumpul di kelas pada pagi Hari GURU itu saya didatangi oleh seorang pelajar kelas saya..."Cikgu...Yusof nak jumpa cikgu tapi dia malu...tu cikgu ada kat tepi pintu"(Yusof adalah seorang pelajar yang lemah dalam akademik dan masih merangkak apabila membaca dan datang daripada keluarga yang miskin)...saya menjenguk ke pintu kelas dan mendapati memang Yusof berada di luar pintu...Saya memanggil Yusof dan menjemput dia masuk ke kelas. Dalam keadaan tersipu-sipu..Yusof melangkah masuk lalu datang ke arah saya...dia menghulurkan sebuah bungkusan beg plastik yang telah lusuh dan di dalamnya ada sebiji buah tembikai kecil.."Cikgu, Selamat Hari GURU...tembikai ni mak saya tanam..hadiah untuk cikgu.saya tak ada duit nak beli macam kawan-kawan...sebab tu saya malu nak masuk tadi.." tersentuh hati saya melihat anak kecil ini, lebih-lebih lagi apabila membayangkan keadaan keluarga dan rumahnya yang tidak sempurna..Pakaian sekolahnya yang telah kekuningan serta songkok lusuh dan kasut yang koyak di kedua-dua belah.."Terima kasih Yusof"..ucap saya dalam nada sebak...tidak dapat saya gambarkan perasaan saya ketika itu...setelah saya kembali ke universiti, saya mendapat berita Yusof mengalami sakit buah pinggang...di mana agaknya anak didik saya itu sekarang? Kadangkala saya terfikir..Memang Yusof tak pandai macam orang lain tetapi hatinya mungkin lebih mulia daripada kita....Mudah-mudahan ALLAH memberikan dia kesihatan dan kesejahteraan...AMIN...Kisah ini akan menjadi memori indah dalam perkhidmatan saya sebagai seorang GURU dan akan saya kenang sehingga ke akhir hayat dan pasti suatu hari akan saya kongsikan dengan anak-anak saya pula agar mereka tahu untuk menilai jasa dan pengorbanan mereka yang bergelar GURU.. Mungkin rakan-rakan di luar juga punya pengalaman menarik yang boleh dikongsi bersama....

Salam Inspirasi.....

Wednesday, May 13, 2009

S.E.L.A.M.A.T H.A.R.I G.U.R.U C.I.K.G.U...

Sajak ini dititipkan buat semua guru yang telah mencurahkan ilmu buat diriku..mengajar aku akan erti sebuah kehidupan serta buat rakan guru di SMK Mohd Khalid...

Kepada Guruku..

Dalam hatiku tenang sernadi

Menatang pelita fiidup bercahaya

Kilat kemilau berbalas hati

Ingin menabur kata berjiwa.

Kupetik kuntum segar baharu

Kusisipkan di atas susunan piala

Namun hatiku disambar sedu

Tidak sebanding usafia yang ada

Hendak kuberi harta dan benda

Bukan demikian cara berbakti

Akan kukirim jiwa dan raga

Belum sekurnin bandingannya budi

Jika demikian wahai guruku

Andang citaku di mayapada.

Tiada dayaku membalas madu

Atau suatu benda mulia

Hanya sebagai kata sembah

Kepada guruku mulia budiman

Aku berjanji sepenuh iman

Menurut patuh nasihat intan

Segala ajaran dari guruku

Tunjuk pimpinan akan kubuat

Menyambung usaha cita guruku

Hingga terkabul bagal dihasrat.

Masuri S.N.
Oktober 1949

Tuesday, May 12, 2009

RAHSIA BENTUK TULISAN (GRAFOLOGI) KAJIAN DR. MOHD FADZILAH KAMSAH

Pertama :

Tekanan i.

Tekanan yang kuat Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas. ·
Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas. ·
Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulat Semua huruf ditulis dengan bulat ·
Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper Tulisan yang angular dan sharp ·
Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan
i. Condong ke kanan ·
Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri ·
Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang

iii. Tegak ·
Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah

iv. Campur-campur ·
Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang · Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat · Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z
i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna · Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna · Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi · Tahap aspirasi tinggi

ii. Rendah · Mudah berpuas hati, cita-cita rendah

iii. Tengah-tengah · Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

INI HANYALAH DAPATAN DARI KAJIAN..SESUNGGUHNYA SETIAP SESUATU ITU DATANGNYA DARI ALLAH TAALA DAN SESUATU YANG BERLAKU ADALAH DENGAN IZIN-NYA JUA..

