Thursday, April 28, 2011

MATRIKULASI KPM


Salam inspirasi.....keputusan permohonan ke matrikulasi bagi lepasan SPM sudah boleh disemak di laman sesawang KPM www.moe.gov.my...tahniah diucapkan kepada pelajar yang berjaya.....bagi yang tak berjaya..jangan risau...tunggu keputusan IPTA untuk permohonan peringkat diploma.....ok...

Regards,
Cikgu Ezlin....

Monday, April 18, 2011

ADA & BETUL BETUL ADA....


Alhamdulillah....dapat lagi kita menghirup udara yg Allah berikan secara percuma...entah sampai bila...belum tentu kita tahu jawapannya...hari ini cikgu rasa sangat gembira kerana dapat berkongsi satu artikel yg dipetik daripada majalah FOKUS bulan April 2011...mudah-mudahan apa yang cikgu sampaikan dalam perhimpunan pagi tadi menusuk jiwa anak-anak MK yang cikgu kasihi....
Bagi yang tak berkesempatan...cikgu kongsikan sedikit petikan artikel yg telah ditulis oleh Saudara Sahrulazmi Sidek...Cuba kita bayangkan, pada saat hari tatkala kita ingin bersarapan dengan hidangan roti yang telah tersedia di meja, lalu kita dapati ianya sudah tidak boleh dimakan kerana telah tamat tempoh....roti itu ADA tetapi TIDAK BOLEH DIMAKAN....ketika waktu kita kepanasan dalam kelas, kita petik suis kipas namun kipas itu tidak berpusing...nampaknya kipas itu ADA tetapi TIDAK BERFUNGSI.....tatkala kita siap menggosok pakaian untuk ke sekolah...kita sarung seluar tetapi zipnya telah rosak...seluar itu ADA tetapi TIDAK BOELH DIPAKAI....
Justeru, sebagai pelajar yang punya kepandaian dan kebijaksanaan...janganlah kita sekadar ADA tetapi tidak menyumbang apa-apa...berwataklah seperti seorang pelajar yang benar-benar pelajar...bukan hadir ke sekolah sekadar untuk bermalas-malas dan bersenang lenang....
Sebagaimana kita marah andai sesuatu itu ada tetapi seperti tidak ada..maka jangan jadikan diri kita tergolong dalam golongan yang sedemikian.....Biarlah kita berada di dunia ini dan benar-benar ada untuk orang-orang yang penting di sekeliling kita....

Salam Inspirasi.....
Cikgu Ezlin....

Friday, April 8, 2011

::Reminder : Tarikh Penting Untuk Lepasan SPM 2010..



28/4/2011 - pengumuman calon berjaya ke program matrikulasi
01/5/2011 - pengumuman calon berjaya ke program asasi/diploma
Minggu ke2 Mei - JPA umum pelajar yang berjaya dalam program tajaan
20/5/2011 - pengumuman calon berjaya ke IPGM
23/5/2011 - pendaftaran ke program matrikulasi KPM
01/6/2011 - pendaftaran ke program asasi IPTA
Jun - pendaftaran masuk program diploma IPTA
Julai - pendaftaran masuk program Institut Pendidikan Guru (IPGM)

* semua maklumat boleh diakses daripada laman web kementerian pelajaran di www.moe.gov.my atau laman web kementerian pengajian tinggi di www.mohe.gov.my
Jangan ketinggalan......sila hubungi cikgu lin untuk maklumat yang lebih lanjut...

TAKLIMAT MATRIKULASI 2011


Pada 6/4/2011 yang lalu, barisan guru bimbingan dan kaunseling daripada beberapa buah daerah di Negeri Johor telah menghadiri taklimat matrikulasi bertempat di Kolej Matrikulasi Teknikal Pontian. Pelbagai informasi terkini telah diberikan kepada GBK untuk disampaikan kepada para pelajar yang akan melanjutkan pelajaran selepas peperiksaan SPM . Tahniah dan syabas diucapkan atas penerangan yang begitu jelas oleh En. Jefri Azmi daripada bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran..Sememangnya program ini telah memberi manfaat yang besar kepada saya serta barisan GBK...

CATUR MSSDJB


yang 'junior' ni pun sibuk nak main chess...

sijil penyertaan..terima kasih...

klik..klik..deanna dan siti

semua sedang tekun bertanding....

Tanggal 2/4/2011 yang lalu telah berlangsungnya pertandingan catur peringkat Daerah Johor Bahru bertempat di SMK Bandar Baru UDA...SMK Mohd Khalid juga tidak ketinggalan mengambil bahagian bagi memperoleh sedikit pengalaman....Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang telah mewakili sekolah ke pertandingan tersebut....semoga tahun depan kita dapat meningkatkan pencapaian kita...