Selamat Melayari Laman Rasmi Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Mohd Khalid, Johor Bahru
Friday, July 27, 2012
STABILKAN EMOSI ANDA!!
Salam Inspirasi...
Anda pernah dibuli..? atau diejek oleh rakan-rakan...?Apakah perasaan anda sekiranya anda adalah mangsa buli? Marah..takut....dendam....?
Mengawal kemarahan dan berfikir secara rasional dan waras adalah tindakan terbaik apabila berhadapan dengan situasi genting sebegini. Kebanyakan pelajar mengambil jalan mudah dengan membalas kemarahan dengan kemarahan...membalas ejekan dengan ejekan..darah muda lah katakan...Pesan orang tua..Jangan terlalu mengikut hati...nanti mati..jangan terlalu ikut rasa..kelak binasa... Pesanan ini jelas ada kebenarannya.
Jika anda menjadi mangsa buli di sekolah, tampil dan adukan kepada guru...jangan biarkan diri anda terus dibuli sehingga meletakkan diri dalam situasi yang tidak dapat dikawal..
"Darkness cannot drive out darkness..only light can do that. HATE cannot drive out HATE..only LOVE can do that" - Martin Luther King Jr-
Thursday, July 26, 2012
PERMOHONAN KE KOLEJ MATRIKULASI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SESI AKADEMIK 2013
Salam Inspirasi...
Perhatian kepada semua calon SPM SMKMK Tahun 2012...
Permohonan untuk mengikuti Program Matrikulasi Tahun 2013 kini telah dibuka..Bagi pelajar Tingkatan 5 yang berminat , sila serahkan salinan kad pengenalan berserta duit sebanyak RM6 kepada wakil kelas masing-masing untuk urusan pembelian no. pin secara kelompok yang akan diuruskan oleh Puan Norezlin selewat-lewatnya Jumaat, 27 Julai 2012. Permohonan boleh dibuat secara atas talian di alamat http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/index.cfm setelah anda mendapat no. pin. Taklimat akan dijalankan oleh Unit Kaunseling kepada semua pelajar yang memohon.
Sekian, untuk makluman..
Tuesday, July 24, 2012
Dedikasi Untuk Calon PMR dan SPM SMKMK
Salam Inspirasi...
Hari ini telah masuk Ramadhan ke-4. Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk menghela nafas di bumi Allah Taala untuk kesekian kalinya. Rasanya belum terlambat juga untuk saya mengucapkan Salam Ramadhan Kareem buat semua warga MK..
Hari silih berganti, bulan datang dan pergi..hidup pasti diuji...Tidak ada insan yang akan terlepas daripada ujian dan dugaan. Cuma yang berbeza adalah nilai kuat atau tidaknya iman kita menghadapi segalanya. Setiap cabaran yang datang harus kita hadapi dengan seribu ketabahan . Pesan saya, mengalah jangan ! Roda hidup akan terus berputar, lantaran itu, kita harus tega menghadapi setiap rintangan yang tiba.
Ramadhan ini adalah bulan terbaik untuk kita bermuhasabah dan memberi nilai tambah kepada diri sendiri.
Bagi pelajar Tingkatan 3 dan 5 yang bakal menempuh Peperiksaan Percubaan PMR dan SPM, jalan kini sudah terbuka..pilihan di tangan anda..anda mahu kejayaan mengiringi langkah atau kegagalan mendampingi diri..Masa akan terus berlalu dan tidak akan berhenti meninggalkan kita. Ingat! Ingat bahawa di MK ini adalah medan anda menimba ilmu dan mempelajari segala macam perkara, melalui setiap rencah kehidupan...jangan palitkan sejarah hitam dalam kehidupan,jangan biarkan diri hanyut dengan cubaan..Bangkitlah! Bangunlah! Detik yang tinggal kini bisa dihitung..anda tidak punya banyak waktu untuk menguasai semua...gunakan detik waktu yang tinggal untuk mencuba sedaya upaya...Buktikan kepada ibu bapa, buktikan kepada guru semua bahawa kamu jua bisa melakar sejarah dan menjulang nama kita di persada terhebat! Usaha dan doa harus bergerak seiring...Selamat Berjaya putera puteri MK!

