Showing posts with label Inspirasi. Show all posts
Showing posts with label Inspirasi. Show all posts

Thursday, May 23, 2013

PROGRAM PERMATA PINTAR


Untuk makluman Ujian Saringan PERMATApintar UKM1 masih dibuka sehingga 30 Mei 2013 melalui laman web http://ukm1.permatapintar.edu.my. Sehubungan itu, mohon kerjasama murid yang berkelayakan dan berminat daripada (Tingkatan 1 - 3)untuk mengambil ujian tersebut secara atas talian.

Informasi & Inspirasi,

Wednesday, April 24, 2013

INSPIRASI BUAT DIRI YANG KADANGKALA LUPA DAN LEKA...

Hayati dan semoga bermanfaat untuk kita semua....
Kita manusia yang tidak sempurna...pasti pernah melakukan kesilapan....Justeru, perbaiki segala kekurangan dan cuba lakukan yang terbaik dalam semua urusan..mudah-mudahan kita menjadi manusia yang bahagia kerana membahagiakan orang lain.....

Wednesday, April 10, 2013

TAHNIAH MK !!

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi..

Sekalung tahniah buat warga pendidik dan pelajar SPM 2012 atas pencapaian cemerlang sehingga membolehkan MK menerima Anugerah Pencapaian Cemerlang SPM 2012 daripada Kementerian Pelajaran Malaysia...Anugerah telah disampaikan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin bin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia bertempat di SBPI Gombak, Selangor pada 9.4.2013...Teruskan agenda kecemerlangan kita...Syabas MK!
"MK Truly The BEST!!!"

Informasi dan Inspirasi daripada,

Tuesday, February 5, 2013

::H.A.T.I::

Salam Inspirasi...

Entah kenapa saya sangat terkesan dengan kata-kata ini....'kalau berkongsi biarlah daripada hati,in shaa Allah ia juga akan sampai ke hati..'Ringkas..mudah difahami namun sangat dalam maksudnya...
Bicara tentang hati, memberikan seribu satu definisi..Benar, kita perlu ada hati yang bersih jika ingin menjadi insan yang cemerlang dan terpuji...Jauhi hasad dengki, saling memaafi..senang diungkap namun sukar dipenuhi...Hati meletakkan nilai pada diri seseorang. Tutur kata, riak wajah, kerlingan mata mencerminkan apa yang ada dalam hati..Alangkah bahagianya jika kita punya hati yang bersih dan suci..Tanpa dusta,tanpa sengketa..Wahai Tuhan! Berikanlah aku hati yang berbaik sangka, sentiasa ingin berbuat amal kebaikan dan menghulur pertolongan kepada mereka yang memerlukan...Semuanya bermula daripada H.A.T.I

Salam Ikhlas Dari Hati,

Wednesday, November 28, 2012

WINNER vs LOSER


THE WINNER IS ALWAYS PART OF THE ANSWER;
The Loser is always part of the problem.
THE WINNER IS ALWAYS HAS A PROGRAMME;
Thw Loser always has an excuse.
THE WINNER SAYS,"LET ME DO IT FOR YOU";
The Loser says, "That is not my job".
A WINNER LISTENS.
A Loser just waits until it's his turn to talk.
A WINNER WORKS HARDER THAN A LOSER AND HAS MORE TIME;
A Loser is always 'too busy' to do what is necessary.
A WINNER GOES THROUGH A PROBLEM;
A Loser goes around it, and never gets past it.
The WINNER SEES AN ANSWER FOR EVERY PROBLEM;
Tke Loser sees a problem in every answer.
THE WINNER SAYS, "IT MAY BE DIFFICULT BUT IT IS POSSIBLE";
The Loser says "it may be possible but it is too difficult".
A WINNER MAKES COMMITMENTS;
A Loser makes promises.
WHEN A WINNER MAKES A MISTAKES, SHE/HE SAYS, " I WAS WRONG";
When a Loser makes a mistakes, She/He says "It wasn't my fault".
A WINNER FEELS RESPONSIBLE FOR MORE THAN HIS JOB;
A Loser says, "I only work here".
A WINNER SAYS, "THERE OUGHT TO BE A BETTER WAY TO DO IT";
A Loser says, "That's the way it's always been done here"
HOW WINNER THINK!!
OWN IT-SEE IT-TALK ABOUT IT- AND SAY, "THANK YOU!"
How Loser think!!
Ignore and deny-finger pinting-cover his tail-and say, "it's not my job!".

so.....BE A WINNER..AVOID LOSERS...

