Wednesday, September 16, 2009

Salam Aidil Fitri Untuk Semua...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Mohon ampun dan maaf atas segala keterlanjuran tutur kata atau perbuatan...semoga Aidil Fitri ini membawa seribu rahmat buat kita semua...Selamat Hari Raya Aidil Fitri dari Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Mohd Khalid..

Tuesday, September 15, 2009

Takziah Buat Anakanda Kamarul Bahrin

Salam buat semua...
Cikgu mewakili warga MK mengucapkan takziah kepada anakanda Kamarul Bahrin bin Abdul Rahim dari Tingkatan 3 Diamond yang baru sahaja kehilangan bonda tersayang yang telah kembali ke Rahmatullah pada 10 September 2009 yang lalu...semoga anakanda tabah menghadapi ujian dari Ilahi..sesungguhnya setiap ujian yang datang tersembunyi hikmah di sebaliknya..Al Fatihah buat Allahyarhamah...semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh...Amin..

Friday, September 11, 2009

Minggu Peperiksaan MK!!

Salam Inspirasi...
Sepanjang minggu ini, pelajar2 MK begitu sibuk menghadapi Ujian 4 , Peperiksaan Gerak Gempur PMR dan percubaan SPM...ke sana sini dengan buku..hai..harap2 apa yang dibaca dapat di aplikasikan ketika menjawab soalan2 peperiksaan. Tapi, hati2 ye pelajar...nampaknya ada juga yang sempat tidur ketika menjawab soalan exam...penat sangat berpuasa ye? walau apa pun..semoga semuanya dapat menjawab dengan tenang dan beroleh kejayaan cemerlang..Hmm..tahniah juga kepada calon2 PMR yang telah mencapai keputusan PERFECT SCORE dalam trial yang lalu...keep it up!! yang lain2...tak tercabar ke?

ok..so..last but not least..enjoy ur weekend...selamat berpuasa semua...untuk Form 3, jangan lupa seminar Skor A di UTM Hari Ahad nanti!!

Wednesday, September 2, 2009

Trial SPM!!!

Selamat Menghadapi Peperiksaan Percubaan SPM buat semua calon SPM SMK Mohd Khalid, Johor Bahru...semoga dapat menjawab dengan tenang dan beroleh kejayaan cemerlang...

salam inspirasi...

Ramadhan...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Lambaian Ramadhan..

Salam Ramadhan untuk semua...
hari ni dah masuk 12 hari kita berpuasa...dah hampir separuh perjalanan kita dalam bulan yang mulia ini...namun, hakikatnya sejauhmana pengertian Ramadhan kepada kita semua..adakah setakat menahan diri dari lapar dan dahaga?atau keberkatan Ramadhan diisi dengan amal ibadat yang berpanjangan terhadap Yang Maha Esa...
Sesungguhnya Ramadhan menguji keimanan dan ketaqwaan kita terhadapNYA...mendidik kita menjadi insan yang sabar dan tega terhadap pelbagai dugaan dan hasutan..
Marilah kita sama-sama memuhasabah diri kita dan menambahkan amalan di bulan yang penuh kemuliaan ini...
Siapa tahu mugkin ini Ramadhan terakhir untuk kita....Wallahualam...salam kemaafan buat semua...

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Thursday, August 6, 2009

CERITA LAMA..CERITA BARU...

salam semua..
lama betul tak update blog ni...dengan laptop yang 'sakit'+tugasan seharian yang banyak...sedar tak sedar dah hampir setengah bulan takde entry baru !!!!ish..3x
Padahal punya la banyak benda nak diceritakan dan dikongsi....
17-19 JULAI : Bercuti2 ke Tioman bersama kawan2 cikgu MK...seronok tu..wah..ada yang macam ikan duyung snorkelling tak naik2..hehe...gambar2 ada kat website sekolah dah di upload oleh webmaster yg turut join trip...bro..memancing, gaya lebih,ikan satu pun tak dapat ...apa cerita??hehe...jangan marah haa...
22-23 JULAI : Sambung lagi jalan2 cari makan kat Pulau Tinggi, Mersing pulak..kali ni dengan husband dan anak2...wah..jelajah pulau betul..tapi memang puas makan durian pulau + mandi laut di pantai yang putih bersih....next destination???pulau mana plak ea??
4 OGOS : owh..its my bday!!!thank you pada semua students dan kawan2 yang nyanyikan lagu HAPPY BIRTHDAY masa assembly...terharu sangat dan terima kasih kerana sponsor makan2 kat bilik guru...semuanya sedap2 belaka...!!
CANNOT SAY ANYTHING,SPEECHLESS...LOVE YOU ALL GUYS!!!!!
7-9 OGOS : DESARU...here we come...esok bawak students pergi camp kat desaru pulak..baru lepas taklimat ni..the whole week memang bz buat preparation,...thanxs to semua yang membantu dalam pengurusan program...nak buat sorang???hui..letih tu...harap2 ianya berjalan seperti dirancang dan selamat pergi dan kembali....amin...
ok...ada banyak lagi kerja menunggu...lepas ni belum tau bila boleh update..hopefully balik dari desaru..there will be sweet photos n info's to upload...

daa.....