Monday, May 11, 2009

Minggu Antidadah 2009

Pelajar melihat pameran oleh AADK...

Slot ceramah oleh Agensi Antidadah Kebangsaan...penuh perhatian dan keinsafan...

Tekun mewarna poster,......

Salam Inspirasi....

Alhamdulillah..program Minggu Antidadah telah pun dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kini hanya menunggu keputusan pertandingan dan beberapa pertandingan yang belum dilaksanakan. Tahniah kepada barisan PRS yang banyak membantu cikgu bagi melancarkan perjalanan program ini..Buat rakan guru yang banyak memberikan sokongan..terima kasih diucapkan...

Semasa majlis pelancaran...En. Kamil Firdaus menandatangani buku mesej Antidadah
warga MK...


Tuesday, May 5, 2009

APA NAK JADI DENGAN REMAJA HARI INI???


SIAPA YANG HARUS KITA PERSALAHKAN??? Aduhai para remaja....sayangilah diri anda..sesungguhnya masih ada masa untuk ada berubah dan kembali ke jalan yang benar....
Insaflah..

CIKGU LIN MENULIS.....


Salam Inspirasi buat semua...


REMAJA DI BIUS CINTA????


Gejala 'couple' dalam kalangan pelajar sekolah seolah-olah menjadi 'trend' dan ikutan sejak akhir-akhir ini. Persoalannya wajarkah remaja yang berumur dalam lingkungan 13-21 tahun ini membiarkan diri mereka hanyut dalam alam percintaan yang belum tentu kesudahannya. Apa yang dapat kita perhatikan, kebanyakan mereka yang terjebak dalam hubungan 'cinta monyet' ini gagal mengawal diri dan terpedaya dek kerana cinta yang dikatakan sepenuh hati itu...ke mana hilangnya maruah diri dan tanggungjawab sebagai anak dan pelajar...??


Jarang kita melihat 2 insan remaja yang bercinta itu dapat menjaga tatasusila dan adab dalam pergaulan yang telah digariskan oleh agama masing-masing. Tuntutan hawa nafsu kadangkala lebih diutamakan daripada memikirkan soal dosa dan maruah. Sesungguhnya naluri untuk menyintai dan dicintai itu sememangnya fitrah semulajadi namun persoalannya bagaimana perasaan itu dapat dikawal dan disimpan sehinggalah sampai waktu yang sesuai..Alam persekolahan sememangnya bukan tempat terbaik untuk menyemai cinta kerana tanggungjawab utama di sekolah adalah untuk mencari ilmu.


Mungkin para remaja belum cukup matang dalam bercinta. Lantaran itu, kita dapati banyak perilaku dan perkara-perkara yang tidak manis dipandang berlaku dalam kalangan pasangan remaja yang bercinta..Ada juga remaja yang menjadikan cinta sebagai satu permainan...sengaja mahu mempermainkan hati dan perasaan rakan sebaya...


Tepuk dada, tanya selera...jika anda rasakan diri anda tidak mampu untuk mengawal dugaan dan godaan dalam bercinta...jauhkan diri anda daripadanya kerana dikhuatiri ia akan lebih banyak membawa sengsara dari bahagia...bukankah mencegah itu lebih baik daripada mengubati...?


Renung-renungkan.....





Monday, May 4, 2009

THINK!!!

Hayati dan renungi....

Kursus LDP Guru2 MK..




Pada 14 April 2009 yang lalu, para guru MK telah menghadiri Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan bertempat di Bilik Mesyuarat SMKMK. Kursus kali ini memberi penekanan terhadap adab dan etika berkomunikasi dalam kalangan guru. Penceramah jemputan pada kali ini adalah Tn. Hj. Zakaria bin Hj. A. Shukor. Pelbagai informasi dan panduan telah kami perolehi dalam kursus kali ini. Penyampaian penceramah juga sangat menarik dan menghiburkan.. Semoga para guru memperoleh manfaat dari LDP kali ini..
"Terima kasih daun keladi" Tuan Haji...
Jasamu Dikenang..dari warga pendidik MK..