Friday, July 20, 2012
MY UBK..
Salam Inspirasi...
SMKMK telah ditubuhkan pada Januari 2006 sebagai sekolah kawalan di Daerah Johor Bahru. Pada asalnya bangunan sekolah kami merupakan tinggalan Maktab Perguruan Mohd Khalid yang telah ditutup atas sebab-sebab tertentu. Pada awalnya kami menumpang sementara di sekolah lain sebelum berpindah ke bangunan sendiri pada 01 Julai 2006. Bermula daripada tarikh bersejarah itu jugalah saya diberikan sebuah bilik khas bagi mengoperasikan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling secara sepenuh masa. Memandangkan bilangan pelajar yang hanya mencecah 300 orang pada ketika itu (dan sehingga kini sebenarnya),saya adalah satu-satunya GBK yang ditempatkan di sini. Untuk makluman, kuota penempatan GBk adalah 1:500 pelajar. Dengan bantuan rakan-rakan dan barisan PRS yang sentiasa ringan tulang, alhamdulillah bilik khas yang telah diberikan itu telah sama-sama kami ceriakan. UBK kami tidaklah se'gah' UBK rakan2 yang sudah pasti lengkap dan penuh dengan prasarana yang diperlukan. Gambar-gambar yang disertakan hanyalah sebahagian dan sekadar perkongsian kerana saya percaya masih banyak ruang penambahbaikan yang boleh saya lakukan untuk merekayasakan perkhidmatan B&K di sekolah saya.

LINDUNGI REMAJA DARIPADA DADAH
PERANAN IBU BAPA DAN AHLI MASYARAKAT
Kajian telah menunjukkan ibu bapa dan ahli masyarakat boleh memainkan peranan penting dalam memastikan anak remaja dan belia bebas daripada dadah.
LIMA SEBAB REMAJA DAN BELIA TERJEBAK DENGAN DADAH
Merasa Telah Dewasa
- Remaja suka meniru orang dewasa seperti cara bercakap, berpakaian dan lain-lain.
- Menganggap diri dewasa bermakna bebas dan boleh membuat keputusan sendiri.
- Boleh buat apa saja seperti merokok, keluar rumah tanpa beritahu ibubapa dll.
Untuk Bersama Rakan dan Diterima
- Remaja biasanya berkehendakkan orang menyukainya.
- Remaja mengikut kehendak rakan supaya mereka diterima dalam kumpulan.
- Remaja mengambil dadah untuk bersama dan diterima oleh kawan.
- Pengaruh kawan adalah satu perkara yang sukar untuk dielakkan.
Untuk Tenang dan Merasa Selesa
- Ramai orang terutama remaja menganggap dadah boleh menolong mereka melupakan masalah.
- Remaja dan orang dewasa menggunakan cara yang tidak sihat untuk mengatasi tekanan
(stress).
Untuk Mengambil Risiko dan Memberontak
- Ibu bapa sedar anak-anak mereka sentiasa mmengambil risiko seperti suka bermain
benda-benda yang berbahaya.
- Orang muda (remaja) lebih berani mengambil risiko.
- Anggap risiko bermakna mencabar.
- Anggap risiko bermakna wira.
- Remaja beremosi dan suka memberontak.
Untuk Memenuhi Rasa Ingin Tahu
- Rasa ingin tahu perkara baru.
- Terpengaruh dengan iklan.
- Ingin mencuba tanpa berfikir panjang.
- Mudah mempercayai.
---> JAUHI DIRI ANDA DARIPADA DADAH<---
Thursday, July 19, 2012
KLIK...KLIK....MK
Salam Inspirasi...
Dalam kesibukan mengemaskini fail SPSK, sempat juga mencuri masa untuk mendapatkan shot2 menarik di sekitar sekolah untuk dihantar ke bahagian Sekolah Kluster JPNJ.
Berteraskan lima budaya iaitu sifar sampah, sekolah tanpa loceng, budaya hormat, budaya beratur dan budaya trampil, MK mendidik warganya agar sentiasa mengutamakan kebersihan, menepati masa, memiliki sahsiah terpuji serta mempunyai personaliti. MK Go For Excellence..!
