Thursday, January 19, 2012

PROGRAM ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN SATU


Pada 4/1/2012 hingga 6/1/2012 telah diadakan Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1 bagi sesi persekolahan 2012. Program selama 3 hari ini telah diadakan di Dewan Ibnu Khaldun dengan beberapa pengisian sebagai persediaan awal bagi pelajar Tingkatan 1 mengadaptasi situasi baru di alam persekolahan menengah. Terima kasih kepada barisan pentadbir, para guru serta pelajar yang telah memberikan komitmen yang baik sepanjang program ini.

"MK TRULY THE BEST"

-cikgu ezlin-

Perkongsian artikel : 3 Simple Steps To Great Self Esteem


Written by Jason Anthony

The connection between our self-esteem and what we get out of our lives is very crucial. It’s the foundation of our confidence and interactions with ourselves and the outside world.
Having esteem for ourselves plays a part in our moods, beliefs and attitudes, and the quality of relationships we have in our lives.
For many of us, we strive to develop ourselves, feel better, and become better people. Understanding what we can do to overcome the symptoms of low self-esteem is a great way to enhance more positives in our lives. Read the Rest of This Article at www.pickthebrain.com

Terima kasih kepada Pn. Zuraidah Mansor yang telah memperkenalkan laman web ini kepada saya. Sekali membaca artikel di dalamnya, hati saya sudah terpaut..semua entries berkisar tentang motivation dan inspiration....
Kadangkala, minda kita perlukan sesuatu supaya menjadi lebih kuat dan bermotivasi..caranya mungkin dengan banyak membaca dan berfikiran positif dan saya rasa laman web ini sangat sesuai dijadikan rujukan dan panduan kepada kita semua...TQ and credits to PICKTHEBRAIN...i'll be one of your fan..

*Cikgu Ezlin*

Tuesday, January 17, 2012

TAHUN BARU..SEMANGAT BARU...


Salam Inspirasi buat semua....
Tahun 2012 telah datang kepada kita..seharusnya 2012 kita penuhi dengan aspirasi dan resolusi yang baru...memenuhi segala anganan dan cita-cita yang tidak kesampaian..menambahbaik segala kekurangan dan kelemahan di tahun-tahun yang lalu.Ada yang meninggalkan Tahun 2011 dengan kenangan yang manis tetapi tidak kurang juga yang sebaliknya...apa yg penting, apa yang berlalu biarlah ia tersimpan kemas dalam memori kita...pandang ke hadapan, teruskan perjuangan dalam mengecapi segala impian. Suka saya berkongsi satu petikan mutiara kata yang telah dibacakan oleh Tuan Pengetua pada hari pertama sesi persekolahan bermula....
" A pesimis sees the difficulty in every opportunity..but..
an optimis sees the opportunity in every difficulty"
Semoga kata-kata ini dapat memberi semangat dan insprasi kepada diri saya dan anda semua untuk menghadapi tahun 2012 dengan lebih yakin!!

-cikgu Lin-

Tuesday, October 4, 2011

SMKMK.....SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

TN. HJ. SULEIMAN BIN A. RAHMAN BERSAMA PENGETUA DAN GURU BESAR DARI NEGERI JOHOR YANG BERJAYA MENERIMA PENGIKTIRAFAN SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN FASA 5..

Salam Inspirasi...
Alhamdulillah......sekalung tahniah buat semua warga MK atas pengiktirafan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia....kejayaan ini adalah hasil kerjasama semua pihak yang telah bertungkus lumus meletakkan MK sebaris dengan SKK yang terdahulu...buat pelajar MK.....teruskan usaha ke arah kecemerlangan.....sekolah cemerlang...guru cemerlang....pelajar juga harus cemerlang!!!

¬CIKGU LIN¬

P.M.R FEVER.....


salam semua......
4/10/2011 - bermulanya peperiksaan Penilaian Menengah Rendah PMR tahun 2011.....cuaca sejuk dengan deraian hujan rahmat mengiringi para pelajar ke Dewan Ibnu Khaldun hari ini...semoga anda semua diberikan ketenangan hati serta kelapangan akal dan fikiran untuk memberikan jawapan yang terbaik dalam peperiksaan hari ini dan seterusnya...Semoga berjaya untuk semua calon PMR MK.......

Salam Inspirasi,
Cikgu Lin...

Monday, September 5, 2011

Permohonan ke SBP dan SM Teknik/Vokasional sesi 2012

Bagi calon-calon PMR 2011, permohonan untuk ke SBP dan SM Teknik/Vokasional telah pun dibuka..
Bagi permohonan ke SBP, para pelajar hendaklah memohon melalui sekolah. Sila hantar borang yang telah diberi dengan kadar yang segera!!
Bagi pelajar yang berminat ke SM Teknik...permohonan dibuka mulai 5/9/2011 hingga 19/12/2011. Para pelajar boleh melayari laman web http;//aps.moe.gov.my/esptv/2011/ untuk memohon. Maklumat lanjut, sila berhubung terus dengan Pn. Norezlin Sulaiman...

Thursday, June 30, 2011

Mighty Enriched Camp...


Teluk Gorek...nantikan kehadiran kami...

Exclusively for Form 5 students....program akan dijalankan pada bulan Julai ini khusus untuk para pelajar Tingkatan 5 bertujuan untuk membina keyakinan diri, memantapkan motivasi dan mempersiapkan mental menjelang SPM 2011...semoga program ini dapat dijalankan dengan jayanya.....