-CIKGU LIN-

Monday, October 8, 2012



Salam Inspirasi....
Selamat Berjuang buat semua calon PMR 2012....Lakukan yang terbaik, pastikan usaha anda selama ini tidak sia-sia......mohon restu dan doa daripada kedua ibubapa dan guru..maafkan setiap orang yang anda kenali..melangkah masuk ke dewan dengan tenang dan sabar....Moga kejayaan menjadi milik anda!!!



Wednesday, August 8, 2012

MEMAAFKAN NAMUN SUKAR MELUPAKAN...?



Pesanan daripada Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
As salamu'alaikum shbt yg di muliakan. Ramai org yg bertanya, kita boleh maafkan tetapi mcm mana nak lupakan peristiwa pahit yg lalu. Kita takkan dpt lupakan kisah lama sbb kita org yg pandai & kuat ingatan. Tapi jika kita jaga solat 5 waktu, solat taubat tiap mlm, istighfar 100X sehari, baca Quran, lakukan zikir harian, doakan org tu & maafkan dia 40 hari berturut turut, kita akan dpt rawat hati kita. Jika kita teringat kisah lama & rasa marah, sedih atau stres, maka kita belum pulih. Tetapi bila kita teringat & mampu tersenyum, maka kita telah pulih. Yg penting BUKAN MELUPAKAN, tetapi merawat hati agar tak terkesan secara negatif bila teringat! Bila kita dah betulkan diri kita secar berpakej, insya Allah perkara negatif takkan berulang lagi. Wassalam


Kata-kata yang sangat menyentuh jiwa jika kita hayati dan renungi..Semoga bulan yang mulia ini akan membawa seribu rahmat kepada kita semua agar menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya....sesungguhnya ungkapan maaf itu tidak akan merendahkan martabat kita..


Tuesday, May 8, 2012

SEBIJI TEMBIKAI DI HARI GURU..


Sebiji Tembikai di Hari Guru...
Salam Inspirasi Buat Semua....
Setiap tahun apabila tibanya Hari Guru, pasti saya terimbau kenangan ketika menjadi guru ganti di sebuah sekolah rendah. ...Kisah ini merupakan ulang siar dan pernah saya coretkan dalam entry pada Tahun 2009.Ia adalah pengalaman yang tidak akan saya lupakan sepanjang hidup saya...
Ceritanya bermula begini...... Ketika itu saya masih menuntut di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam di Ibukota..Ketika cuti semester, saya berpeluang menjadi guru ganti di sebuah sekolah luar bandar berhampiran kampung kelahiran saya. Itulah kali pertama saya bergelar GURU. Memang berbeza dengan apa yang saya lalui kini. Baik dari segi kemudahan dan corak hidup pelajarnya. Ketika itu, saya berhadapan dengan pelajar yang jauh dari pengaruh sosial seperti kehidupan kita di kotaraya...ruang lingkup mereka hanyalah paya dan belukar. Aktiviti harian mereka juga tidak tertumpu kepada permainan video dan pelbagai gajet canggih seperti sekarang. Kebanyakan masa mereka dihabiskan dengan membantu ibu bapa di kebun, menangkap ikan di paya atau menemani ibu bapa menjual hasil dusun apabila tiba musim buah..Dipendekkan cerita, saya berpeluang untuk menjadi GURU ketika itu untuk tempoh 2 bulan iaitu bermula dari bulan Mac hingga hari terakhir saya pada 16 Mei yakni jatuh pada sambutan perayaan Hari Guru. Seperti kebiasaan, pada hari itu, saya berkesempatan menerima ucapan Selamat Hari GURU buat pertama kalinya dari pelajar-pelajar saya.....(Mungkin sebab itu juga saya jatuh cinta pada kerjaya ini...) Ucapan dan pengalaman yang tak seberapa itu membuatkan saya rasa ada sesuatu pada kerjaya guru ini yang sukar untuk diinterpretasikan. Seperti kebanyakan guru lain, saya juga turut berkesempatan menerima hadiah daripada pelajar-pelajar seperti mana guru-guru yang lain...Ketika kami sedang berkumpul di kelas pada pagi Hari GURU itu saya didatangi oleh seorang pelajar kelas saya..."Cikgu...Yusof nak jumpa cikgu tapi dia malu...tu cikgu ada kat belakang pintu"kata seorang pelajar kepada saya.(Yusof adalah seorang pelajar yang lemah dalam akademik dan masih tidak boleh membaca dengan lancar walaupun sudah berusia 11 tahun. Beliau datang daripada keluarga yang miskin)...saya menjenguk ke pintu kelas dan mendapati memang Yusof berada di luar pintu...Saya memanggil Yusof dan menjemput dia masuk ke kelas. Dalam keadaan tersipu-sipu..Yusof melangkah masuk lalu datang ke arah saya...dia menghulurkan sebuah bungkusan beg plastik yang telah lusuh dan di dalamnya ada sebiji buah tembikai kecil.."Cikgu, Selamat Hari GURU...tembikai ni mak saya tanam..hadiah untuk cikgu.saya tak ada duit nak beli macam kawan-kawan...sebab tu saya malu nak masuk tadi.."
sepasang kasut lusuh yang dipakai setiap hari...
Tersentuh hati saya melihat anak kecil ini, lebih-lebih lagi apabila membayangkan keadaan keluarga dan rumahnya yang tidak sempurna..Pakaian sekolahnya yang telah kekuningan serta songkok lusuh dan kasut yang koyak di kedua-dua belah.."Terima kasih Yusof"..ucap saya dalam nada sebak...tidak dapat saya gambarkan perasaan saya ketika itu...setelah saya kembali ke universiti, saya mendapat berita Yusof mengalami sakit buah pinggang...di mana agaknya anak didik saya itu sekarang? Kadangkala saya terfikir..Memang Yusof tidak dikurniakan kepandaian seperti orang lain tetapi hatinya mungkin lebih mulia daripada kita....Mudah-mudahan ALLAH memberikan dia kesihatan dan kesejahteraan...AMIN...Kisah ini akan menjadi memori indah dalam perkhidmatan saya sebagai seorang GURU dan akan saya kenang sehingga ke akhir hayat dan pasti suatu hari akan saya kongsikan dengan anak-anak saya pula agar mereka tahu untuk menilai jasa dan pengorbanan mereka yang bergelar GURU.. Mungkin rakan-rakan di luar juga punya pengalaman menarik yang boleh dikongsi bersama....