Wednesday, July 18, 2012
INSPIRATIONS...
Courage is the discovery that you may not win
and trying when you know you can lose
Honor is standing for what you believe -
not for what you know
Life isn't about living without problems
Life is about having problems
If you plow the field everyday -
the only thing that grows in resentment
Compassion is passion with a heart
The only thing in the whole universe people need to control
are their attitudes
How a person wins and loses is much more important
than how a person wins and loses
If you only do what you know you can do -
you never do very much
There are no failures -
just experiences and your reactions in them
Getting what you want is not rearly as important
as giving what you have
Going on a journey without one requires following directions -
going on a journey without one requires following your heart
Talent without humility is wasted
If you don't want it bad enaugh to risk losing it -
you don't want it bad enaugh
When life knocks you down, you have two choices -
stay down or get up..
-By : Tom Krause (from the book Chicken Soup For Teenage Souls)
Tuesday, July 17, 2012
KEHEBATAN OTAK MANUSIA...
Salam Inspirasi,
Saban hari kita menggunakan otak untuk melakukan pelbagai aktiviti. Namun, otak tidak pernah mengeluh dan kekal memberikan perkhidmatan terbaik sepanjang hayat..Perkongsian fungsi dan peranan otak kiri dan otak kanan..Sila lihat diagram di atas..Kalau gambar kurang jelas, anda boleh layari www.onlinecollege.org.
Kebejatan Sosial Remaja;Di Mana Noktahnya?
Kes-kes melibatkan remaja bawah umur semakin menjadi-jadi ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Dalam dunia serba moden hari ini, nilai moral,agama dan keakraban kasih sayang dalam keluarga semakin terhakis. Remaja cenderung mencari kebebasan sementara dan terjebak dalam permasalahan sosial yang membimbangkan.
Petikan daripada akhbar Harian Metro menyatakan bahawa Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan sejak dua tahun lalu, seramai 1,383 kanak-kanak dan remaja bawah umur 18 tahun hilang dan belum dapat dikesan. Siasatan mendapati kehilangan mereka bukan membabitkan kes culik, tetapi disebabkan faktor lain.
Antara punca dikenal pasti ialah mereka terpengaruh dengan kawan, melarikan diri kerana mengikuti kekasih dan mahu hidup bebas tanpa kongkongan keluarga. Dalam dunia yang semakin moden dan mencabar, kes salah laku di kalangan kanak-kanak dan remaja semakin meningkat dan tidak pernah selesai serta menuntut perhatian serius semua pihak terutama ibu bapa.
Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Adalah tidak wajar untuk kita menuding jari mencari salah siapa kerana setiap daripada kita sebagai insan punya tanggungjawab tersendiri dalam memastikan remaja tidak terus hanyut dalam dunia khayalan mereka. Remaja perlukan bimbingan dan perhatian. Berbalik kepada akar umbi kehidupan, pegangan agama dan hubungan kekeluargaan yang erat mungkin boleh mengurangkan permasalahan sosial dalam kalangan remaja. Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab juga, kita harus selalu memberi peringatan kepada mereka agar usia remaja ini tidak wajar dipersiakan.
Statistik yang dikeluarkan dalam Buletin Utama bertarikh 16 Julai 2012 menunjukkan 18000 orang remaja bawah umur didapati hamil di mana 4000 daripadanya hamil anak luar nikah. Sesuatu yang sangat membimbangkan dan harus ditangani bersama. Ke mana hilangnya iman dan rasa malu dalam kalangan mereka? Adakah dengan menubuhkan lebih banyak pusat perlindungan dan pemulihan akhlak boleh menyelesaikan isu ini? Mungkin tidak kerana apa yang penting adalah pencegahan.
Duhai remaja..ingatlah, maruahmu begitu berharga dan kamulah yang akan mencorak peradaban negara di masa hadapan. Janganlah mengejar sesuatu yang hanya memberi nikmat sementara. Kembalilah ke pangkal jalan dan berubahlah demi masa depan anda.
