Showing posts with label Pesan cikgu. Show all posts
Showing posts with label Pesan cikgu. Show all posts

Sunday, March 24, 2013

TARIKH DAN LOKASI KARNIVAL JOM MASUK U 2013

Salam Inspirasi,
Jom semak jadual Karnival Jom Masuk U 2013....JB destinasi terakhir..pastikan kehadiran anda untuk mendapatkan info dan maklumat yang lebih lanjut tentang peluang melanjutkan pelajaran...


Friday, February 8, 2013

SELAMAT BERJUANG..SEMATKAN MK DI SANUBARI..

Salam Inspirasi....
Tahniah diucapkan kepada En. Nezhan bin Md Esa, Guru Kanan Teknik & Vokasional yang telah mendapat kenaikan pangkat sebagai Penyelia Petang di SMK Taman Mount Austin...terima kasih atas bimbingan dan tunjuk ajar yang telah dikongsikan bersama guru-guru dan pelajar MK..Semoga terus maju jaya di sekolah baru.
Sekalung syabas juga buat pelajar-pelajar MK Tingkatan 4 yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke SM Teknik, Kolej Vokasional, SBP dan MRSM...Bulatkan tekad, gandakan usaha dan carilah ilmu dan pengalaman di tempat baru tetapi sentiasa sematkan MK di sanubari anda...Bagi yang masih di sini, jangan bersedih..ayuh kita sama-sama merealisasikan motto kita MK Truly The Best!!!

SM TEKNIK :
1. SYAHIRAH BINTI ABD HALIM (KEJURUTERAAN ELEKTRIK)
2. DANIEL FARIS BIN IDRUS (KEJURUTERAAN AWAM)
3. MUHAMMAD AIMAN BIN IDRIS (KEJURUTERAAN MEKANIKAL)
4. MUHAMMAD DANIAL HAKIM BIN MUHYIN (KEJURUTERAAN AWAM)
5. MUHAMMAD DANIAL SYAFIQ BIN SHAIFUDDIN (KEJURUTERAAN ELEKTRIK)
6. MUHAMMAD NAJIB BIN FAUZI (KEJURUTERAAN AWAM)
7. MUHAMMAD AMIRUL AFIQ
8. MOHD HAZIQ BIN HASAN (KEJURUTERAAN ELEKTRIK)
9. MOHD ZULFADHLI BIN ZULKIFLI (KEJURUTERAAN ELEKTRIK)
10.MOHD LUQMAN BIN ESA (KEJURUTERAAN MEKANIKAL)

KOLEJ VOKASIONAL :
1. MOHD NASRUL BIN ADAM (AUTOMOTIF)
2. NURRUL REIHAN PUTRI (KOSMETOLOGI)

SEKOLAH BERASRAMA PENUH :
1. AMIRUL AKMAL BIN ZUBIR (SM SAINS ALAM SHAH)
2. MUHAMMAD SYAHID BIN ABU BAKAR (SM SAINS MUAR)
3. MUHAMMAD FARHAN BIN MOHAMEDON (SM SAINS ALAM SHAH)
4. ABDULLAH FAKHREE BIN IBRAHIM (SM SAINS TENGKU MUNAWER)

MRSM :
1. MOHD DZULHAKIEM BIN ALIAS (MRSM JOHOR BAHRU)
2. MUHAMMAD AZMAN AL-RASHID (MRSM JOHOR BAHRU)
3. MOHD AFIQ BIN KUSHAIRI (MRSM TUN GHAFAR BABA)

p/s:Tq Dzulhakiem atas cenderahati kenang-kenangan untuk semua cikgu..(",)




Wednesday, August 8, 2012

PETUA MENGHADAPI PEPERIKSAAN OLEH PAKAR MOTIVASI ; DR TENGKU ASMADI TENGKU AHMAD



Salam Inspirasi untuk semua...
Esok merupakan hari yang penting buat semua pelajar Tingkatan 3 kerana mereka bakal menduduki peperiksaan Percubaan PMR untuk Tahun 2012...Cikgu ingin kongsikan tips dan panduan berguna untuk anda menjelang peperiksaan yang hampir tiba..Renung-renungkan dan selamat beramal...

Usah panik apabila masuk dewan peperiksaan kerana ia mampu buat calon lupa 50 peratus dipelajari

Justeru, Pakar Motivasi dan Pemilik MAP Training & Consultancy Sdn Bhd, Dr Tengku Asmadi Tengku Ahmad, memberi panduan apa yang perlu dilakukan bagi mengelak kekusutan di saat akhir.


Jangan panik
Sebaik melangkah masuk ke dewan peperiksaan, jangan panik kerana ia mampu membuatkan kita lupa 50 peratus apa yang sudah dipelajari selama ini. Tanamkan keyakinan dalam diri anda boleh menjawabnya.


Kajian terhadap topik dan pemetaan maklumat
Semak sama ada anda memahami sepenuhnya, separuh atau tidak memahami langsung bab berkenaan. Jika ada bab yang belum difahami sepenuhnya, segera buat peta minda dengan mencatat maklumat penting yang berkaitan.


Semak soalan tahun lalu (setiap subjek)
Biarpun soalan akan berubah setiap tahun, anda tetap perlu menyemaknya untuk membandingkan kekerapan topik berkenaan keluar dalam setiap peperiksaan.


