Wednesday, April 24, 2013

INSPIRASI BUAT DIRI YANG KADANGKALA LUPA DAN LEKA...

Hayati dan semoga bermanfaat untuk kita semua....
Kita manusia yang tidak sempurna...pasti pernah melakukan kesilapan....Justeru, perbaiki segala kekurangan dan cuba lakukan yang terbaik dalam semua urusan..mudah-mudahan kita menjadi manusia yang bahagia kerana membahagiakan orang lain.....

PENGUMUMAN KEPUTUSAN CALON BERJAYA KE PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2013/2014


Assalamualaikum dan Salam Inspirasi....
Kepada lepasan SPM 2012.,


Bahagian Matrikulasi KPM akan mengumumkan keputusan calon yang berjaya pada 25 April 2013.
Hanya pelajar SPM 2012 yang telah membuat permohonan sebelum tarikh tutup pada 10 Oktober 2012 boleh menyemak keputusan di laman sesawang seperti berikut:
http://www.moe.gov.my

Sehubungan itu bagi calon yang berjaya dan ditawarkan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2013/2014, calon dikehendaki mencetak sendiri perkara berikut untuk dibawa bersama semasa mendaftar di kolej :
Surat tawaran
Panduan pendaftaran
Dokumen peribadi pelajar
Borang perjanjian pelajar (dua salinan)


Tarikh pendaftaran:
Kolej Matrikulasi Labuan – 19 Mei 2013
Kolej Matrikulasi Sarawak – 26 Mei 2013
Kolej-kolej matrikulasi seluruh semenanjung -27 Mei 2013


Bagi calon yang tidak berjaya, rayuan boleh terus dibuat melalui internet di laman sesawang http://www.moe.gov.my mulai 25 April 2013 hingga 9 Mei 2013. Rayuan yang dibuat selepas tarikh tutup (9 Mei 2013) tidak akan dipertimbangkan.

Talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-8884 4036/4040/4100/4083 boleh dihubungi dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang (hari bekerja sahaja).

Sekian, untuk makluman...


Monday, April 22, 2013

PERMOHONAN ONLINE HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) & CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBP TB) PERINGKAT KEDOKTORAN DAN SARJANA TAHUN 2014

Salam inspirasi,
Kepada rakan-rakan guru yang berminat.....

Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan online Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) & Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Peringkat Kedoktoran dan Sarjana Tahun 2014 akan dibuka mulai 19 April 2013 (Jumaat) hingga 19 Mei 2013 (Ahad) melalui Portal Kementerian Pelajaran Malaysia. Sila rujuk dan fahami TATACARA DAN PANDUAN terlebih dahulu sebelum permohonan dibuat. Permohonan secara online di laman web KPM www.moe.gov.my

Sekian, terima kasih

Perkongsian informasi,

Al-Fatihah...


" Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan) maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka tundakan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka dahulukan."(al-Araf:34"

~Al Fatihah buat Allahyarham Mohd Akmal bin Ismail yang telah kembali ke Rahmatullah ...beliau adalah bekas penuntut MK 2006-2010..(mahasiswa UMP)semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh...Kehilanganmu sangat dirasai...Allah telah pinjamkan arwah kepada kita untuk seketika..Kini dia kembali menghadap Pencipta Yang Maha ESA....peringatan jua buat kita semua bahawa saat kematian itu pasti akan tiba cuma tarikh dan waktunya menjadi rahsia...perbanyakkan amal dan jauhi segala perbuatan mungkar...moga kita sama-sama bermuhasabah dan yang pasti saat untuk kita pasti akan tiba......takziah buat keluarga allahyarham..kepada sahabat handai dan rakan terdekat...teruskan berdoa untuk kesejahteraan arwah~


Friday, April 19, 2013

airmata...Doaku di Pagi Jumaat...


Ya Allah,
Sekiranya hati ini telah dikotori,
Sucikanlah.....
Sekiranya hati ini telah dilukai,
Sembuhkanlah....
Ya Allah,
Ceriakanlah airmata yang mengalir,
Dan kesedihan,
Kepada Kebahagiaan,
Yang berpanjangan.....
Dan berikanlah kepada hati ini,
Kekuatan untuk membalas
Setiap kebencian,
Dengan kebahagiaan dan senyuman...
AMIN..

Wednesday, April 17, 2013

TAWARAN KE TINGKATAN 6 SESI 2013/2014


Semakan Tawaran Kemasukan Murid ke Tingkatan Enam sesi 2013/2014

Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran Kemasukan Murid ke Tingkatan Enam sesi 2013/2014 akan dibuka bermula 24 April 2013 (Rabu). Semakan boleh dibuat melalui Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia. www.moe.gov.my

Salam Informasi dan Inspirasi,

Wednesday, April 10, 2013

TAHNIAH MK !!

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi..

Sekalung tahniah buat warga pendidik dan pelajar SPM 2012 atas pencapaian cemerlang sehingga membolehkan MK menerima Anugerah Pencapaian Cemerlang SPM 2012 daripada Kementerian Pelajaran Malaysia...Anugerah telah disampaikan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin bin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia bertempat di SBPI Gombak, Selangor pada 9.4.2013...Teruskan agenda kecemerlangan kita...Syabas MK!
"MK Truly The BEST!!!"

Informasi dan Inspirasi daripada,