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA WARGA PENDIDIK..

Salam Inspirasi.....
Cikgu Ezlin

Saturday, April 21, 2012

RENUNG-RENUNGKAN....

Ada petikan kata-kata yang wajar kita renungi bersama..... TAK FAHAM, TERANGKAN (BUKAN KETAWAKAN..) TAK BETUL, NASIHATKAN (BUKAN DIUMPATKAN..) TAK TAHU, TUNJUKKAN (BUKAN DIMARAHKAN..) TAK JELAS, JELASKAN (BUKAN DIRUMITKAN..) TAK MAMPU, USAHAKAN (BUKAN DIMANJAKAN..) TAK PERCAYA?? RENUNG-RENUNGKAN... -Cikgu Ezlin-

Friday, February 10, 2012

Rakan Sebaya



F.R.I.E.N.D.S
What friends are for? Everybody need friends by their side..
Susah nak hidup kalau takde kawan-kawan di sisi...Tidak kira walau di mana pun lingkungan umur kita, kita perlukan seseorang sebagai pendengar atau dalam erti kata lain seorang kawan atau sahabat setia...Bagi remaja..kawan adalah sebagai tempat meluah perasaan sama ada suka, duka serta tempat berkongsi semua kisah dan ceritera hidup.Tambahan pula, pada golongan ini, kawan adalah seseorang yang selamat untuk berkongsi apa saja perasaan. Walaubagaimanapun, anda harus bijak memilih kawan yang sesuai...jangan dipengaruhi oleh perkara-perkara negatif yang berada di sekitar anda...kata orang..kawan ketawa senang dicari tetapi nak jumpa kawan menangis sukar sekali...walau apa pun...pilihan terletak di tangan anda..dan sebagai manusia biasa ,kita tidak boleh meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap seorang kawan kerana tiada insan yang sempurna.Apa yang penting adalah peranan seorang sahabat itu adalah sebagai pelengkap kepada diri kita.Jadi, berhati-hati memilih kawan dan semoga anda semua bertemu dengan sahabat sejati dalam kehidupan anda....

-Cikgu Ezlin-

Monday, January 30, 2012

TIPS MENINGKATKAN KEPINTARAN


Salam Inspirasi....
Hari ni adalah hari pertama persekolahan setelah seminggu kita semua bercuti untuk sambutan Tahun Baru Cina...dan sebagai pembuka tirai untuk minggu ini, saya ingin mengulang kembali tips yang telah disampaikan oleh Saudari Pravena dari kelas 2 Diamond semasa perhimpunan pagi tadi..(30/1/2012)
Kita hendaklah menggunakan otak untuk perkara-perkara yang positif dan antara panduannya adalah:-
1) Kurangkan menonton televisyen
2) Lakukan senaman kerana ia dapat melepaskan tekanan
3) Baca buku2 yang mencabar cth seperti novel klasik
4) Tidur awal dan bangun awal..(badan akan menjadi lebih segar)
5) Ambil masa untuk refleksi diri
Semoga dengan perkongsian tips ini dapat memberikan seribu satu manfaat untuk para pelajar semua.....

