Tuesday, February 14, 2012

ANDA STRESS????



Salam Inspirasi kepada semua..pertama sekali ingin cikgu ucapkan tahniah kepada Amirah Sarihi dari Tingkatan 3 atas perkongsian artikel yangs angat bermanfaat tentang pengurusan stres pada Perhimpunan Rasmi Isnin yang lalu.Terima kasih sebab tolong promosikan guru bimbingan dan kaunseling sekali ye...:)

Memang tidak dinafikan bahawa stres bukan hanya terjadi dalam kalangan orang dewasa bah kan sebilangan pelajar hari ini juga sering dihantui gejala stres dalam kehidupan. Banyak faktor yang menyumbang kepada permasalahan ini antaranya mungkin disebabkan bebanan tugas yang melampau, masalah kewangan, pergaduhan, kegagalan dalam perhubungan, tekanan dan desakan hidup, masalah peribadi, masalah keluarga atau 1001 lagi punca yang berbeza bagi setiap individu. Walaubagaimanapun, yang penting adalah kita harus tahu bagaimana cara untuk menangani stres atau pun tekanan ini supaya setiap masalah boleh diatasi satu persatu serta dihadapi dengan cara yang lebih positif.

Apa Penawar Stres????Haa....di sini cikgu ingin berkongsi satu artikel yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang menyatakan bahawa penawarnya adalah 10B...
1. Bertenang
2. Bernafas dengan dalam
3. Berkata..Rileks kepada diri sendiri
4. Beribadat
5. Bercakap dengan seseorang
6. Berurut
7. Berehat dan mendengar muzik
8. Beriadah
9. Bersenam
10.Berfikiran positif..
Nah..itu dia formula 10B yang munkin boleh kita amalkan apabila berhadapan dengan situasi tegang atau Stres....Selamat Mencuba...

-Cikgu Ezlin-

No comments:

Post a Comment