Friday, February 10, 2012

Rakan Sebaya



F.R.I.E.N.D.S
What friends are for? Everybody need friends by their side..
Susah nak hidup kalau takde kawan-kawan di sisi...Tidak kira walau di mana pun lingkungan umur kita, kita perlukan seseorang sebagai pendengar atau dalam erti kata lain seorang kawan atau sahabat setia...Bagi remaja..kawan adalah sebagai tempat meluah perasaan sama ada suka, duka serta tempat berkongsi semua kisah dan ceritera hidup.Tambahan pula, pada golongan ini, kawan adalah seseorang yang selamat untuk berkongsi apa saja perasaan. Walaubagaimanapun, anda harus bijak memilih kawan yang sesuai...jangan dipengaruhi oleh perkara-perkara negatif yang berada di sekitar anda...kata orang..kawan ketawa senang dicari tetapi nak jumpa kawan menangis sukar sekali...walau apa pun...pilihan terletak di tangan anda..dan sebagai manusia biasa ,kita tidak boleh meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap seorang kawan kerana tiada insan yang sempurna.Apa yang penting adalah peranan seorang sahabat itu adalah sebagai pelengkap kepada diri kita.Jadi, berhati-hati memilih kawan dan semoga anda semua bertemu dengan sahabat sejati dalam kehidupan anda....

-Cikgu Ezlin-

1 comment:

  1. Terima sahabat kita seadanya....sebagaimana mereka menerima kelebihan dan kekurangan yang ada dalam diri kita.....

    ReplyDelete