:D
-Cikgu Lin-

Thursday, January 19, 2012

Perkongsian artikel : 3 Simple Steps To Great Self Esteem


Written by Jason Anthony

The connection between our self-esteem and what we get out of our lives is very crucial. It’s the foundation of our confidence and interactions with ourselves and the outside world.
Having esteem for ourselves plays a part in our moods, beliefs and attitudes, and the quality of relationships we have in our lives.
For many of us, we strive to develop ourselves, feel better, and become better people. Understanding what we can do to overcome the symptoms of low self-esteem is a great way to enhance more positives in our lives. Read the Rest of This Article at www.pickthebrain.com

Terima kasih kepada Pn. Zuraidah Mansor yang telah memperkenalkan laman web ini kepada saya. Sekali membaca artikel di dalamnya, hati saya sudah terpaut..semua entries berkisar tentang motivation dan inspiration....
Kadangkala, minda kita perlukan sesuatu supaya menjadi lebih kuat dan bermotivasi..caranya mungkin dengan banyak membaca dan berfikiran positif dan saya rasa laman web ini sangat sesuai dijadikan rujukan dan panduan kepada kita semua...TQ and credits to PICKTHEBRAIN...i'll be one of your fan..

*Cikgu Ezlin*

Tuesday, January 17, 2012

TAHUN BARU..SEMANGAT BARU...


Salam Inspirasi buat semua....
Tahun 2012 telah datang kepada kita..seharusnya 2012 kita penuhi dengan aspirasi dan resolusi yang baru...memenuhi segala anganan dan cita-cita yang tidak kesampaian..menambahbaik segala kekurangan dan kelemahan di tahun-tahun yang lalu.Ada yang meninggalkan Tahun 2011 dengan kenangan yang manis tetapi tidak kurang juga yang sebaliknya...apa yg penting, apa yang berlalu biarlah ia tersimpan kemas dalam memori kita...pandang ke hadapan, teruskan perjuangan dalam mengecapi segala impian. Suka saya berkongsi satu petikan mutiara kata yang telah dibacakan oleh Tuan Pengetua pada hari pertama sesi persekolahan bermula....
" A pesimis sees the difficulty in every opportunity..but..
an optimis sees the opportunity in every difficulty"
Semoga kata-kata ini dapat memberi semangat dan insprasi kepada diri saya dan anda semua untuk menghadapi tahun 2012 dengan lebih yakin!!

-cikgu Lin-

Monday, April 18, 2011

ADA & BETUL BETUL ADA....


Alhamdulillah....dapat lagi kita menghirup udara yg Allah berikan secara percuma...entah sampai bila...belum tentu kita tahu jawapannya...hari ini cikgu rasa sangat gembira kerana dapat berkongsi satu artikel yg dipetik daripada majalah FOKUS bulan April 2011...mudah-mudahan apa yang cikgu sampaikan dalam perhimpunan pagi tadi menusuk jiwa anak-anak MK yang cikgu kasihi....
Bagi yang tak berkesempatan...cikgu kongsikan sedikit petikan artikel yg telah ditulis oleh Saudara Sahrulazmi Sidek...Cuba kita bayangkan, pada saat hari tatkala kita ingin bersarapan dengan hidangan roti yang telah tersedia di meja, lalu kita dapati ianya sudah tidak boleh dimakan kerana telah tamat tempoh....roti itu ADA tetapi TIDAK BOLEH DIMAKAN....ketika waktu kita kepanasan dalam kelas, kita petik suis kipas namun kipas itu tidak berpusing...nampaknya kipas itu ADA tetapi TIDAK BERFUNGSI.....tatkala kita siap menggosok pakaian untuk ke sekolah...kita sarung seluar tetapi zipnya telah rosak...seluar itu ADA tetapi TIDAK BOELH DIPAKAI....
Justeru, sebagai pelajar yang punya kepandaian dan kebijaksanaan...janganlah kita sekadar ADA tetapi tidak menyumbang apa-apa...berwataklah seperti seorang pelajar yang benar-benar pelajar...bukan hadir ke sekolah sekadar untuk bermalas-malas dan bersenang lenang....
Sebagaimana kita marah andai sesuatu itu ada tetapi seperti tidak ada..maka jangan jadikan diri kita tergolong dalam golongan yang sedemikian.....Biarlah kita berada di dunia ini dan benar-benar ada untuk orang-orang yang penting di sekeliling kita....

Salam Inspirasi.....
Cikgu Ezlin....