Tuesday, April 24, 2012

HENTIKAN PEMBUANGAN BAYI!!!


TUHAN MAHA TAHU (Hentikan Pembuangan Bayi!!)

Wahai ibuku
Dengarlah rintihan demi rintihan
Ke mana hilangnya akal dan kewarasan
Hingga kau terpedaya dek hasutan syaitan
Larangan agama kau abaikan!
Kemanisan sementara engkau kejarkan
Akhirnya aku..kau anggap beban

Ibuku...
9 purnama kau bawa aku dalam rahimmu
Jerit perih engkau melahirkan aku
Mengapa begitu tega....
Kau campakkan aku ke sungai itu?

Tahukah wahai ibu...
Air itu dingin membeku..
Semut itu menghurungi aku...
Segenap inci kulit nipisku..
Dimamah..dirobek setiap penjuru..

Wahai ibu..
Dengarlah rayuanku
Bawalah aku bersamamu..
Jangan tinggalkan aku..
Namun kau tetap berlalu..
Meninggalkan aku terbujur kaku

Aduhai ibuku..
Mengapa tiada sedikitpun belas kasihanmu terhadapku?
Mengertilah duhai ibu..
Aku ini darah dagingmu!
Sampai bila pun akan tetap jadi zuriat keturunanmu!
Walau kau tidak mahu!!
Walau kau buang aku!!
Konon untuk menutup malu..
Sedarlah ibu..
TUHAN Maha Tahu...

Nukilan,
Norezlin binti Sulaiman
2010..

No comments:

Post a Comment