Thursday, May 23, 2013

PROGRAM PERMATA PINTAR


Untuk makluman Ujian Saringan PERMATApintar UKM1 masih dibuka sehingga 30 Mei 2013 melalui laman web http://ukm1.permatapintar.edu.my. Sehubungan itu, mohon kerjasama murid yang berkelayakan dan berminat daripada (Tingkatan 1 - 3)untuk mengambil ujian tersebut secara atas talian.

Informasi & Inspirasi,

Thursday, May 16, 2013

SELAMAT HARI GURU 2013 : GURU MALAYSIA 1 ASPIRASI 1 AGENDA

Assalamualaikum dan Salam Hari Guru...
Terima kasih semua atas ucapan dan hadiah....juga kepada barisan pengawas, MKSLC, MK Sports Council, students yang membuatkan guru-guru happy hari ni...
Jangan lupa esok dan seterusnya exam seperti biasa...:) Good luck utk semua...


#berkompangdidewan#pamplet#sukaneka#nasiarab#

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU-GURU DI MK...

Saturday, May 11, 2013

KURSUS TRAINING OF TRAINERS KELAB PROSTAR NEGERI JOHOR 2013

Assalamualaikum & Salam inspirasi untuk semua,..

Pada 8.5.2013 yang lalu saya telah membawa seramai 4 orang ahli kelab Prostar @ PRS untuk mengikuti kursus T.O.T Prostar yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Johor bertempat di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bahru. Alhamdulillah..banyak informasi dan maklumat telah diperoleh daripada kursus selama 1 hari ini..mudah-mudahan pelajar yg hadir dapat mengaplikasikan ilmu yg didapati daripada kursus untuk kebaikan dan kesihatan remaja di MK...Antara pengisian dalam program ini adalah :
-MAKAN SECARA SIHAT DAN KENALI BMI ANDA OLEH EN. MOHD ZAID RAMLAN, (PEGAWAI SAINS PEMAKANAN)
-KESIHATAN SEKSUAL DAN REPRODUKTIF REMAJA OLEH DR AZIMAH BT AHMAD (PEGAWAI PERUBATAN LPPKN JOHOR)
-REMAJA & GAYA HIDUP SIHAT ; TINGKAHLAKU BERISIKO DAN PENYALAHGUNAAN SUBSTANCE OLEH DR YUSMAH MOHAMED (KETUA PENOLONG PENGARAH, UNIT NCD)
-REMAJA MINDA SIHAT OLEH DR ROHAYU BINTI MOHD YUSOF


barisan pelajar yang menyertai....Amira..Aina....Adib zafri....and Amirul Afiq...

berjaya menjawab soalan kuiz dengan tepat..tahniah aina...

Perkongsian daripada,

Friday, May 3, 2013

PERMOHONAN KE PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI AKADEMIK 2014/2015

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi,

Makluman penting kepada calon SPM 2013 berkenaan pembelian no pin untuk permohonan secara atas talian ke Program Matrikulasi Sesi Akademik 2014/2015...pelajar yang berminat untuk memohon boleh menyerahkan salinan Kad Pengenalan bersama wang sebanyak RM6 untuk urusan pembelian no pin di Bank Simpanan Nasional (cikgu akan uruskan pembelian secara pukal). Bayaran boleh diserahkan kepada bendahari/ Ketua Kelas/Penolong Ketua Kelas masing-masing. Untuk mendapatkan maklumat dan keterangan lanjut, sila kunjungi Zon Inspirasi MK atau rujuk cikgu untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci....Masa Depan di Tangan Anda...Buatlah pilihan yang bijak....:)

Inspirasi dan informasi daripada,
Cikgu Lin @ Zon Inspirasi MK

PPTP,NEW DEAL,PRS...

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi,
Agak lama blog tak di 'update' memandangkan perlu memberi tumpuan kepada beberapa perkara penting di sekolah..
Jom checked!(^_^)
First..Pemantauan Program Pengarah Turun Padang 2013
Alhamdulillah, segala berjalan lancar dan tahniah diucapkan kepada semua guru yang telah bertungkus lumus dalam memastikan segala dokumen yang dikehendaki menepati piawai yang digariskan oleh pihak JPNJ...Foto yang sempat di'candid'...hehe..

Lega bila pemantauan selesai...Tapi, baru nak bawak turun fail..dapat pula berita pihak nazir akan datang untuk Pemantauan Anugerah Tawaran Baru Pengetua (New Deal)...Alhamdulillah, selesai sekali lagi pemantauan pada 2.5.2013..:)
dan...pada 26 April 2013 hingga 27 April 2013 telah berlangsung Kursus Merekayasa Kepimpinan Pembimbing Rakan Sebaya Peringkat Daerah Johor Bahru bertempat di SIGS JB..MK telah menghantar 4 orang wakil utk menyertai kursus kali ini. Harapan cikgu agar mereka yang telah menimba pengalaman ini akan dapat membimbing barisan PRS di sekolah nanti...

Tahniah..dan semoga ilmu yang ditimba dapat dikongsi bersama.Jutaan terima kasih juga buat Guru Kaunseling SIGS, Pn Akma dan Pn. Rosita yang sudi mengundang kami....Juga perkongsian ilmu yang sangat baik daripada En. Ibrahim dan En.Wafie....PRS;Bantu Diri Untuk Bantu Insan Lain...

C.I.K.G.U L.I.N