Banyakkan pembelajaran secara output learning
Di saat-saat akhir, anda seharusnya banyak mengulang kaji pelajaran secara output learning iaitu mengeluarkan kembali kefahaman anda kepada bentuk lakaran ataupun menerangkan kepada rakan. Ia dapat membantu menguatkan ingatan terhadap sesuatu mata pelajaran.


Memperbanyakkan latih tubi dan ujian simulasi
Satu cara untuk menguji sejauh mana pemahaman anda terhadap sesuatu subjek adalah melalui latihan berterusan (latih tubi) dan soalan tahun sebelumnya. Ia mampu menolong anda mengatasi bahagian subjek yang lemah.


Nota ringkas

Nota ringkas amat penting dan berguna kerana ia senang dibawa ke mana saja. Anda boleh membaca catatan nota ringkas berkenaan di waktu terluang.


Pastikan mendapat tidur dan rehat secukupnya
Biar sesibuk mana sekalipun, anda perlu mendapat tidur dan rehat cukup. Jangan lupa bersenam sekurang-kurangnya 10 minit bagi memastikan badan kekal cergas. Pengaliran oksigen yang baik boleh menghasilkan otak yang cerdas.


Pemakanan berkhasiat dan seimbang

Elak mengambil terlalu banyak makanan yang mengandungi kafein kerana anda mungkin akan sukar tidur dan hilang tumpuan.


Kawal emosi
Elak terbabit dalam sebarang konflik yang boleh menggugat ketenangan emosi di saat anda akan menduduki peperiksaan. Jangan menimbulkan sebarang pertelingkahan atau terasa hati dengan rakan-rakan atau keluarga kerana ia boleh menggugat ketenangan ketika menjawab soalan kelak.


Banyakkan berdoa dan bersolat

Sebagai makhluk yang lemah, kita memang tidak dapat lari daripada berdoa kepada Allah s.w.t. Bagi yang beragama Islam, anda perlu memper banyakkan solat hajat, tahajud dan berdoa memohon bantuan-Nya. Sebelum melangkah ke dewan peperiksaan, pohon keampunan dan keredaan daripada ibu bapa dan guru.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan tips berguna untuk pelajar semua.Selamat Mencuba!

Salam Inspirasi,

Friday, July 27, 2012

STABILKAN EMOSI ANDA!!



Salam Inspirasi...
Anda pernah dibuli..? atau diejek oleh rakan-rakan...?Apakah perasaan anda sekiranya anda adalah mangsa buli? Marah..takut....dendam....?
Mengawal kemarahan dan berfikir secara rasional dan waras adalah tindakan terbaik apabila berhadapan dengan situasi genting sebegini. Kebanyakan pelajar mengambil jalan mudah dengan membalas kemarahan dengan kemarahan...membalas ejekan dengan ejekan..darah muda lah katakan...Pesan orang tua..Jangan terlalu mengikut hati...nanti mati..jangan terlalu ikut rasa..kelak binasa... Pesanan ini jelas ada kebenarannya.
Jika anda menjadi mangsa buli di sekolah, tampil dan adukan kepada guru...jangan biarkan diri anda terus dibuli sehingga meletakkan diri dalam situasi yang tidak dapat dikawal..
"Darkness cannot drive out darkness..only light can do that. HATE cannot drive out HATE..only LOVE can do that" - Martin Luther King Jr-


Tuesday, July 24, 2012

Dedikasi Untuk Calon PMR dan SPM SMKMK

Salam Inspirasi...
Hari ini telah masuk Ramadhan ke-4. Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk menghela nafas di bumi Allah Taala untuk kesekian kalinya. Rasanya belum terlambat juga untuk saya mengucapkan Salam Ramadhan Kareem buat semua warga MK..
Hari silih berganti, bulan datang dan pergi..hidup pasti diuji...Tidak ada insan yang akan terlepas daripada ujian dan dugaan. Cuma yang berbeza adalah nilai kuat atau tidaknya iman kita menghadapi segalanya. Setiap cabaran yang datang harus kita hadapi dengan seribu ketabahan . Pesan saya, mengalah jangan ! Roda hidup akan terus berputar, lantaran itu, kita harus tega menghadapi setiap rintangan yang tiba.
Ramadhan ini adalah bulan terbaik untuk kita bermuhasabah dan memberi nilai tambah kepada diri sendiri.

Bagi pelajar Tingkatan 3 dan 5 yang bakal menempuh Peperiksaan Percubaan PMR dan SPM, jalan kini sudah terbuka..pilihan di tangan anda..anda mahu kejayaan mengiringi langkah atau kegagalan mendampingi diri..Masa akan terus berlalu dan tidak akan berhenti meninggalkan kita. Ingat! Ingat bahawa di MK ini adalah medan anda menimba ilmu dan mempelajari segala macam perkara, melalui setiap rencah kehidupan...jangan palitkan sejarah hitam dalam kehidupan,jangan biarkan diri hanyut dengan cubaan..Bangkitlah! Bangunlah! Detik yang tinggal kini bisa dihitung..anda tidak punya banyak waktu untuk menguasai semua...gunakan detik waktu yang tinggal untuk mencuba sedaya upaya...Buktikan kepada ibu bapa, buktikan kepada guru semua bahawa kamu jua bisa melakar sejarah dan menjulang nama kita di persada terhebat! Usaha dan doa harus bergerak seiring...Selamat Berjaya putera puteri MK!