Friday, April 8, 2011

TAKLIMAT MATRIKULASI 2011


Pada 6/4/2011 yang lalu, barisan guru bimbingan dan kaunseling daripada beberapa buah daerah di Negeri Johor telah menghadiri taklimat matrikulasi bertempat di Kolej Matrikulasi Teknikal Pontian. Pelbagai informasi terkini telah diberikan kepada GBK untuk disampaikan kepada para pelajar yang akan melanjutkan pelajaran selepas peperiksaan SPM . Tahniah dan syabas diucapkan atas penerangan yang begitu jelas oleh En. Jefri Azmi daripada bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran..Sememangnya program ini telah memberi manfaat yang besar kepada saya serta barisan GBK...

CATUR MSSDJB


yang 'junior' ni pun sibuk nak main chess...

sijil penyertaan..terima kasih...

klik..klik..deanna dan siti

semua sedang tekun bertanding....

Tanggal 2/4/2011 yang lalu telah berlangsungnya pertandingan catur peringkat Daerah Johor Bahru bertempat di SMK Bandar Baru UDA...SMK Mohd Khalid juga tidak ketinggalan mengambil bahagian bagi memperoleh sedikit pengalaman....Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang telah mewakili sekolah ke pertandingan tersebut....semoga tahun depan kita dapat meningkatkan pencapaian kita...

Friday, February 18, 2011

2011

salam....
lama betul entry untuk blog ni direhatkan....sampai dah nak masuk bulan ke 3 baru ada peluang untuk masukkan the very2 1st entry for this lovely 2011....semoga semua warga Mk berada dalam keadaan baik dan sentiasa penuh dengan inspirasi....minggu depan (21/2/2011) para pelajar akan mula menghadapi ujian bulanan 1...all the best untuk semua!!buat yang terbaik!!!

regards,
cikgu ezlin....

Monday, August 23, 2010

Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh T4 Sesi 2011


Salam Inspirasi....
Makluman kepada semua pelajar Tingkatan 3....permohonan ke SBP T4 bagi sesi 2011 secara online akan mula dibuka pada 1 Sept -15 Okt 2010..Sehubungan dengan itu, bagi pelajar yang berminat...sila berjumpa dgn Puan Ezlin untuk mendapatkan maklumat lanjut...surat siaran dan pamplet rujukan kepada ibu bapa akan menyusul...for more info...click on to ~ www.moe.gov.my

Regards,
~Puan Norezlin Sulaiman~
UBK SMKMK

Tuesday, August 10, 2010

Kem Kepemimpinan 2010

Pada 6 hingga 8 ogos yang lalu telah berlangsung aktiviti perkhemahan Kepemimpinan bertempat di Taman Negara Johor Tanjung Piai, Pontian. Seramai 40 orang pemimpin pelajar telah menyertai perkhemahan pada kali ini yang terdiri daripada pengawas sekolah dan pemimpin kelab/persatuan.Pengalaman berkhemah di dalam kawasan hutan paya bakau sudah tentunya turut memberi peluang kepada pelajar untuk menyayangi dan menghargai alam sekitar.
Selama 3 hari 2 malam berkampung di sini, pelbagai pengalaman baru serta input telah dapat dikongsi bersama. Semoga program yang dijalankan ini dapat memberikan satu anjakan paradigma kepada barisan pemimpin SMKMK untuk terus maju dan berkeyakinan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pengawas..

Wednesday, August 4, 2010

Pameran Informasi dan Kerjaya 2010

Tanggal 22 Julai 2010 yang lalu telah berlangsungnya Pameran Informasi dan Kerjaya anjuran PPD Johor Bahru bertempat di SMK Mohd Khalid dengan kerjasama Inter Excel Advisory, Kuala Lumpur.
Pogram ini telah disertai oleh kira-kira 15 buah IPTA dan IPTS seluruh Malaysia termasuk 2 IPTS dari Singapura...pelajar pelajar turut diberi peluang untuk mendengar penerangan tentang peluang pendidikan selepas SPM antaranya dalam bidang perakaunan, hospitaliti, penerbangan dan kerjaya sebagai pramugara atau pramugari...
Sambutan dalam kalangan pelajar sangat baik dan menggalakkan. banyak juga input berguna yang boleh dijadikan panduan.. Semoga ianya akan terus diadakan pada masa akan datang bagi memberi peluang pelajar mengenali alam pendidikan selepas SPM atau bidang kerjaya yang sesuai dengan minat, kelulusan dan personaliti diri...

DOKTOR?ARKITEK?PEGUAM?AKAUNTAN?CHEF?PERUNDING HIASAN DALAMAN?JURUTERBANG?.....yang mana satu pilihan anda???

Thursday, July 8, 2010

PERMOHONAN KE MATRIKULASI SESI 2011/2012

pengumuman..pengumuman....seperti yang telah cikgu war-warkan kepada semua pelajar Tingkatan 5..permohonan pembelian no pin utk ke program matrikulasi telah pun dibuka...terima kasih banyak pada semua ketua kelas yang begitu cekap dan efficient..:)menjalankan setiap tugas yang telah diberikan.....bagi yg belum menghantar salinan KP dan wang sebanyak RM6,silalah berbuat demikian kerana cikgu akan menguruskan pembelian no.pin matrik anda dengan kadar segera....tkasih atas keprihatinan semua.....ingat!!tiada paksaan tetapi sangat digalakkan memohon...