Tuesday, October 4, 2011

SMKMK.....SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

TN. HJ. SULEIMAN BIN A. RAHMAN BERSAMA PENGETUA DAN GURU BESAR DARI NEGERI JOHOR YANG BERJAYA MENERIMA PENGIKTIRAFAN SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN FASA 5..

Salam Inspirasi...
Alhamdulillah......sekalung tahniah buat semua warga MK atas pengiktirafan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia....kejayaan ini adalah hasil kerjasama semua pihak yang telah bertungkus lumus meletakkan MK sebaris dengan SKK yang terdahulu...buat pelajar MK.....teruskan usaha ke arah kecemerlangan.....sekolah cemerlang...guru cemerlang....pelajar juga harus cemerlang!!!

¬CIKGU LIN¬

P.M.R FEVER.....


salam semua......
4/10/2011 - bermulanya peperiksaan Penilaian Menengah Rendah PMR tahun 2011.....cuaca sejuk dengan deraian hujan rahmat mengiringi para pelajar ke Dewan Ibnu Khaldun hari ini...semoga anda semua diberikan ketenangan hati serta kelapangan akal dan fikiran untuk memberikan jawapan yang terbaik dalam peperiksaan hari ini dan seterusnya...Semoga berjaya untuk semua calon PMR MK.......

Salam Inspirasi,
Cikgu Lin...

Monday, September 5, 2011

Permohonan ke SBP dan SM Teknik/Vokasional sesi 2012

Bagi calon-calon PMR 2011, permohonan untuk ke SBP dan SM Teknik/Vokasional telah pun dibuka..
Bagi permohonan ke SBP, para pelajar hendaklah memohon melalui sekolah. Sila hantar borang yang telah diberi dengan kadar yang segera!!
Bagi pelajar yang berminat ke SM Teknik...permohonan dibuka mulai 5/9/2011 hingga 19/12/2011. Para pelajar boleh melayari laman web http;//aps.moe.gov.my/esptv/2011/ untuk memohon. Maklumat lanjut, sila berhubung terus dengan Pn. Norezlin Sulaiman...

Thursday, June 30, 2011

Mighty Enriched Camp...


Teluk Gorek...nantikan kehadiran kami...

Exclusively for Form 5 students....program akan dijalankan pada bulan Julai ini khusus untuk para pelajar Tingkatan 5 bertujuan untuk membina keyakinan diri, memantapkan motivasi dan mempersiapkan mental menjelang SPM 2011...semoga program ini dapat dijalankan dengan jayanya.....

Tuesday, June 28, 2011

Simposium KEPAK


23 Jun 2011 , Persada Johor : satu simposium pendidikan, kerjaya, perniagaan dan kemahiran atau ringkasannya KEPAK telah diadakan anjuran Skills Malaysia dengan kerjasama IRDA (Wilayah Pembangunan Iskandar). Program yang sangat bermanfaat khasnya bagi golongan pendidik dan pelajar atau graduan-graduan yang sedang mencari peluang pekerjaan. Forum2 yang diadakan telah berjaya membuka mata kami semua terhadap kepentingan sektor perkhidmatan dan kemahiran serta peluang-peluang pekerjaan yang bakal ditawarkan dalam Wilayah Pembangunan Iskandar...Tahniah kepada penganjur program dan terima kasih kerana mengundang kami untuk menjayakan program ini...

Salam Inspirasi..
Cikgu Lin.

Wednesday, June 22, 2011

Program Eksplorasi Minda PMR dan SPM


::calon-calon SPM 2011::

::calon-calon PMR 2011

Program Eksplorasi Minda PMR dan SPM telah berjalan dengan lancar pada 28 Mei 2011 dan 29 Mei 2011 yang lalu. Terima kasih atas kerjasama semua guru dan pelajar yang telah hadir pada program kali ini. Kepada penceramah jemputan juga..terima kasih daun keladi...terima kasih juga atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat untuk anak didik kami...

Salam Inspirasi,
Cikgu Ezlin

Monday, June 20, 2011

Lawatan Delegasi Brunei Darussalam


Awang Ismail bin OKS haji Tengah sedang menandatangani bulu pelawat di bilik kaunseling..

meninjau bilik sesi kaunseling individu dan kelompok...


terima kasih daun keladi...ada masa, jemput kunjungi kami lagi....

Salam Inspirasi..Alhamdulillah..pada 20/6/2011 bersamaan 18 Rejab 1432H, pihak sekolah telah menerima pelawat dari Negara brunei Darussalam.Kehadiran mereka sangar dialu-alukan serta dinanti oleh seluruh warga MK...Semoga kerjasama erat ini akan diteruskan pada masa-masa akan datang....Kita serumpun, satu bahasa berkongsi budaya...sedikit perkongsian sekitar lawatan ke bilik kaunseling MK....

Tuai padi antara masak,
esok jangan layu-layuan,
intai kami antara nampak,
esok jangan rindu-rinduan.

¬cikgu ezlin¬