Kini, pelbagai saluran boleh digunakan jika anda menghadapi krisis dalam diri. Temuilah mereka yang boleh membantu anda sebelum terlewat...
*jaga diri,hiasi peribadi...*
Sunday, July 15, 2012
DARI MK KE TOKYO 2012...
Salam Inspirasi..
Bersempena dengan Hari Terbuka sekolah tahun ini, 15 orang pelajar yang telah terpilih menyertai Program Pengantarabangsaan ke Jepun 2012 telah memulakan langkah bagi mengumpul dana tambahan untuk program ini. Mereka telah membuka gerai jualan serta menjalankan perkhidmatan mengilatkan tayar kereta para guru dan ibu bapa berkonsepkan " Membeli dan Menderma Sambil Beramal"....Sambutan yang diterima sangat menggalakkan dan sokongan para ibu bapa sangat kami hargai. Mereka telah berjaya mengumpul dana yang di luar jangkaan untuk hari pertama projek ini berlangsung.Semoga Program Pengantarabangsaan Ke Jepun ini dapat direalisasikan seperti perancangan. Tahniah dan syabas kepada pelajar yang terlibat... Mereka telah berjaya membuktikan bahawa tiada yang mustahil untuk dicapai, apa yang penting adalah usaha dan keinginan yang tinggi untuk mencapai matlamat...dan saya selalu mengingatkan mereka tentang TEAMWORK!!! semangat sepasukan , setiakawan dan sedia berkongsi dalam susah dan senang...
::Arigato Khozaimas:: (^_^)
HARI TERBUKA 2012
Pada 14/7/2012, SMK Mohd Khalid telah mengadakan Program Hari Terbuka untuk Tahun 2012. Program ini bertujuan untuk membentangkan prestasi pelajaran pelajar-pelajar MK bersama ibu bapa masing-masing. Sambutan yang diterima sangat baik dan kehadiran para ibu bapa sangat kami hargai. Pada sesi ini juga para ibu bapa berpeluang bertemu dengan semua guru bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang pencapaian dan sahsiah anak masing-masing di sekolah. Terima kasih kepada ibu bapa yang sudi meluangkan masa dan hadir ke program ini. Semoga jalinan erat antara para guru dan ibu bapa akan terus menyumbang kepada kecemerlangan pelajar-pelajar MK...Tahniah dan syabas.
Thursday, July 12, 2012
11/7/2012...3 IN 1
Salam Inspirasi....tengok tajuk semua nombor kan....11/7/2012 3 in 1 bermaksud 3 program dalam 1 hari :-)
8.00 AM;PROGRAM PERTAMA...KURSUS TRANSFORMASI GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING DAERAH JOHOR BAHRU BERTEMPAT DI SK ANGKATAN TENTERA..SECARA KESELURUHAN, KURSUS INI SANGAT BAIK DAN BERKESAN..MEMBERIKAN BANYAK ILMU BAHARU KEPADA BARISAN GBK..TAHNIAH KEPADA PPDJB DAN TERIMA KASIH KEPADA PROF MADYA SYED SHAFIQ & TEAM DARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.
2.30PM; SESI PENGAMBARAN UNTUK MAJALAH BERSAMA PRS..KONSEP..SANTAI...KLIK2!CANDID CAM..
3.00 PM; KEMPEN KESEDARAN SELAMATKAN HUTAN BERSAMA BOH PLANTATION.."SAVE OUR FOREST"..PERTANDINGAN FORESTFRIENDS PERINGKAT SEKOLAH...THANK YOU FOR THE SOUVENIRS..SEMUA ORANG DAPAT AIR TIN BOH PERCUMA..;)
Berakhir sudah Program 3 dalam 1..Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan ketiga-tiga program ini. Jasa anda akan sentiasa dikenang.
Salam Inspirasi untuk semua....

