Tuesday, April 20, 2010

Program Eksplorasi Minda 2010



Salam Inspirasi...
Tanggal 20 Mac 2010-21 MAc 2010 yang lalu, SMKMK telah menganjurkan program teknik menjawab fasa1 bagi calon PMR dan SPM tahun 2010..program yang turut dinamakan PAKEJ PERCUTIAN ILMU ini telah mendapat kerjasama daripada penceramah jemputan dalam kalangan guru cemerlang dan tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang masing-masing. Terima kasih diucapkan buat semua guru yang telah memberikan kerjasama yang tidak berbelah bagi dalam menjayakan program ini. Tahniah juga kepada semua calon PMR dan SPM yang telah hadir walaupun program ini dijalankan dalam waktu cuti persekolahan. Semoga kejayaan cemerlang akan mengiringi anda!!GOOD LUCK!!

Thursday, April 8, 2010

it's a long...long...rest...


salam...
laman inspirasi sudah lama berehat memandangkan saya baru saja kembali bertugas selepas cuti yang panjang..setelah 2 minggu kembali bekerja, banyak perkara yang ingin saya kongsikan...tapi sedikit demi sedikit memandangkan tugasan juga banyak yang perlu dibereskan..sekolah baru saja selesai mengadakan beberapa aktiviti penting seperti bengkel eksplorasi minda(teknik menjawab PMR dan SPM),sukan, mesyuarat PIBG,Anugerah Cemerlang dan Hari Keusahawanan..tahniah kepada semua yang telah menjayakan perjalanan ketiga-tiga majlis ini.......teamwork!!itulah perkara yang saya dapat rasai sepanjang bertugas di MK...rakan-rakan guru di sini sangat supportive dan membantu..walaupun beban kerja terasa berat namun berkat kerja bersama...semuanya dapat dilaksanakan dengan baik..ALHAMDULILLAH...buat rakan-rakan seperjuangan di MK..kita lalui dan tempuhi segalanya bersama...
Untuk anak-anak pelajar yang disayangi...
perjuangan anda harus diteruskan..banyak lagi dugaan dan cabaran yang perlu ditempuhi..sabar dengan setiap ujian dari-NYA..jaga tingkah laku dan disiplin anda...MAY SUCCESS WILL BE YOURS!!

Friday, November 6, 2009

Pemantauan Pra Audit ISO



Salam Inspirasi...
Pada 3 November 2009, SMKMK telah dilawati oleh 3 orang pegawai penilai bagi pra audit ISO 2009...Akhirnya, hari yang dinanti tiba jua...:) Setelah guru-guru berhempas pulas , berganding bahu melengkapkan fail mengikut standard ISO...Tahniah buat rakan guru MK yang begitu komited dalam melaksanakan tugas masing-masing sehingga mendapat pujian daripada panel penilai...ALHAMDULILLAH...seribu kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ILAHI...Buat barisan pentadbir di MK...terima kasih atas sokongan dan tunjuk ajar...THUMBS UP TO ALL THE GREAT LEADERS!!
Prinsip Tuan Pengetua sentiasa di ingatan kami...ONE FOR ALL AND ALL FOR ONE..
MK, TRULY THE BEST!!

Wednesday, September 16, 2009

Salam Aidil Fitri Untuk Semua...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Mohon ampun dan maaf atas segala keterlanjuran tutur kata atau perbuatan...semoga Aidil Fitri ini membawa seribu rahmat buat kita semua...Selamat Hari Raya Aidil Fitri dari Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Mohd Khalid..

Tuesday, September 15, 2009

Takziah Buat Anakanda Kamarul Bahrin

Salam buat semua...
Cikgu mewakili warga MK mengucapkan takziah kepada anakanda Kamarul Bahrin bin Abdul Rahim dari Tingkatan 3 Diamond yang baru sahaja kehilangan bonda tersayang yang telah kembali ke Rahmatullah pada 10 September 2009 yang lalu...semoga anakanda tabah menghadapi ujian dari Ilahi..sesungguhnya setiap ujian yang datang tersembunyi hikmah di sebaliknya..Al Fatihah buat Allahyarhamah...semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh...Amin..

Friday, September 11, 2009

Minggu Peperiksaan MK!!

Salam Inspirasi...
Sepanjang minggu ini, pelajar2 MK begitu sibuk menghadapi Ujian 4 , Peperiksaan Gerak Gempur PMR dan percubaan SPM...ke sana sini dengan buku..hai..harap2 apa yang dibaca dapat di aplikasikan ketika menjawab soalan2 peperiksaan. Tapi, hati2 ye pelajar...nampaknya ada juga yang sempat tidur ketika menjawab soalan exam...penat sangat berpuasa ye? walau apa pun..semoga semuanya dapat menjawab dengan tenang dan beroleh kejayaan cemerlang..Hmm..tahniah juga kepada calon2 PMR yang telah mencapai keputusan PERFECT SCORE dalam trial yang lalu...keep it up!! yang lain2...tak tercabar ke?

ok..so..last but not least..enjoy ur weekend...selamat berpuasa semua...untuk Form 3, jangan lupa seminar Skor A di UTM Hari Ahad nanti!!

Wednesday, September 2, 2009

Trial SPM!!!

Selamat Menghadapi Peperiksaan Percubaan SPM buat semua calon SPM SMK Mohd Khalid, Johor Bahru...semoga dapat menjawab dengan tenang dan beroleh kejayaan cemerlang...

salam inspirasi...