Monday, February 18, 2013

MAKLUMAN PENTING KEPADA LEPASAN SPM 2012:Latest Upcoming Scholarships / Education Funds! & Permohonan Kursus Maktab Perguruan KPLSPM 2013

Salam inspirasi....

Maklumat penting kepada semua pelajar terutama MK's SPM Leavers 2012.....
PERMOHONAN BIASISWA LEPASAN SPM 2012

Dapatkan maklumat berkenaan tawaran biasiswa dan tatacara permohonan daripada pelbagai agensi / IPT / korporat di laman web www.studymalaysia.com

PERMOHONAN KURSUS MAKTAB PERGURUAN LEPASAN SPM 2012

Permohonan Maktab Perguan Lepasan SPM atau dikenali sebagai KPLSPM 2013 hanya terbuka kepada pelajar cemerlang sahaja. Pelajar yang berjaya dengan cemerlang menduduki ujian M-Test pada peperiksaan lalu akan ditawarkan KPLSPM sesi 2013. Ujian M Test bertujuan untuk menilai personaliti calon dan minat calon dalam profession perguruan.
Oleh itu, kami jelaskan disini bahawa calon tidak perlu memohon sebaliknya perlu menunggu tawaran maktab perguruan dari pihak kementerian pelajaran Malaysia.

Kriteria Calon SPM Layak Sertai Kursus Perguruan
Pengambilan KPLSPM bagi semua pelajar lepasan SPM berdasarkan ujian M-Test. Apabila keputusan peperiksaan SPM keluar, kursus ini akan ditawarkan kepada 30 peratus pelajar yang memperoleh keputusan terbaik. Pelajar juga diberi peluang untuk menerima atau menolak tawaran yang diberikan nanti. Tawaran juga mengambilkira keputusan M-Test yang mana ia menggambarkan kesesuaian personaliti dan minat dalam bidang perguruan.

Cara Panggilan Temuduga KPLSPM 2013
Hanya pelajar yang mendapat keputusan SPM 2012 cemerlang akan dipanggil temuduga.
Pelajar tidak perlu membuat permohonan online untuk kemasukan KPLSPM 2013 tahun ini.
Calon yang layak akan dipanggil untuk temuduga kursus yang telah ditawarkan.
Keputusan Panggilan Temuduga

Keputusan dijangka pada bulan Jun 2013

Sumber: Permohonan Kursus Maktab Perguruan KPLSPM 2013 | melvister.com
*berdasarkan sumber2..ujian M test (Malaysian Teachers Selection Test) dahulunya diambil selepas pelajar lepasan SPM memohon secara online untuk ke IPG,tapi mulai tahun 2012 katanya semua pelajar akan sit for M test pada hari akhir SPM 2012, tapi so far..rasanya calon xde ambil Mtest masa hari terakhir SPM..kata sumber juge...tiada lagi iklan akan dikeluarkan untuk permohonan ke IPG bg intake 2013..walaubagaimanapun, dimaklumkan bahawa proses ini adalah dalam tempoh peralihan..so kena tunggu makluman selanjutnya daripada pihak yang berkenaan...

sharing is caring...

Friday, February 8, 2013

SELAMAT BERJUANG..SEMATKAN MK DI SANUBARI..

Salam Inspirasi....
Tahniah diucapkan kepada En. Nezhan bin Md Esa, Guru Kanan Teknik & Vokasional yang telah mendapat kenaikan pangkat sebagai Penyelia Petang di SMK Taman Mount Austin...terima kasih atas bimbingan dan tunjuk ajar yang telah dikongsikan bersama guru-guru dan pelajar MK..Semoga terus maju jaya di sekolah baru.
Sekalung syabas juga buat pelajar-pelajar MK Tingkatan 4 yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke SM Teknik, Kolej Vokasional, SBP dan MRSM...Bulatkan tekad, gandakan usaha dan carilah ilmu dan pengalaman di tempat baru tetapi sentiasa sematkan MK di sanubari anda...Bagi yang masih di sini, jangan bersedih..ayuh kita sama-sama merealisasikan motto kita MK Truly The Best!!!

SM TEKNIK :
1. SYAHIRAH BINTI ABD HALIM (KEJURUTERAAN ELEKTRIK)
2. DANIEL FARIS BIN IDRUS (KEJURUTERAAN AWAM)
3. MUHAMMAD AIMAN BIN IDRIS (KEJURUTERAAN MEKANIKAL)
4. MUHAMMAD DANIAL HAKIM BIN MUHYIN (KEJURUTERAAN AWAM)
5. MUHAMMAD DANIAL SYAFIQ BIN SHAIFUDDIN (KEJURUTERAAN ELEKTRIK)
6. MUHAMMAD NAJIB BIN FAUZI (KEJURUTERAAN AWAM)
7. MUHAMMAD AMIRUL AFIQ
8. MOHD HAZIQ BIN HASAN (KEJURUTERAAN ELEKTRIK)
9. MOHD ZULFADHLI BIN ZULKIFLI (KEJURUTERAAN ELEKTRIK)
10.MOHD LUQMAN BIN ESA (KEJURUTERAAN MEKANIKAL)

KOLEJ VOKASIONAL :
1. MOHD NASRUL BIN ADAM (AUTOMOTIF)
2. NURRUL REIHAN PUTRI (KOSMETOLOGI)

SEKOLAH BERASRAMA PENUH :
1. AMIRUL AKMAL BIN ZUBIR (SM SAINS ALAM SHAH)
2. MUHAMMAD SYAHID BIN ABU BAKAR (SM SAINS MUAR)
3. MUHAMMAD FARHAN BIN MOHAMEDON (SM SAINS ALAM SHAH)
4. ABDULLAH FAKHREE BIN IBRAHIM (SM SAINS TENGKU MUNAWER)

MRSM :
1. MOHD DZULHAKIEM BIN ALIAS (MRSM JOHOR BAHRU)
2. MUHAMMAD AZMAN AL-RASHID (MRSM JOHOR BAHRU)
3. MOHD AFIQ BIN KUSHAIRI (MRSM TUN GHAFAR BABA)

p/s:Tq Dzulhakiem atas cenderahati kenang-kenangan untuk semua cikgu..(",)




Tuesday, February 5, 2013

::H.A.T.I::

Salam Inspirasi...

Entah kenapa saya sangat terkesan dengan kata-kata ini....'kalau berkongsi biarlah daripada hati,in shaa Allah ia juga akan sampai ke hati..'Ringkas..mudah difahami namun sangat dalam maksudnya...
Bicara tentang hati, memberikan seribu satu definisi..Benar, kita perlu ada hati yang bersih jika ingin menjadi insan yang cemerlang dan terpuji...Jauhi hasad dengki, saling memaafi..senang diungkap namun sukar dipenuhi...Hati meletakkan nilai pada diri seseorang. Tutur kata, riak wajah, kerlingan mata mencerminkan apa yang ada dalam hati..Alangkah bahagianya jika kita punya hati yang bersih dan suci..Tanpa dusta,tanpa sengketa..Wahai Tuhan! Berikanlah aku hati yang berbaik sangka, sentiasa ingin berbuat amal kebaikan dan menghulur pertolongan kepada mereka yang memerlukan...Semuanya bermula daripada H.A.T.I

Salam Ikhlas Dari Hati,