Wednesday, July 11, 2012
SENAMROBIK 1 MALAYSIA
Johor Bahru, 10 Julai 2012- SMK Mohd Khalid tidak ketinggalan menjayakan aktiviti Senamrobik 1 Malaysia yang dijalankan serentak di seluruh negara. Program ini akan dicatatkan dalam Guiness Book of Record. Tahniah kepada semua guru dan pelajar yang telah bersemangat bersenam. Tidak ketinggalan juga kepada Inspektor Shabir dan anggota PDRM selaku Pegawai Perhubungan Sekolah yang turut memberi sokongan terhadap aktiviti ini...
"BADAN SIHAT, OTAK CERDAS"
"BADAN SIHAT, OTAK CERDAS"
Monday, July 9, 2012
LAWATAN KERJAYA KE PELABUHAN TG PELEPAS & PROGRAM CaFOM 2012
Salam Inspirasi...
Tanggal 20 Jun 2012 yang lalu, seramai 30 orang pelajar Tingkatan 5 telah menyertai Lawatan Kerjaya ke Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Program Kebitaraan Matematik iaitu Program CaFOM (Care For Mathematics) bertempat di SMK Kompleks Sultan Abu Bakar, Johor Bahru. Program 2 dalam 1 ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang operasi di pelabuhan serta mengenal pasti prospek kerjaya yang ada di PTP...Kami telah diberikan taklimat ringkas tentang PTP sebelum dibawa melihat situasi sebenar operasi yang berlaku di pelabuhan...sangat menarik dan banyak perkara yang dapat dipelajari.
Selepas lawatan ke PTP, kami bertolak ke SMKKSAB untuk satu program berbentuk bimbingan kepada rakan sebaya bagi matapelajaran Matematik di bawah label kebitaraan..Seperti biasa program dimulakan dengan aktiviti 'ice breaking' bagi memastikan setiap pelajar berkenalan dengan lebih dekat antara satu sama lain. Di kesempatan ini saya berterima kasih kepada semua pelajar terlibat kerana telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang sesi 'ice breaking'.
Program diteruskan dengan aktiviti CaFOM. Secara keseluruhannya program ini telah berjalan lancar dan setiap pelajar yang dilantik selaku mentor atau pembimbing dapat menyampaikan dan berkongsi ilmu bersama pelajar-pelajar SMKKSAB.. Tahniah dan syabas buat Pn. Rasidah,Cikgu Che dan barisan guru Matematik SMKMK yang telah bertungkus lumus bagi memastikan program ini dapat dijalankan dengan jayanya. Dengarnya, program ini turut mendapat perhatian daripada sekolah lain yang berminat untuk turut serta pada masa akan datang...
"MK TRULY THE BEST"...Go For Excellence!
TAKLIMAT DARI PIHAK PTP
SEKITAR PTP...
-SEMASA PROGRAM CaFOM....-
-PENGETUA DARIPADA KEDUA-DUA SEKOLAH TURUT HADIR...TERIMA KASIH TUAN-

Friday, July 6, 2012
KEJOHANAN OLAHRAGA..EPISOD 2
Salam Inspirasi......
Saya gembira..Tahniah BENTARA!! I'm speechless..(^_^)...tgk gambar je ea...
Thank you to En. Jefry, Madam Harlina, Miss Syuryati n not forgotten Pn. Bahiyah..at last.....we did it!
Saya gembira..Tahniah BENTARA!! I'm speechless..(^_^)...tgk gambar je ea...
Thank you to En. Jefry, Madam Harlina, Miss Syuryati n not forgotten Pn. Bahiyah..at last.....we did it!
Tuesday, July 3, 2012
KEJOHANAN OLAHRAGA ; EPISOD 1
Hari ini berlangsungnya acara akhir sempena Kejohanan Olahraga SMKMK kali ke-6. Acara yang dipertandingkan adalah lompat jauh dan lontar peluru.Tahniah kepada pelajar yang berjaya menggondol pingat untuk menambah mata bagi rumah sukan masing-masing..!Mari kita mencuci mata dengan melihat aksi2 hebat barisan atlit MK.....
*iklan*..tahniah kepada Rumah BENTARA yang berjaya memenangi Johan Keseluruhan bagi Larian MK dan Sukantara....!!Rumah lain jangan jealous ye... :)
Sekian.
Subscribe to:
Posts (Atom)