Showing posts with label Kerjaya. Show all posts
Showing posts with label Kerjaya. Show all posts

Wednesday, April 24, 2013

PENGUMUMAN KEPUTUSAN CALON BERJAYA KE PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2013/2014


Assalamualaikum dan Salam Inspirasi....
Kepada lepasan SPM 2012.,


Bahagian Matrikulasi KPM akan mengumumkan keputusan calon yang berjaya pada 25 April 2013.
Hanya pelajar SPM 2012 yang telah membuat permohonan sebelum tarikh tutup pada 10 Oktober 2012 boleh menyemak keputusan di laman sesawang seperti berikut:
http://www.moe.gov.my

Sehubungan itu bagi calon yang berjaya dan ditawarkan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2013/2014, calon dikehendaki mencetak sendiri perkara berikut untuk dibawa bersama semasa mendaftar di kolej :
Surat tawaran
Panduan pendaftaran
Dokumen peribadi pelajar
Borang perjanjian pelajar (dua salinan)


Tarikh pendaftaran:
Kolej Matrikulasi Labuan – 19 Mei 2013
Kolej Matrikulasi Sarawak – 26 Mei 2013
Kolej-kolej matrikulasi seluruh semenanjung -27 Mei 2013


Bagi calon yang tidak berjaya, rayuan boleh terus dibuat melalui internet di laman sesawang http://www.moe.gov.my mulai 25 April 2013 hingga 9 Mei 2013. Rayuan yang dibuat selepas tarikh tutup (9 Mei 2013) tidak akan dipertimbangkan.

Talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-8884 4036/4040/4100/4083 boleh dihubungi dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang (hari bekerja sahaja).

Sekian, untuk makluman...


Monday, July 9, 2012

LAWATAN KERJAYA KE PELABUHAN TG PELEPAS & PROGRAM CaFOM 2012

Salam Inspirasi...
Tanggal 20 Jun 2012 yang lalu, seramai 30 orang pelajar Tingkatan 5 telah menyertai Lawatan Kerjaya ke Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Program Kebitaraan Matematik iaitu Program CaFOM (Care For Mathematics) bertempat di SMK Kompleks Sultan Abu Bakar, Johor Bahru. Program 2 dalam 1 ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang operasi di pelabuhan serta mengenal pasti prospek kerjaya yang ada di PTP...Kami telah diberikan taklimat ringkas tentang PTP sebelum dibawa melihat situasi sebenar operasi yang berlaku di pelabuhan...sangat menarik dan banyak perkara yang dapat dipelajari.
Selepas lawatan ke PTP, kami bertolak ke SMKKSAB untuk satu program berbentuk bimbingan kepada rakan sebaya bagi matapelajaran Matematik di bawah label kebitaraan..Seperti biasa program dimulakan dengan aktiviti 'ice breaking' bagi memastikan setiap pelajar berkenalan dengan lebih dekat antara satu sama lain. Di kesempatan ini saya berterima kasih kepada semua pelajar terlibat kerana telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang sesi 'ice breaking'.
Program diteruskan dengan aktiviti CaFOM. Secara keseluruhannya program ini telah berjalan lancar dan setiap pelajar yang dilantik selaku mentor atau pembimbing dapat menyampaikan dan berkongsi ilmu bersama pelajar-pelajar SMKKSAB.. Tahniah dan syabas buat Pn. Rasidah,Cikgu Che dan barisan guru Matematik SMKMK yang telah bertungkus lumus bagi memastikan program ini dapat dijalankan dengan jayanya. Dengarnya, program ini turut mendapat perhatian daripada sekolah lain yang berminat untuk turut serta pada masa akan datang...
"MK TRULY THE BEST"...Go For Excellence!
TAKLIMAT DARI PIHAK PTP
SEKITAR PTP...
-SEMASA PROGRAM CaFOM....-
-PENGETUA DARIPADA KEDUA-DUA SEKOLAH TURUT HADIR...TERIMA KASIH TUAN-

Wednesday, August 4, 2010

Pameran Informasi dan Kerjaya 2010

Tanggal 22 Julai 2010 yang lalu telah berlangsungnya Pameran Informasi dan Kerjaya anjuran PPD Johor Bahru bertempat di SMK Mohd Khalid dengan kerjasama Inter Excel Advisory, Kuala Lumpur.
Pogram ini telah disertai oleh kira-kira 15 buah IPTA dan IPTS seluruh Malaysia termasuk 2 IPTS dari Singapura...pelajar pelajar turut diberi peluang untuk mendengar penerangan tentang peluang pendidikan selepas SPM antaranya dalam bidang perakaunan, hospitaliti, penerbangan dan kerjaya sebagai pramugara atau pramugari...
Sambutan dalam kalangan pelajar sangat baik dan menggalakkan. banyak juga input berguna yang boleh dijadikan panduan.. Semoga ianya akan terus diadakan pada masa akan datang bagi memberi peluang pelajar mengenali alam pendidikan selepas SPM atau bidang kerjaya yang sesuai dengan minat, kelulusan dan personaliti diri...

DOKTOR?ARKITEK?PEGUAM?AKAUNTAN?CHEF?PERUNDING HIASAN DALAMAN?JURUTERBANG?.....yang mana satu pilihan anda???